10 February 2015

Bahulu Cermai

assalamualaikum



zaman dahulu bahulu melalui process yang susah. sbb tidak ada mixer besar macam sekarang. kalau nak pukul telur kena guna traditional whisk yang besar...contoh di bawah

pemukul telur 
untuk bahulu.. pinjam dari mr google


ok hari ini saya nak share buat bahulu senang sangat


resepi

bahan

350gm tepung gandum yang digoreng tanpa minyak dan ayak
400gm gula pasir
10 biji telur

cara

1. pukul telur engan gula hingga kembang speed tinggi
2. masukkan tepung dan pukul perlahan-lahan dengan speed paling rendah
3. pukul hingga rata
4. acuan bahulu perlu di panaskan dalam oven
5. keluarkan dan sapu minyak dan panaskan semula
6. keluarkan dan masukkan aduan hingga 3/4 tinggi acuan tersebut
7. bakar dengan suhu 180c
8. biarkan kekuningan

selamat mencuba

ok bai


Bingka Roti Berlauk

Assalamualaikum

kita share resepi bingka roti berlauk
resepi ni kita belajar kat mr goole jer.
senang dan sedap

 Bingka Roti Berlauk

resepi:-

bahan untuk bingka roti

1 bungkus roti gardenia jumbo bonanza
1 kg santan
5 biji telur
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh garam

cara:-
1. pukul telur
2. campurkan gula, garam dan telur kedalam santan
3. carik-carik roti dan rendamkan roti dalam bahan santan tadi
4.loyang pembakar 10 x 10 perlu dialas dengan aluminium foil supaya bahan tadi melekat dan mudah untuk di basuh
5. masuk semua bahan tadi kedalam loyang yg  telah di alas dengan aluminium foil dan bakar dengan suhu 200c selama 30 min

bahan lauk

1. 500gm daging hancur
2. 3 sudu besar rempah cari daging
3. seulas bawang besar
4. daun kari
5. 1 sudu teh gula
6. 1/2 sudu teh garam..kalau kurang boleh tambah
7. sedikit serbuk perasa
8. minyak masak

cara 
1. tumis bawang yang perlu dimayang hingga naik bau dengan minyak masak
2. masukkan daun kari dan serbuk kari kacau hingga sedikit garing
3. masukkan daging, gula garam dan serbuk perasa
4. masak hingga daging masak dan sedikit garing
5. angkat dan tapis 

hiasan daun 

daun sup 
cili merah

bila bingka telah masak taburkan daging tadi dan bahan hiasan. selamat mencuba

ok bai


Kuih Chang

Assalamualaikum

hari ini saya belajar buat kuih chang...
susah nak cari kuih chang orang melayu buat yang halal..
masa kecil2 dulu emak selau beli di pasar kampung jawa melaka
ada seorang makcik ni jual...lepas tu dah tak jumpa lagi sbb pasar pun dah berpindah.. arwah pun dah mula uzur.
ramai orang melaka yang pandai buat kuih ni. sbb ramai peranakan dan mix cina dan melayu. hari ini saya belajar dengan Fb: adidah mak intan . apa lagi Fb: Kak Rahmah ali offer terus belajar.
kak ro kata sedap.. dah tentu kena buat lagi sebab habis.


kuih chang 

bahan asas kuih ni ada pulut, cendawan, telur masin, kekacang dan daging. bungkus dengan daun buluh. kemudian rebus untuk bagi pulut tadi masak.

kalau sesiapa berminat hendak belajr cari Adidah mak intan ok

ok bai