03 July 2015

Angle by Qeos ..TV buatan Malaysia

Assalamualaikum

Pertemuan dengan PR director Qeos pada majlis berbuka mengenalkan saya dengan Angle by Qeos. TV buatan Malaysia?
Terkejut dengar.. ada ke? Bila soalan itu keluar dia menjemput saya datang ke showroom qeos untk melihat tv tersebut.

Hati tertanya..betul ke ada tv buatan Malaysia..? Woww

Balik fikir lagi..saya nak tengok tv malaysia.. saya buat appoinment untuk datang melihat tv buatan Malaysia.

Bila pergi ke showroom.. terkejut sungguh.. betul tv orang malaysia yang buat. Pejabat di Batu Berendam Melaka..Nama TV ANGLE..

Di sambut dengan begitu ramah oleh para pekerja qeos.. dari satu tv ke satu tv yang lain..memang istimewaa ANGLE.. kenapa? Sebab.. clear, resolusi warna yang cantik, puas dan harga berpatutan.

Sungguh puas hati..seronok lah..macam kanak-kanak melihat tv yang besar dan gambar yng cantik..Teknologi Tv ini lebih canggih TV jenama terkenal di pasaran. ANGLE di cipta untuk kesempurnaan. TV yang mempunyai 4K UHD display. 9 juta resolusi warna..

Apabila saya menonton mengunakan tv ini.. terkejut sebab gambarnya memang cantik. memang lainlah

Siapa yang mencipta TV ini..anak tempatan Malaysia. DR Gabriel Walter . Anak kelahiran Sarawak. Berusia 38thn. Berkelulusan PHD dari University of Illinois. Beliau telah mencipta transistor laser dan LED terpantas pertama di dunia.

Pertama kali berjumpa beliau sungguh mengagumkan. Dia kata dia perlu jujur dengan semua orang. Harga Tv di malaysia adalah mahal dari US.. spesifikasi semua sama.. tapi mahal.. oleh itu dia cipta tv ini utk semua menonton TV yang baik dan memilikinya dengan harga berpatutan. Lebih canggih dari TV yang hangat di pasaran..

Padangan saya semua adalah kerana jenama TV tersebut..itu yang memainkan peranan dalam penentuan harga tv tersebut. Dia berpuas hati dgn tv berjenama tersebut. Tapi tidak pada harga.. maka tecipta lah tv ini..

DR Gabriel tidak panggil TV tapi display..Dr Gabriel banyak melakukan penyelidikan. Sehingga beliau berpuas hati baru lah Tv ini dijual dipasaran.

Gambar yang cantik, sistem suara yang senang di dengari menentukan kepuasan penguna..

Percaya atau tidak.. teknologi Angle by Qeos lebih maju dari tv berjenama lain..tak yah sebut lah

Pasti anda tertanyakan...?

Saiz tv ini adalah 58 inci dan 85 inci

Boleh didapati dengan package yang tertentu dengan harga dari RM4,000 sehingga RM10,000

Pasaran masih belum meluas kerana baru berada di pasaran. QEOS mempunyai showroom di Melaka, Singapura dan Vietnam.

TV ini juga boleh di buat mengikut kehendak penguna..
Bagaimana hendak membeli.. anda boleh layari www.qeosangle.com




TV ANGLE saiz 85 inci
                                               


TV ANGLE saiz 58 inci
                                             


Cuba bezakan kedua-dua gambar ini..berbezakan



Rekabentuk TV ini sesuai untuk ruangan yang kecil


Ini adalah resolusi untuk warna hitam dan putih..terdapat perbezaan


Kepuasan pembeli adalah keutamaan qeos. Jika pembeli ingin spesifikasi yang lain pihak qeos akan memenuhi permintaan pelanggan. 

Ok bai




Chinese food di Huang di Chinese Restoran A Famosa

Assalamualaikum

Restoran makanan cina  yang orag islam boleh masuk tidak banyak. Masa duduk di Kuala Lumpur selalu pergi restoran Cheng ho kedai amy serach tu.. tak pun restoran Alladin di kelana Jaya.. Yang paling dekat dengan rumah restoran Pak Tam di Kg Pandan..

Tapi sekarang tak susah lagi sebab ada kedai restoran makan cina yang orang islam boleh makan. Terdekat dengan Restoran Huang di A Famosa.  bulan ramadhan ini Huang di Chinese Restaurant menyediakan set menu berbuka puasa. Teringat kata anak-anak sedap momee.. nanti kita datang lagi rasanya berbaloi untuk kami lima orang makan dengan package yang di sediakan

Semua makanan kegemaran anak-anak.. paling penting ada nassi putih.. bersorak si adik dapat nasi putih.. dia spesis kuat makan..alhamdullilah mak ko pandai masak..

Masakan yang disediakan sesuai dengan citarasa orang melayu. pedas, masam, manis.lemak semua  ada..paling teruja hendak makan ialah sayur campur bercili.. ada terung, rebung dan bendi

abang hakim paling suka udang masak lemak.. itu dah tentu kegemaran dia.. makan bang sampai puas.. yang si kembar siap cakap nasib baik saya dah simpan tempat dalam perut nak makan makanan ni..

Restoran ini menawarkan  dua package untuk majlis berbuka puasa. Harga antara RM277 -RM417
Restoran dibuka dari petang hingga 12 malam..

Saya nasihatkan sebelum datang sebaiknya buat tempahan terlebih dahulu. no tel : 019 6001099

Restoran ini terletak di dalam theme park A Famosa.. masuk sahaja dari pintu gerbang kita sudah dapat melihat theme park. Tempat meletak kereta mencukupi dan mudah.

Jika anda dari arah Kuala Lumpur atau Johor masuk toll simpang Ampang . Dari toll ke A Famosa hanya 10 minit.

piiisttt... makan sampai puas tau.. sebab memang lain dari yang lain...Berbaloi.. dengan duit, sedap dan puas hati
.




Ini adalah package pertama.. boleh buat pilihan mana yang kita hendak makan


Ini adalah package kedua..  pilihan di tangan anda






Sayur cili. sedap.. sebab ada rebung kesukaan ku



Udang masak lemak



Ikan siakap 3 rasa


Ayam kapitan


Depan ketam gulung .. belakang ayam pandan



Vegetarian lover.. rasa macam udang tapi tepung khas untuk yang tidak makan daging



Sotong


Meriahkan


selamat mencuba

ok bai