24 December 2017

TRAVELOG PART 1- KESIHATAN MENURUN SEBELUM TRAVEL



Imperial Palace

Perancangan Kak Z telah bermula dari tahun 2016. Disember 2017, Kak Z plan untuk samada pergi ke Europe atau Korea dan Japan. Tapi racunnya meresep ke Korea dan Japan. Ialah kawan-kawan ramai yang ke Korea dan Japan. Europe pergi tahun 2018. Cakap pada anak-anak abang Hakim habis exam momee akan ke Korea dan Japan. Memang lah semua nak ikut bila cakap macam tu .. betul tak? Tapi mak tak mampu nak angkut semuanya. Biar mak gi sorang later ada rezeki kita pergi sama-sama. Alhamdullilah anak-anak memahaminya.


Image may contain: 5 people, people standing, shoes and outdoor

Keadaan kesihatan yang bagus tidak ada penyakit yang serius seperti darah dan kencing manis rasanya lebih memudahkan perjalanan Kak Z. Ialah umur 44 tahun macam-macam boleh ada..Tapi Allah hendak menduga. Pada 17hb jan 2017. Ada ketumbuhan di leher. Kelenjar tiroid membengkak. Terduduk sekejap. Perlbagai test yang Kak Z buat untuk menyelesaikan tiroid ni. Tapi lain keputusannya. “Azura.. anda di syaki mengalami kanser tiroid”.Masih tenang dengan perkhabaran tersebut.  Bila dalam kereta baru berguguran airmata. Di syaki..! adakah ini fullstop bagi diri aku.. 2 bulan Kak Z down gilerr... Tapi masih boleh tenang menghadapi orang keliling. Ambil masa melawan perasaan sedih. Perkataan "Di syaki.." belum lagi confirm samada itu sel kanser atau pun tidak. Kak Z bangun untuk menguatkan semangat untuk meneroka dunia luar. Hanya pembedahan akan menentukan samada itu kanser atau bukan. Jadi Kak Z tangguhkan dulu. Doktor yang membaca pasti marah. Memang ada doktor merajuk dengan Kak Z. Tak pe i tahu you sayang i.. insyallah I'm ok..

Anak-anak memang baik memahami tidak buat hal bila Kak Z bagitau apa yang Kak Z sedang hadapi.. Thanks you anak-anak.. Alhamdullilah.. terima kasih ya Allah.. kau kurniakan aku anak-anak yang baik. Memang budak-budak tu baik. Tidak ada masalah semasa akak di sana.


Kesihatan akak makin menurun. Keadaan badan lemah dan mula kebas di kaki dan tangan. Perut tidak boleh lapar dan cepat letih. Kak Z lawan denga pergi berjoging dan exercise. Kak Z paling risau cerpat lapar dan letih. Lain –lain mungkin kita boleh atasai dengan cara bersenam. Kak Z rancang waktu makan dan waktu untuk mendapat rehat secukupnya selepas balik berjalan. Keluar awal dan balik sebelum Maghrib. Di Korea dan Japan.. waktu siang sekitar 6.30pagi dan malam 5.00ptg. Kak Z keluar selepas solat subuh dan balik sebelum maghrib untuk solat jamak dan qasar zuhur dan asar di hostel. Alhamdulillah dapat melakukannya seprti yang di rancang. Lepas Jamak dan qasar maghrib dan isyak.. terus tidur untuk bangun awal ke esokan paginya.

Image may contain: food

Lauk Kari Ayam Brahim dan Nasi Segera

Sebelum keluar Kak Z sarapan dan dalam pukul 10.00pagi badan sudah rasa lemah dan lapar. Maknanya kena makan. Kak Z siapkan bekal. Paling mudah ialah nasi goreng segera Brahim. Atau Kak Z beli nasi segera di convenient store dan sambal atau serunding. Buahan-buahan dan coklat wajib  dalam beg. Air sebotol. Kak Z akan berhenti duduk dan makan.. rehat dalam 30 min sebelum memulakan semula perjalanan.. 10.00 umpama brunch dan sampai petang Kak Z akan makan buah atau coklat.Kerana semangat dan tahu diri sedang solo traveller lemah rasa badan dapat diatasi dengan tidur yang cukup.

Image may contain: text

Coklat dan Susu Sebagai Bekalan Ketika Lapar

Image may contain: text
Image may contain: text
Insyallah bulan Mac 2018 Kak Z akan menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan tiroid, Dari situ doktor akan diagnos samada cancer. Jika sah cancer makan akan buat radiotheraphy. Doakan bukan. Supaya Kak Z boleh meneruskan perjalanan sebagai Makcik Backpacker.

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...