02 July 2013

Kuih Koci pulut Hitam

Assalamualaikum

Koci sedap.. macam2 rasa dan ada pelbagai cara. saya mengunakan cara ini ... kalau saya mengajar ini adalah yang sedap dan ramai yg suka

selamat mencuba

Kuih Koci 


Kuih Koci Pulut Hitam

Inti :-

1 biji kelapa besar parut
300gm gula merah

Cara:-

1.       Masak gula merah terlebh dahulu hingga cair.
2.       Masukkan kelapa masak hingga pekat dan boleh di kepal

Kulit:-

100gm pulut hitam rebus hingga kembang blend jadiakn air sebanyak 300ml
500gm tepung pulut
½ sudu kecil garam
300ml air

Cara:-

1.       Gaul semua uli sehingga tidak melekat ditangan
2.       Kepal kan seberat 20gm masuk inti yang telah dikepal
3.       Rebus hingga timbul dan lembut

Som som:-

500ml air
100ml santan
100gm tepung
1 sudu teh garam

Cara:-

1.       Masukkan semua bahan
2.       Kacau supaya tidak berketul hingga berkilat


Kuih Koci Keledek


assalamualaikum..

bulan ramdan akan sampai tidak lama lagi jadi banyak blog akan share resepi yang sedap-sedap semuanya. hari ini hendak share.. kuih koci keledek

image - dari majalah rasa

saya simpan resepi ini semenjak sebelum zaman FB lagi.. gambar pun tak ade oleh itu pinjam dari majalah rasa.. selamat mencuba


Kuih Koci keledek


bahan

Inti :-

1 biji kelapa besar parut
300gm gula merah

Cara:-

Masak gula merah terlebh dahulu hingga cair.
Masukkan kelapa masak hingga pekat dan boleh di kepal


kulit

500g keledek rebus hingga empok blend menjadi 300ml air
500gm tepung pulut
½ sudu kecil garam
300ml air

Cara:-

Gaul semua uli sehingga tidak melekat ditangan
Kepal kan seberat 20gm masuk inti yang telah dikepal
Rebus hingga timbul dan lembut

Tai minyak-
1/2kg santan
1/4 sudu teh garam

Cara:-

Masukkan semua bahan
Masak hingga berminyak

Popia Basah

Assalamualaikum..

image - majalah rasa


Popiah Basah

Bahan kulit:

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
2 1/2 cawan air
1 sudu besar cuka
2 sudu besar minyak
Sedikit garam

Cara:
  1. Satukan semua bahan2, blend supaya tidak bergentel.
  2. Perap adunan selama 1 jam.
  3. Kemudian, ambil non stick pan dan panaskan dengan menggunakan api sederhana.
  4. Ambil adunan tepung tadi dan layangkan bentuk bulatan pada kuali seperti buat kuih ketayap.
  5. Biar hingga tepung masak dan angkat, tidak perlu diterbalikkan.
  6. Boleh di susun berlapis-lapis di dalam pinggan


Bahan inti:

1 btg carrot hiris halus
1 mangkuk kobis yg telah dihiris halus
1 biji sengkuang hiris halus
1 biji bawang besar mayang
2 sudu besar udang kering dikisar
3 batang daun bawang-hiris nipis
1 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukupnya.

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang besar dan udang kering hingga layu.
  2. Masukkan carrot,sengkuang,dan kobis dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan sos tiram,daun bawang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


Bahan untuk sos:

100gm cili boh
2 biji bawang besar-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
1/2 cawan gula
1 sudu besar gula perang
1 sudi besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air.
Sedikit cuka dan garam

Cara membuat sos:

  1. Panaskan periuk dengan api perlahan.
  2. Masukkan bahan yang telah di kisar bersama gula,garam dan cuka dan sedikit air.
  3. Masukkan juga bancuhan tepung jagung utk memekatkan sos ini.
  4. Kacau hingga pekat dan bolehlah di angkat.
  5.  


Bahan sampingan:

2 biji telur-buat dadar nipis dan potong halus
Kacang tanah ~ disangai, buang kulit dan ditumbuk.
Bawang goreng.

Cara penyediaan:

  1. Bentangkan kulit popia di permukaan yang rata.
  2. Sapukan sos di permukaan kulit popia hingga rata.
  3. Taburkan kacang tanah,bawang goreng,telur yang di hiris dan seterusnya masukkan sedikit inti.
  4. Gulung kemas dan sedia untuk di hidangkan.

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...