04 August 2016

Hapuskan Jeragat dengan Cosmoderm Luminous Pearl Set



Luminous Pearl Set


Umur Kak  Z 43 tahun. Bila umur begini banyak masalah muka akan timbul. Paling teruk ialah jeragat dan jerawat. Silapnya kak  Z memakai produk memutihkan muka. Sebelum ini Kak Z mengunakan 2 produk tempatan. Konon hendak ‘flawless’. Bukan ‘flawless’ makin malap. Muka tegang tapi berjeragat dan ada kesan hitam akibat jerawat. Kecewa sungguh.


Wajah Kak Z Pada 4-4-2016

Kerja Kak Z jumpa orang. Muka penuh jeragat. Orang akan tengok pada pipi dan atas bibir yang ada jeragat macam misai. Korang rasa macam mana malu tak? Off course lah Kak  Z malu. Kalau ada pakwe mesti dia lari tengok muka awek macam ini. Jerawat makin banyak naik. Naik bukan biasa, tapi bernanah, Sekeliling kulit muka yang bersentuhan dengan tudung. Meninggalkan kesan hitam. Kakak ipar Kak Z mula tegur kenapa kulit muka awak? Berbelang dan berjerawat. Macam-macam Kak Z cuba, letak soda, lemon dan kulit kayu hitam semua tidak berhasil. Lost confident untuk jumpa orang. 


Satu hari Kak Z di hubungi Cosmoderm untuk test produk menghilangkan jeragat keluaran mereka. Kak Z bersetuju. Kak Z mula membuat kajian terhadap barangan keluaran Cosmoderm. Kenapa Kak  Z bersetuju untuk menjalani test produk ini? Sebab barangan keluaran Cosmoderm banyak mendapat pujian dari penguna. Ianya juga di jual di farmasi seperti Guardian dan Aktif. Bila di jual di farmasi bermakna selamat digunakan. Produk tersebut ialah Luminous Pearl Set.


Wajah Kak Z pada 14-4-2016


Bermula dari 1 May 2016, Kak Z memulakan pemakaian. Dalam masa 7 hari muka Kak Z mula nampak perubahan. Teruja.. kawan-kawan, kakak dan anak saudara juga mula mengatakan jeragat mula hilang. Ada mengatakan Kak  Z kan menjalani Ultherapy. Walaupun Kak Z menjalani rawatan Ulterapy, Kak Z masih memerlukan produk rawatan muka sebagai peransang dan mencantikkan lagi struktur kulit muka Kak Z. Setiap hari pasang impian muka kena cantik sebelum Hari Raya Aidil Fitri. Kalau tidak mak sedara mengata weeeiii.

Kesan Minggu Pertama 

1. Jerawat mula kecut
2. Muka pedih sikit – memang ada pengelupasan tapi tidak teruk dan sedikit sahaja
3. Cerah sedikit

Kesan Minggu kedua

1. Jerawat hilang
2. Jeragat mula pudar
3. Kesan pedih kurang

Kesan Minggu ketiga

1. Kesan jerawat berwarna hitam mula pudar
2. Mula berbelaang didalam tudung juga tidak ketara lagi
3. Tidak rasa pedih walaupun ada pengelupasan

Kesan Minggu Keempat dan seterusnya

1. Tiada jerawat
2. Jeragat pudar 80%
3. Kesan jerawat berwarna hitam hilang sepenuhnya
4. Kulit flawless
5. Kulit licin
6. Putih
7. Pori-pori muka makin mengecil

Produk ini tahan untuk 2 bulan lebih untuk 1 set. Oleh kerana berpuas hati dengan Luminous Pearl ini Kak Z masih meneruskan  lagi pengunaannya. Sekarang sedang mengunakan set ini  untuk Set kali kedua. Kak  Z berusaha untuk menghilangkan lagi 20% kesan jeragat Kak Z. 

Alhamdullilah jerawat macam segan hendak tumbuh. Adik-adik blogger Melaka kalau jumpa mesti cakap kulit muka Kak Z makin cantik. Apapun korang mesti rajin dalam menjaga muka. Kak Z bila dah berusia 43 tahun baru tersedar. Itu pun pasal tengok Doktor Esthetic Kak Z, lelaki tapi kulit muka dia cantik . Rupanya dia bersungguh jaga kulit muka dia supaya kelihatan bersih dan elok. Kalau lelaki mementingkan kecantikan muka, kenapa tidak kita orang perempuan. Betul Tak?

Setiap hari Kak Z mesti pakai Luminous Pearl Set siang dan malam. Apa keistimewaan Luminous Pearl? Set ini dirumus untuk mencerahkan tona kulit semula jadi secara berkesan dan selamat dengan mengunakan Aktif-G. Ia merupakan fomulasi khas yang terdiri daripada agen pencerahan semula jadi dan ekstrak buah-buahan yang membantu meransangkan pemulihan sel kulit dan peredaran darah. Pencerahan kulit boleh dibuat dengan selamat dan efektif jika kitaran cerah, lindung, rehat dan pulih diikuti dengan baik.

Jenis penjagaan Luminous Pearl



1. Luminous Pearl Brightening Mousse Cleanser - RM26.90

Membantu membersihkan sel-sel kulit yang mati, kotoran dan sisa makeup dengan berkesan dan lembut
Melembutkan dan mencerahkan kulit




Cara pakai:-

i) Malam dan siang
ii) Picitkan sedikit pencuci muka, sapu dan urutkan pada muka yang lembap.
iii) Selepas 20 saat, bilas hingga bersih
iv) Keringkan muka dengan kain atau tisu bersih.



2. Luminous Pearl Brightening Toner - RM26.90

Mencerahkan dan meyegarkan kulit dengan membersihkab sisa pencuci, make up dan sel-sel mati
Meransangkan penjanaan sel-sel kulit baru dan mencerahkan kulit




Cara pakai:-

i) Malam dan siang
ii) Tuangkan beberapa titis toner di atas kapas
iii) Sapukan dengan lembut dan sekata di selurh wajah
iv) Jika tidak mengunakan kapas, tuangkan beberapa titis di atas tapak tangan bersih dan ratakan seluruh wajah
v) Setelah penyegar kering, teruskan dengan pengunaan pelembap



3. Luminous Pearl Brightening Day Activator SPF 50++ - RM49.90

Membantu mencerahkan dan melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB untuk kulit cerah dan berseri
Guna sebagai asa make up atau sendirian dengan bedak compact





Cara pakai

i) Siang
ii) Selepas pencuci dan penyegar, picitkan Day Activator dan sapukan seluruh wajah
iii) Kulit kita akan terlindung di samping merawat kerana mempunyai perlindungan SPF50++
iv) Seterusnya boleh pakai compact powder




4. Luminous Pearl Brightening Night Serum - RM69.90

Membantu mencerahkan kulit dengan selamat
Membantu menganjalkan dan memperhalusi tona kulit
Untuk kulit yang lebih anjal, remaja dan cerah




Cara pakai

i) Malam
ii) Selepas mencuci dan menyegarkan, picitkan 2 titis serum di atas tapak tangan dan sapukan seluruh wajah dengan sekata
iii) Perlu digunakan setiap hari dan lebih efektik guna sebelum tidur



5. Luminous Pearl Dark Spot Corrector - RM43.30

Membantu memudarkan jeragat
Tona kulit lebih cerah dan sekata
Guna sebagai kitaran pembaharuan kulit




Cara pakai
i) Sapukan pelembap malam Luminous Pearl Brightening Night Serum dengan rata
ii) Kemudian sapukan Dark spot Corrector
iii) Pakai seminggu dan rehat beberapa hari dengan mengunakan VitE cream 3000 sebagai pelembap untuk menjanakan kulit baru,


Wajah Kak z  pada 29-7-2016


Pemakaian yang betul akan menghasilkan kulit yang gebu dan flawless. Jika anda tanya kak z bagus atau tidak produk ini? Jawapannya, bagus. Harga berpatut mengikut kemampuan Kak Z. Lagi satu halal, Kak Z tidak perlu risau untuk di bawa sembahyang. Tidak menyakit tapi mencantikkan. Korang boleh membeli set ini di Guardian atau Farmasi Aktif. Kak Z oder melalui talian www.cosmoderm.com.my . Penghantaran dalam masa seminggu sahaja.

Selamat mencuba

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...