29 June 2020

HANIF DAN HARIS MENDAPAT 9A DALAM PEPERIKSAAN SPM 2019


Alhamdullilah  kembar dapat ucapan tahniah di FB , IG dan whatapp Ucapan tahniah juga pada cikgu-cikgu yg mengajar kembar Kak z ni. Usaha keras cikgu sekolah dan cikgu tusyen yg mengajar diaorang dari A to Z

Nak cerita pasal kisah betapa paniknya seorang mak hendak ambil keputusan  SPM anak kembar.. Panik ko... 

2 hari sebelum sebelum peperiksaan dah minta diaorang relax. Terima je apa yg dpt..dan mak tak nak naik pentas.. yang akhirnya naik jugak aku..haaa

Malam sebelum keputusan tidur-tidur ayam je.. hati sentiasa cakap YA ALLAH apa lah keputusan anak aku ni.

Pukul 3 bangun siapkan barang jualan. Kejut Hanif. Badan dah mula berpeluh. Cakap kat Hanif "ko arrange apa yg patut.. ami dah jem tak leh fikir". Kak.Z  ingat akak yang jem.. dia lagi jem...haaaa

Kul 9.00.keluar deliver barang. Selalu hantar sekolah dia dulu.. tapi hantar last. Dalam kereta.. mak kata tangan sejuk...rupanya tangan dia lagi sejuk. Si Hanif naik kereta dengan mak.. Haris naik motor gi dengan kawan-kawan.

Pergi sarapan kul 9.25am.. kat kedai mak makan anak tak  makan.. makan pun laju ...tak tentu arah lah perut.. badan semua. Nak kul 10 tu cepat berlalu

Sampai sekolah pukul 9.50am.. hantar barang kat koperasi.. Hanif jumpa kawan-kawan dia. Mak parking kereta..

Sharp pukul 10 jam dalam kereta aku terus check kat web site dan sms.. tak lepas.. lupa lak.. jam kat kereta cepat 5 min.. mengelatar tangan.. cikgu lalu depan kereta aku tak heran..selalunya aku angguk atau senyum kali ni tak peduli..

Cuba lagi 3 kali cuba...result Hanif keluar dulu.. Kak Zbmeraung ko.. nasib baik kereta kedap udara. Kalau tidak orang ingat ponti... tisu dah siap-siap kat tepi..result Hanif dah settle.. tangan gigil check Haris.. banjir terus kereta dengn tisu...melambak tisu aku.. macam tidak percaya.. check dengan sms lah.. bah terus kereta. Cikgu-cikgu lelaki kat surau agaknya nampak kejadian tu.

Hanif cari... ami kat mana.. mak kata meh sini kat surau.. dia pun datang.. aku lari peluk dia...dia dah tau lah tu.. dia pun macam tak percaya dpt 9A..nangis dua beranak kat tengah parking lot buat malu je..

Cari haris ...where are you..? Sekali nampak.dia... lari lagi mak yanganggun tiba jadi Usin Bolt hendak peluk.anak..dia dapat tahu 9A.. sujuh syukur kat situ jugak..Akak tak pernah rasa mcm ni 



Gambar ni pengetua dan cikgu-cikgu panggil naik pentas.. aku segan sebenarnya.. tapi kena naik juga..

Ini hanya permulaan .. masih jauh lagi perjalanan. Sebelah kaki dah ada kat Uni.. sekarang nak masukkan sebelah lagi 1 kaki

Doakan yg terbaik yer semua

P/s...thank you pada yang ucapkan tahniah.. yang like.. cuba nak balas 1 persatu. Insyallah..

Artikel dari Harian Metro

PASANGAN kembar menyifatkan kejayaan mereka mencapai keputusan kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini adalah berkat membantu ibu mereka.

Ahmad Hanif Ahmad Khairulddin, 18, dan adik kembarnya, Ahmad Haris, yang meraih 9A tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membantu ibu, Siti Hazura Abdul Rahman, 46, menguli tepung untuk menghasilkan pelbagai roti setiap 4 pagi sebelum dipasarkan di pelbagai kedai dan kantin.



AHMAD Hanif Ahmad Khairulddin (dua dari kanan) dan adik kembarnya, Ahmad Haris (tiga dari kanan) serta dua rakan mereka mendengar penjelasan guru, Khairul Akmal Mamat, 34, (kiri sekali) mengenai peluang melanjutkan pengajian di SMKGB, Masjid Tanah dekat Alor Gajah. FOTO Hassan Omar

Dengan hasil titik peluh mereka bertiga, Siti Hazura menyara kehidupan dia dan empat anaknya termasuk abang pasangan kembar itu yang berusia 20 tahun dan menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang dan anak bongsu berusia 12 tahun.

Ahmad Hanif berkata, dia dan Ahmad Haris bersengkang mata membantu ibu di dapur bagi menyiapkan pesanan pelbagai jenis roti untuk memastikan keluarga mereka mempunyai sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan.

“Kami amat kasihan melihat ibu bersusah-payah memasak roti untuk membesarkan kami adik-beradik dan sepanjang tujuh hari seminggu, tidak ada waktu tidur yang panjang untuk kami selain antara tiga hingga empat jam sehari,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, Masjid Tanah, Melaka.

Pasangan berkenaan adalah antara 11 pelajar cemerlang SMK Ghafar Baba yang memperoleh 9A dengan Ahmad Hanif dan adiknya memperoleh A Cemerlang bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains Komputer, Fizik dan Kimia.

Ahmad Haris berkata, dia bercita-cita untuk melanjutkan pengajian di menara gading dalam bidang kejuruteraan manakala abangnya dalam bidang undang-undang.

“Alhamdulillah, kami bercadang memohon melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi jika tiada rezeki di luar negara, kami memilih Universiti Malaya (UM) sebagai pilihan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 2:20 PM

AMALAN ANAK-ANAK MUDAH MENJAWAB PEPERIKSAAN

Musim peperiksaan Kak Z rasa macam sibuk sangat. Sebab hendak jaga kesihatan dan pemakanan anak-anak. Kesihatan supaya tidak demam atau gangguan lain. Terutama Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. Jaga pemakanan supaya tidak sakit perut. Kalau anak-anak sakit macam mana nak jawap soalan dengan tenang. Betul tak?

Anak-anak pun sudah faham. Kak Z dengan korang dari apa Kak Z belajar dari orang yang berpengalaman dalam menguruskan anak-anak diaorang. Sebab kita bukan orang berilmu sangat. Baru nak belajar hidup orang kata. Kak Z kutip sikit-sikit dan amalkan.

Amalan kita sebagai ibubapa tentunya menjaga solat 5 waktu dan melakukan solat sunat yang lain. Dan kita berdoa sebaiknya untuk anak kita. Supaya mudah menjawap soalan, memberi kejayaan dan tiada halangan ketika hendak menjawap soalan. Doa dan minta pada Allah. ALLAH maha mendengar dan mengasihani kita.

Penjagaan kesihatan anak-anak ketika hampir peperiksaan. Kak Z tidak benarkan anak-anak bermain hujan, angkat berat atau bermain basikal. Orang kata manjakan anak. Bukan manjakan anak. Jaga anak supaya tidak demam, tidak patah giuk atau sakit-sakit ketika peperiksaan. Cerewatkan?

Makanan pula tidak bagi anak makan terlalu pedas atau yang boleh menyakitkan perut. Makan di luar di larang sama sekali. Kalau terkena sakit perut atau cirit birit siapa susah? Kita juga. Betul tak?

Emosi anak-anak. Ini perlu di jaga. Kalau suami isteri elak lak bergaduh sewaktu anak nak periksa. Perasaan anak-anak pun perlu di jaga. Jangan bagi tekanan. Pressure suruh diaorang dapat straight A. Kak Z tak pernah pressure anak-anak straight A atau jadi pandai. Sangat-sangat flexiable. Memberi galakan supaya anak-anak tenang.

Amalan doa dari kita sebagai ibu bapa mudah. Dan nampak macam kelakar doa lembutkan hati Nabi Daud. Doa ini melembutkan hati dia menerima pelajaran dengan mudah. Baca doa ni dan hembus pada umbun-umbun anak-anak sebelum diaorang ke sekolah. Kalau tak dapat doa dalam hati dari jauh pun boleh. Janji niat kita elok. Baca doa ni dan niatkan dalam hatj supaya anak kita lembut hati mudah terima ilmu


Doa yang kita suruh anak amalkan. Suruh anak-anak baca doa ini sebelum memulakan pelajaran atau memulakan persekolahan.


Doa last ni macam kelakar. Kita selalu gunakan ketika kita nak makan. Sebenarnya doa ni adalah untuk permudahkan urusan kita. Contoh menjawap soalan yang susah seperti matematik. Pada anak-anak Kak Z, selalu pesan kalau stuck atau rasa  susah hendak jawap sesuatu soalan baca ayat ini. Dan niat pada ALLAH permudahkan jawap soalan.

Ini apa yang Kak Z amalkan. Setiap orang ada amalan mereka sendiri. Kak Z tidaklah sepandai mana hendak mengajar orang. Tapi berkongsi dengan korang dari apa yang akak belajar dari orang yang anak-anak mereka telah berjaya. Selamat mencuba. Kita berusaha, doa dan bertawakal.. insyallah

Ok bai



LAUK LODEH KERING.. LAUK KENANGAN



Lauk lodeh ni kalau buat confirm habis. Simple nak buat. Arwah mak cakap.."mah campak-campak jo dah siap". Sebenarnya ini adalah antara lauk yang sempat Kak Z belajar dari arwah Mak.

Kita dah duduk asrama dari 13 tahun. Lepas tu merantau merata. Sekolah pun merata. Dengan arwah mak.. betul memang sampai umur 13 tahun. Masa Kak Z umur 17 tahun, arwah mak dah mula sakit. Kena dialisis. Jadi bila balik rumah, arwah ayah yang ajar masak. Banyak belajar dengan arwah ayah. Sebab tu lauk Kak Z simple sangat. Ikut tekak arwah ayah. Apa dia suka dia taruh. Walaupun ada maid. Tapi ayah yang masak.

Jom akak share resepi lauk lodeh 

Bahan

Tempe
Tauhu
Udang putih
Kacang Panjang
Cili merah
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Santan
Sedikit air asam jawa
Gula
Garam
Minyak masak

Cara:-
1. Tempe dan tauhu potong dadu  kemudian goreng  angkat dan ketepikan
2. Potong acang panjang dan cili merah saiz ikut suka
3. Hiris bawang besar, halia dan bawang putih
4. Bersihkan udang putih buang kepala.
5. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga naik bau
6. Masukkan udang, air asam jawa dan santan masak sampai mendidih
7. Sesudah mendidih masukkan garam dan gula.. secukup rasa
8. Masuk kacang panjang, tempe, tauhu dna cili merah.
9. Biar lodeh kering. Angkat dan hidang.

Senangkan? Semua orang boleh cuba dan masak lauk ni. 

Ok bai

28 June 2020

AMALAN SUPAYA ANAK MENYAYANGI DAN MENDENGAR CAKAP IBUBAPA

Kak Z mempunyai 4 orang anak lelaki. Sebagai ibu tunggal bukan mudah untuk Kak Z menjaga dan mendidik anak-anak ini. Macam- macam perangai yang dia orang ada. Anak-anak Kak Z ada yang kuat merajuk, kuat melawan dan kuat makan. Tapi susah hendak jumpa diaorang ni bergaduh sesama adik beradik. Bukan tidak pernah.. ada.. Sekali dua pernah lah. Selalunya diaorang rapat, sayang menyayangi dan ambil kisah apa yang berlaku antara satu sama lain.

Ada yang bertanya apa amalan yang Kak Z lakukan supaya anak-anak ni mendengar cakap Kak Z. Kak Z ni boleh tahan garang dengan anak-anak masa kecil. Bila diaorang besar alhamdullilah semua baik dan mendengar kata. Mereka ni walaupun melawan tapi patuh. Alhamdullilah.. ALLAH mempermudahkan urusan Kak Z dalam menjaga anak-anak inu walaupun tanpa bapa mereka. Bapa mereka missing in action...haaaa.

Semua ini adalah urusan Allah kita hanya berdoa, berusaha dan bertawakal. Antara benda yang Kak Z buat ialah

1. Solat 5 waktu

Solat 5 waktu adalah wajib. Kita berdoa pada Allah supaya kita bersabar dan permudahkan urusan kita

2. Solat Sunat Tahajjud
3. Solat Sunat Witir
4. Solat Sunat Duha
5. Solat Sunat Sebelum Solat Subuh - berdoalah pada Allah selepas solat sunat sebelum solat subuh. Doa dengan ikhlas hati. Insyallah Allah akan makbulkan doa kita

6. Cara pemakanan anak-anak..

Kalau boleh bagi anak-anak kita makan dari rezeki yang halal. Dari sumber makanan yang halal. 

7. Janganlah kita mengata anak orang buruk, jahat atau bodoh. 
Sebab takut balik kepada anak kita

8. Doa ketika menyediakan makan. 
-Bismillah
-Alfatiha
- Hembuskan pada makanan yang kita masak pada anak

9. Doa. 
Doa ini menjadi amalan Kak z. Korang boleh cuba. Agak -agak anak korang nak jadi buas, bergaduh. Baca, amalkan dan tiup pada anak korang dalam diam. Niatkan dalam hati  YA ALLAh pemudahkan urusan ku dan jangan lah anak aku buas, degil atau bergaduh






Dalam membuat amalan ini korang kena yakin. Sebab setiap apa yang Allah turunkan ada hikmahnya. Kita pun perlu cermin diri kita. Kalau kita salah mohon keampunan dari Allah. Kita bukan perfect tapi cuba menjadi terbaik untuk diri kita anak-anak dan keluarga.

Ok bai











CARA MEMBUAT BAYARAN YURAN PENGAJIAN UITM



Ini adalah kali kedua anak Kak Z di tawarkan belajar di UITM. Pertama kali abang Hakim di UiTM Jengka. Dan kali ini Haris di tawarkan Asasi Law KPM di UiTM Dengkil.

Dengan pengalaman ini Kak Z share dengan korang cara akak membuat bayaran secara online. Sebelum itu korang kena baca panduan bayaran online yang telah di tunjuk oleh pihak UiTM.


Cara bayaran online hanya boleh di buat di laman web www.bankislam.com.my bagi sesiapa yang mempunyai account Bank Islam. Kalau korang tidak ada account Bank Islam bayaran boleh di buat melalui kaunter Bank Islam atau ATM machine Bank Islam.


Ikut langkah yang telah di tunjuk dalam screenshoot ini. Di sini Kak Z ajar satu persatu bagaimana korang hendak membayar cara online. Apa pun korang kena tahu korang sudah mendapat tawaran dari UPU yang menyatakan korang di tawarkan meneruskan pengajian di UiTM



Korang klik pada tawaran yang korang dapat.



2.  Selepas pada klik pada tawaran yang korang dapat. 


3.  Sekarang klik pada keputusan permohonan ke UiTM. Isikan nombor Kad Pengenalan korang.

4. Akan keluar surat tawaran yang menuliskan
i. Nama korang
ii. I/c korang
iii. Studeng ID 
iv. Course
v. Campus korang.

Tapi tidak ada jumlah berapa bayaran yang korang kena bayar.


5. Pergi ke kiri ada satu bahagian CETAK BIL BAYARAN


Korang klik kat sini nanti akan keluar berapa banyak bayaran yang perlu di buat

6. Jumlah bayaran bergantung pada course yang korang hendak ambil. Di hujung sekali ada di tulis belum di bayar. Dan jumlah perlu di bayar.


Jumlah perlu di bayar ialah RM698.00.  Dan kita perlu tahu jumlah ini kalau kita buat bayaran di ATM manchine atau kaunter bank islam. Nanti kita perlukan masukkan jumlah bayaran tersebut. Kalau kita bayar secara online, jumlah ini automatik akan keluar.




BAYARAN DI BANK ISLAM ONLINE

Untuk bayaran online kita perlu ada account dengan Bank Islam

1. Masuk ke dalam laman web Bank Islam


2. Akan keluar dashboard bank account kita. Jadi kita pilih "BILL PRESENTMENT".


3. Akan keluar icon pilihan identiti kita. Oleh sebab anak Kak Z memgunakan kad pengenalan. Kak Z memilih No. I/C baru


4. Selepas klik new ic number akan keluar nombor ID student pelajar. Pilih no. ID korang yang UiTM telah bagi pada surat tawaran. Jangan pilih ID yang salah pula yer.


5. Pastikan korang dapat pengesahan bayaran korang


6. Bayaran ini bukan automatik akan di update oleh pihak Bank dan UiTM. Perlu tunggu 24 jam. Selepas 24 jam barulah kita UiTM mengsahkan bayaran kita.




Harap penerangan ini dapat membantu korang dalam membuat pembayaran yuran pengajian korang di UiTM

Ok bai

 








17 June 2020

GARLIC BREAD YANG SENANG DI BUAT..PASTINYA RAMAI YANG SUKA



Garlic bread sedap kalau kita makan bersama creamy sup atau stew. Boleh juga maka  begitu sahaja. Hari ini Kak Z share resepi mudah ini untuk korang cuba.

Bahan:-

Campuran yis

1 pek instant yis
50ml air suam
1 sudu besar gula

Cara:-
1.Campurkan semua bahan dan biarkan yis kembang

Bahan lepa bawang putih

Beberapa ulas bawang putih
3 sudu besar marjerin
Serbuk basil

Cara:-
1. Cincang bawang putih
2. Campurkan dengan marjerin dan serbuk basil.

Bahan doh

500gm tepung high protien
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar marjerin
200ml air sejuk

Cara:-
1. Campur semua bahan kecuali marjerin. Uli sehingga tidak melekat. Uli mengunakan tangan atau mixer.
2. Masukkan marjerin dan uli lagi.
3. Keluarkan doh dari mixer bowl dan bahagikan 3. Setiap satu anggaran 270gm.
4. Bulat-bulatkan dan biarkan doh rehat 10 minit. Tutup dengan kain lembap
5. Selepas 10minit. Leperkan doh dan gulung memanjang. Biarkan doh selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap
6. Setelah 10 minit timbang susun doh atas bekas pembakar
7. Rehat kan doh hingga kembang
8. Selepaa kembang potong bahagian tengah dan sapu sengan sapuan marjerin dan bawang putih.
9. Bakar selama 15 minit atau masak dengan suhu atas bawah 200c

Selamat mencuba

Ok bai

STEW DAGING YANG MUDAH DI MASAK



Kalau di rumah anak-anak sup makan sup macam ni dengan garlic bread. Walaupun senang hendak buat. Kadang-kadang tahap kemalasan mengatasi segalanya. Hari ini kena buat juga. Sebab permintaan anak-anak yang nak ke universiti tidak lama lagi..

Jom kita buat

Resepi

Bahan:-

500gm daging lembu dan tulang
2 biji kentang
1 botol sos spagetthi tradisional Kimball
1 batang daun celery
1 sudu besar lada hitam tumbuk untuk mendapat serbuk
5 ulas bawang putih
50gm kacang panggang @ kidney bean
Daun bay
Serbuk basil
Garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula pasir kalau suka.

Cara:-

1. Potong daging
2. Potong kentang dan celery 
3. Bawang putih cincang halus
4. Kacang di basuh bersih
5. Masukkan semua bahan kedalam slow cooker dan biarkan masak selama 6- 8 jam untuk mendapatkan daging yang lembut dan rasa yang sempurna. 
6. Jika masak di dalam slow cooker tidak perlu risau air kering kerana memang tidak kering
7. Kak Z tidak mengunakan pressure cooker atau Nozza sebab masak terlalu cepat. Kita tidak boleh mendapat kepekatan yang sesuai untk stew kita
8. Sedap di makan dengan garlic bread atau begitu sahaja
9. Jika kurang rasa garam atau guka anda boleh menambahnya
10. Masak sampai betul-betul pekat.

Selamat mencuba

Ok bai

16 June 2020

KARI IKAN KURAU DENGAN NENAS



Lama dah teringin nak masak lauk ni. Cuma tukang makannya sorang. Anak-anak Kak Z tak minat. Pergi supermarket terjumpa ikan kurau yang cantik rupanya beli. Masak sendiri makan pun sendiri. Tak pe janji lepas rasa teringin tu.

Masakan ini sepatutnya guna kari untuk masak ikan kurau. Tak ada pula.. Kak Z guna kari ikan dan campur dengan serbuk kari untuk rasa pedas. Lauk ini ada rasa masam, manis dan masin

Bahan:-
2 keping ikan kurau
Buah nenas
1/2 biji bawang besar
Beberapa ulas bawang putih
5cm halia
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar biji sawi
1 batang kulit kayu manis
2 helai daun kari
1/2 sudu kecil pati asan jawa
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa 
250ml santan
800ml air
Minyak untuk menumis

Cara:-
1. Rendam ikan kurau sekejap untuk kurang rasa masin. Potong kiub
2. Bawang besar, bawang putih dan halia kisar
3. Panaskan minyak  dan masuk biji sawi goreng sampai naik bau
4. Masukkan kulit kayu manis, daun kari dan bahan kisar
5. Biar sampai sedikit garing
6. Sambil itu kita bancuh serbuk kari dan serbuk cili dengan sedikit air
7. Masukkan bancuhan kedalam kuali dan kacau
8. Kena kacau sebab serbuk kari mudah  hanggit. 
9. Bila dah naik bau tambah air.
10. Masukkan ikan kurau
11. Tambah gula garam dan asam jawa
12. Bila dah mendidih masuk nenas dan santan
13. Biarkan lauk jadi pekat...siap boleh di hidang

Selamat mencuba

Ok bai



12 June 2020

CERITA KAK Z DI YOUTUBE




Cerita Kak Z sekarang ada di Youtube channel https://www.youtube.com/user/rshaz73 . Sebenarnya dah wujud sejak tahun 2010 lagi. Cuma tidak berapa aktif di youtube. Lebih ke blog dan FB. Sejak akhir-akhir ni banyak masa lapang dan anak-anak dah besar baru ada effort nak start semula dan belajar mengenai apa itu youtube. Rupanya youtube pun boleh generate income. Pengaruh anak aku yang kecik

Dalam channel ni Kak Z share pasal resepi, lifestyle, travelling dan review. Jenuh nak edit video. Sebab kita bukan terror pun..saje suka-suka. Permulaan biarlah simple-simple nanti naiklah tu.

Nama Kak Z... sape bagi yer. Ben Ashaari kot. Rasanya nama tu sejak tahun 2015. Macam best mudah nak ingat. Maka akak guna trademark Cerita Kak Z. 

Dengan sokongan korang harap channel ni berkembang dan ramai yang subscribe. Follow youtube channel akak.. hopefully korang enjoy. Insyallah step by step akak akan perbaiki kelemahan yang ada.



11 June 2020

KEK CHIFFON PANDAN



Kek chiffon pandan ni , memang kek evergreen. Dari kecil- kecil dah makan kek ni. Seingat kek birthday Kak Z ialah kek chiffon beli di Shopping Mall Great Wall Melaka.  Memang sedap.

Sekarang anak-anak Kak Z pula mewarisi kegemaran Kak Z, kek chiffon. Jadi hari ini diaorang request hendak kek chiffon..pastinya wajib buat 2 biji sekali

Resepi ini akak ambil dari blog norazlitaaziz.blogspot.com.
Mudah senang dan sedap. Tapi akak olahkan semula mengikut pengalaman akak membuat dan memjual kek ini.
Jom kita buat. 

Bahan-bahan 

Bahan A

6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar

Bahan B

6 biji kuning telur
 2/3 cawan minyak Mazola
2/3 cawan santan pekat
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
pewarna hijau dan perisa pandan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara membuat:-

Bahan (A): 

1.Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
2. Kemudian masukkan gula.
3.Pukul lagi sehingga sedikit kembang.
4. Masukkan cream of tar tar. 
5.Pukul lagi hingga betul-betul kembang, jika diterbalikkan bekas adunan, telur tidak jatuh.
6.Ketepikan

Bahan (B)

1.Masukkan kuning telur, garam dan gula. 2.Pukul hingga kelihatan putih atau gula hancur
3.Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
4.Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit.
5.Masukkan bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
6. Tuang adunan ke dalam bekas pembakar berlubang...tidak perlu di grease
7. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c. 
8. Ikut suhu oven masing
9.Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di atas rak kek sehingga sejuk.
10. Biar sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

Selamat mencuba

Ok bai

10 June 2020

AYAM MASAK MERAH MADU KESUKAAN ADIK



Sedap di makan dengan nasi minyak atau nasi baryani. Dengan nasi putih pun sedap. Lauk ini memang menjadi kegemaran anak-anak Kak Z. Masak 1 ekor ayam mesti licin. Suka betul kalau apa kita buat habis. Korang boleh cuba resepi ni.

https://youtu.be/JXquR9kN4E8

Bahan-
1 ekor ayam potong 12
1 mangkuk cili kisar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5cm halia
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
Bunga cengkih
Buah pelaga
4 helai daun limau purut
2 biji bawang holland
4 sudu besar madu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Bahan untuk mengoreng ayam:-
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2  sudu kecil garam

Cara:
1. Campur ayam dengan kunyit dan garam. Ketepikan
2. Kisar bawang merah, putih dan halia
3. Hiris bawang holland nipis- nipis
4. Goreng bawang holland hingga keperangan
5. Tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bahan kisar.
6. Biar garing dan masukkan cili kisar.
7. Masak hingga garing. Masukkan garam, gula dan madu ikut rasa masing-masing
8. Masukkan ayam dan bawang holland goreng
9. Boleh hidang.

Selamat mencuba

Ok bai

08 June 2020

CUCUR UDANG SAYUR



Cucur Udang Sayur. Sedap untuk minum petang. Resepi ini mengunakan Eno, tidak mengunakan yis atau serbuk penaik. Resepi ini Kak Z belajar dari jiran Kak Z di Kampung Pandan Kuala Lumpur. Keistimewaan Cucur udang ini tidak berapa berminyak didalamnya selepas di goreng. Kalau mengunakan soda bikarbonate, baking powder atau yis dalamnya pasti berminyak. Makan sebiji sudah menjadikan kita jemu, mual atau muak. Betul tak? Tapi jika mengunakan resepi ini tidak 3 biji seorang. Percaya lah cakap Kak Z ni. Korang boleh cuba senang jer. Lepas tu cicih dengan sos thai..perrhhh.. tak cukup seketul dik..jom buat

Resepi:-

Bahan:-

15 ekor udang  saiz M atau L (ikut suka) - buang hujung yang tajam
500gm tepung gandum
1 sudu besar garam halus
1/2 kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 biji bawang besar - di hiris
Sayuran ikut suka
800ml air
1 sudu besar eno
Minyak mengoreng

Cara:-

1. Gaulkan tepung, garam halus, pewarna, bawang dan sayur dengan air. 
2. Adunan adalah seperti jemput- jemput atau kodok pisang
3. Taburkan Eno atas aduan biarkan eno berbuih
4. Kemudian gaul  rata.
5. Biarkan selama 10 min untuk kembang
6. Panaskan minyak dalam kuali, minyak perlu banyak sebab deepfry
7. Jalan hendak membentuk bulat macam Kak Z buat gunakan senduk
8. Panaskan senduk dalam minyak panas dan selepas panas biarkan api sederhana
9.  Angkat dan isi minyak sedikit dalam senduk
10. Isikan adunan dalam senduk sebanyak 1/2 senduk
11. Letak udang atas adunan
12. Goreng dalam minyak 
13. Biarkan agak 30 saat, aduanan akan tanggal dari senduk
14. Terus terbalikkan supaya udang tidak meletop
15.Goreng hingga kekuningan

Selamat Mencuba

Ok bai
 

MASAK LEMAK CILI PADI DAGING DENGAN REBUNG




Ada jiran bagi Kak z rebung jadi akak pun asamkan rebung tu. Caranya buang kulit rebung dan potong kecil-kecil.

Basuh dan masukkan kedalam bekas yang bertutup. Campurkan air panas dan garam. Selepas 3 hari rebung sudah boleh digunakan dalam masakan

Cara memasak ada di youtube


Bahan:-
1/2 kg daging
5 ulas bawang merah
2 ketul kunyit hidup setiap satu 5cm
10 biji cili padi. Kalau suka pedas boleh tambah. 
2 keping asam keping
2 batang serai
300ml santan pekat
1liter air
Garam secukupnya
1 mangkuk rebung
Timun sebagai agen pelembut daging

Cara:-
1. Potong daging kecil-kecil dan basuh bersih
2. Kisar bawang, kunyit dan cili padi hingga halus
3. Basuh rebung untuk hilangkan rasa masin
4. Masakkan daging bersama rebung.
5. Masuk bahan kisar, serai yang di ketuk dan asam keping
6. Masukkan air dan timun masak hingga daging lembut
7. Timun digunakan untuk melembutkan daging
8. Daging dah lembut masukkan garam secukupnya
9. Masukkan santan. Dan perlu sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak
10. Lauk akan mendidih. Tutup api dan kacau lagi
11. Boleh hidang

Selamat mencuba

Ok bai
#masaklemak #stayathome #rebung #laukmelayu

ACAR BUAH BEREMPAH




Masam, Manis dan Masin. Adalah gabungan rasa Acar Buah Berempah ni. Pertama kali cuba dengan tunjuk ajar kakak Kak Z. Dia kata lulus. Sambil buat sambil rakam untuk youtube. Menjadi juga akhirnya. Memula ingat susah. Senang rupanya. Korang pun boleh buat. Step by step ada dalam video ni.
Dah jom buat. Step by step ada di youtube


Bahan:-
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar biji sawi
2 sudu besar bijan
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 biji cili kering
5cm halia
Buah Kundur 1 pek
Asam jeruk boleh campur pelbagai jenis
1/2 cawan cuka makan
Gula secukupnya
Garam secukup rasa

Cara:-
1. Kisar bawang merah, putih dan halia ketepikan
2. Goreng bijan tanpa minyak hingga kekuningan
3. Goreng lada hitam, ketumba, jintan dan cili kering hingga naik bau. Kemudian kisar halus dengan 1 cawan air
4. Kundur patahkan dan campurkan dengan jeruk.
5. Tumiskan biji sawi hingga garing. Masukkan tumisan bawang dan masak hingga  garing
6. Masukkan rempah ratus. Sentiasa kacau supaya tidak hangus
7. Sesudah garing tambahkan cuka, garam dan gula
8. Mengunakan jari korang kena rasa sedap atau tidak rasa manis, masin dan masam
9. Cukup rasa masukkan buahan dan kacau
10. Kecilkan api dan biarkan mendidih sekejap.
11. Siap simpan acar dalam pasu. Supaya mesra. Kalau tidak ada pasu bekas lain pun boleh
12. Taburkan bijan. Acar sedap di makan selepas 3 hari

Selamat mencuba

Ok bai

05 June 2020

SALAD UDANG


Salad udang yang sedap dan mudah dengan pelbagai sayuran.Tapi mesti ada udang. Dalam resepi ini Kak Z mengunakan bahan yang ada dalam fridge. Kadang-kadang kita masak ada sayur yang tidak habis gunakan kita masuk simpan ke dalam fridge. Bungkus elok-elok, sayur-sayur ini akan tahan lama.

Bahan:-
Udang
Kentang
Cendawan shiitake
Tomato
Capsicum
Bawang Holland
Daun ketumbar
Bunga kobis
Secubit garam
Serbuk lada sulah
1 cawan mayoniese

Cara:-
1. Udang buang kulit
2. Kentang buang kulit dan potong dadu
3. Potong cendawan dan bunga kobis
4. Potong capsicum, bawang dan tomato. Masuk kedalam mangkuk
5. Masak air untuk merebus..masuk.q/2 garam kedalam air
6.Rebus kentang hingga lembut @ empok
7.Rebus bunga kobis hingga lembut
8. Rebus cendawan dan udang hingga masak
9. Potong daun ketumbar hingga halus
10. Campur semua bahan dan campur garam. Mayoniese dan lada sulah.
11.  Boleh hidang
12. Selamat mencuba

Ok bai

04 June 2020

RESEPI GORENG PISANG 17 TAHUN



Aroma menarik dari bijan, kelapa dan marjerin menambah selera kita untuk makan goreng pisang. Resepi ini Kak Z dah guna sejak 17 tahun dulu. Ada orang ajar masa Kak Z berniaga di gerai tepi jalan.  Cuma Kak Z olah sedikit ikut kesesuaian.

Bahan:-
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan kelapa parut
1 sudu kecil bijan
1 sudu besar marjerin
1/4 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa
1 biji telur
1 cawan air dan boleh tambah kalau pekat
Minyak untuk mengoreng
Pisang untuk di goreng - pilihan pisang tanduk, nangka atau nipah

Cara:-
1. Pukul telur dengan garfu
2.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali minyak.
3. Jika adunan pekat boleh tambah air
4. Masukkan pisang dan gaul dengan adunan tepung
5. Panaskan minyak 
6. Minyak perlu betul panas dan masukkan pisang
7. Goreng hingga perang

Goreng pisang ini sedap di makan panas-panas. Selamat mencuba

Ok bai

01 June 2020

SAMBAL TELUR MATA @ Lauk Orang Bujang





Sambal telur mata sedap di makan dengan nasi lemak. Kalau tidak tahu nak masa apa lauk ni lah yang Kak Z akan masak. Step by step ada di channel youtube


Pastinya menjadi kegemaran anak-anak. Tidak boleh buat sedikit. Kena buat lebih. Sekejap sahaja dah habis. Orang kata masakan bujang. Ringkas dan mudah

Jom Kak Z share resepi

Bahan:-
5 biji telur
1 biji bawang merah
Bawang putih
Cili kering kisar
Gula
Garam
Serbuk perasa

Caranya:-
1. Goreng telur untuk jadi telur mata
2. Cincang bawang putih. Jumlah bawang putih ikut kesukaan korang.
3. Hiris bawang merah untuk menumis
4. Tumiskan bawang hingga naik bau
5. Bila dah naik bau masukkan cili boh. Kalau nak cili banyak letak lebih
6. Goreng sampai cili garing
7. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa
Sesedap lidah korang.
8. Masukkan telur mata yang kita dah goreng
9. Siap dan hidang

Selamat mencuba
Ok bai

TAUHU HOMEMADE @ HOMEMADE BEANCURD




HOMEMADE TAUHU

Step by step di youtube channel


TAUHU HOMEMADE yang senang di buat. Cara ini yang akak guna dalam menjalankan perniagaan tauhu. Resepinya juga sama. Cuma yang akak share adalah dalam quantity yang kecil

BAHAN-BAHAN:

500ml kacang soya
3 liter air
10gm GDL dan 50ml air


CARA MEMASAK:

1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.
2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.
3. Masak susu soya hingga mendidih. Mesti kena sentiasa kacau
4. Dalam bekas berasingan bancuh GDL dna air
5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi DGL
6.Kacau sikit dan biar beku selama 15 minit.
7. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. Akak guna bakul je macam dalam gambar 
8. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.
9. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.
10. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.

Ok bai
#stayathom #tauhuhomemade #homemadebeancurd

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...