05 July 2015

Padini Concept Store


assalamualaikum

Padini Concept shope ini terletak di dataran pahlawan bandar hilir melaka. dalam satu kedai terdapat pelbagai jenis pakaian, bag dan kasut. Jenama barangan yang terdapat dalam kedai ini ialah  PDI, miki, seed dan vinci. 

Kedai Padi Concept shop sekarang mudah didapati di mana-mana. Kalau di Kuala lumpur di one utama dan sunway pyramid . Di Johor yang pernah akak pergi ialah  JPO - Johor Premium Outlet,  di Penang di Queensbay mall dan di Melaka ni di Dataran Pahlawan.. tempat lain ada juga kot .. tak pastri sebab tidak pernah pergi.

Kenapa akak suka beli baju di kedai ini..Baju untuk kembar dan adik ialah jenama MIKI. orang kata mahal. pandai cari murahda ncantik Paling utama tahan lama. baju abang hakim dari umur 6 bulan masih boleh di pakai ke adik yang kecil..sampai umur 3 tahun. Seluar jeans juga tahan tshirt boleh dipakai sehingga tidak muat. Kain tidak mudah rosak

Untuk hari raya untuk abang ialah baju jenis PDI. abang tu pilihan dia uniglo, factory outlet shop atau brandoutlet shop. dia dah besar punya citarasa. tapi emak dia kena padai buat pilihan sebab boleh tahan juga harga kalau tidak bijak memilih. Dengan ketinggian 5 kaki 7 inci.. dan ukur lilit pinggang 30.. korang rasa dia akan meninggi lagi tak?.. jawapan mak pasti sebab baru 15 tahun..

Baju ini berharga RM39,90. berbaloi, murah dan berquality. Rasanya tidak mahal uniglo baju macam ini ialah RM89.90 dan di brand outlet RM79.90 untuk dua pasang dan di Factory outlet RM30.00 tapi tidak ada saiz dan di Reject shop lagi RM49.90.. ok keputusan telah di capai ambil yang ini.

Mak dia keluarkan duit .. senyum sampai telinga.. siap cium pipi.. sayang momee. Ia.. dapat baju sayang lah..Ken abijak memilih dan bijak berbelanja.. kena bayar gst dan minyak mahal.. hurrmm..



Merah jambu dan Hitam

Korang yang bujang kalau belum beli baju raya .. jom pakat gi ramai..

ok bai

Fitra di negeri Melaka RM6.70

Assalamualaikum

Hari ini saya menunaikan rukun islam saya. Alhamdulllilah..


Resit bayaran zakat

selama tiga tahun tinggal di sungai petani .. bayarannya lain. RM7.00 seorang. tahun ini bayar di Melaka sebab tinggal di Masjid Tanah. bayaran yang dikenakan RM6.70.

Sekarang pembayar fitrah adalah mudah. sebab banyak amil yang di lantik dan di tempatkan di pusat membeli belah. tidak perlu lagi hendak ke masjid atau rumah amil yang di lantik masa dulu. oleh itu tidak lah kita lupa akan tanggunjawab kita.

Zakat fitrah termasuk dalam rukun islam. dibayar sebelum solat hari raya setiap tahun. oleh itu solat hari raya aidil fitri elok di lambat sedikit supaya orang boleh membayar fitrah. kalau hari raya aidil adha  elok di cepatkan supaya acara korban  boleh di jalankan.. macam otajah pulak makcik bersyarah.. makcik belajar hokey kat sekolah dulu.. apak makcik pun bagi tau. sebba apak makcik dulu imam.

bila tanggungjawab ini telah di laksanakan kita akan rasa lega.. sebab dengan duit ini secara tidak langsung kita boleh membantu mereka yang fakir. Di negeri Melaka, zakat fitrah di uruskan oleh pusat zakat melaka di bawah Majlis agama islam Melaka. bayaran untuk tahun ini ialah RM6.70. dalam lafaz niat di bagitahu kadar inia dalah untuk mengantikan beras. bayar fitrah ada lafaz niat ok.. lepas tu doa di baca oleh amil.. fuuhhh lega

jangan lupa bayar

ok bai



Revlon Color Burst Matte Balm

Assalamualaikum

Revlon adalah jenama kosmetik dari USA. Pilihan komestik akak waktu ini ialah revlon bedasarkan kemampuan, pilihan warna dan kesesuaian pada kulit. Sesuailah untuk surirumah sepenuh masa, perlu ringkas , kemas dan nampak cantik dikalangan makcik-makcik. kalau merah sangat orag mengata merah sangatlah mak ngah..

Masa bekerja dulu pilihan kosmetik ialah clarins, estee lauder dan christian dior. waktu itu gaji banyak.. sekaraang orang tanggung.beringat apabila berbelanja tambahan pulak GST dan harga minyak yang setiap bulan meningkat.

Make up Revlon mudah di dapati di Guardian.. ada juga tempat lain tapi makcik suka sangat pergi guardian. Sebaris dengan rak maybelline, loreal, simply siti, zaza, 2 in 1 dan cover girl.. cover girl ada lagi ke tidak?

Cuba semua jenis lipstik.. kalau nak cuba.. kanak-kanak ini semua tak ada kalau tidak beli warna yang merapu.. tension mak oiiii..Akak akan cuba satu persatu sesuai dengan kulit muka. colour lembut.. mak dah tua nak.. faham-faham lah..  Maybelline dan silky girl juga mempunyai pilhan warna yang menarik Murah pun murah. kemudian hari masalah kan timbul pada bibir iaitu bibir merekah. akak cuba elakkan. kalau hendak beli juga akak akan guna lipstik colour stay revlon ikut warna bibir dan lapiskan dengan lipstik maybelline atau silky color. simplysiti pula warna cepat pudar. Selepas makan atau minum kena tambah.. loreal pun okey..harga lebih kurang revlon. tapi suka revlon more natural

Hari ini keluar beli barang raya salah satu tempat yang di tuju ialah guardian beli vitamin untuk anak dan make untuk mak. Jumpa lah pulak benda alaa ni.. suka lah pulak.. terus beli. sebab sesuai sanagt untuk concept hari raya kita orang. cantik pula sesuai denga kulit muka makcik yang putih melepak ni. dan murah..

hendak ambil dua warna fikir balik.. kasut raya adik belum beli ..ada rezeki kita beli insyallah. ini lah dia Revlon Color Burst Matte Balm. pink sikit, kekuningan sikit.. suka sangat  harga sebenar RM37.90 oleh kerana guardian sale dpaat discount RM33.20. ada banyak lagi color kalau korang minat. 


Revlon pujaan hati

Setiap lipstik yang anda henda beli biarlah sesuai dengan anda. tidak kiralah mahal atau murah. Sebab nilai duit anda sama dengan qulaity lipstik yang anda beli

selamat bercantik di hari raya

ok bai

Membuat baju raya sendiri

Assalamualaikum

Hari raya aidil fitri makin hampir. paling utama penyedian baju anak-anak.Tema tahun ini warna merah epal. tapi mak warna merah jambu.. mak dia orang masih jambu hokey..

3 pasang baju untuk setiap anak. semua lelaki. setiap tahun kos membeli baju raya makin meningkat . kerana anak-anak semakin membesar. adaoarng kata baju abang boleh pass ke adik Masalah pada anak-anak akak ialah abang tinggi 5 kaki 7 inci.. si kembar 5 kaki pun belum sampai.. adik lagilag.. comel dan gebuu

so kepurusannya kena beli baju baru. Bila sampai kepada emak diaorang. tahun ini keputusannya buat baju sendiri. alamdullilah kemahiran masih ada untuk mengukur, mengunting dan memjahit. kena belajarlah.. lepas SPM mak hantar pergi belejar buat baju.. alhamdullilah masih berguna sampai sekarang.. amiiinnn

tengok lah plan baju yang akak buat ni jangan gelak.. ko ader?


plan baju kurung kedah

untuk mendapat cara mengukur baju kurung kedah, akak mendapat khidmat nasihat dari Mr. Google. pepatah orang melayu ukur baju di badan sendiri. akak mengukur baju sendiri.. ok lah mengaku saiz dada 40, pinggang 38, ponggong 44.. gemuk gedempol... secukup kain yang aku beli.. chaiitt
lepas ni diet.. kalau tidak jangan verangan nak dapat pakwe baru... haaaa

plan siap.. potong baju pula. masalah besar timbul gunting tumpul. sakit hati pun ada. Sabar zura .. sabar..nampak sangat dah lama tidak guna gunting.. gunting ini adalah khas untuk potong kain..ada orang sudah mengaku saya guna gunting untuk potong kertas. apaaaaa...? mak engko dah menjerit..dia dengar APeeeee.. cabut masuk bilik.. kalau tak nahas lah awak yer mak ketuk ketuk dengan pembaris.

potonglah perlahan-lahan. bila gunting tumpul kerja jadi lambat sebab tidka mahu kain rosak. sambil potong sambil tengok running man pukul 1.00 baru tidur dansipa potong .langkah seterusnya jahit.. tugas itu kak ro lah yang buat..sebab mesin jahit kat rumah rosak...kak ro... adik sayang kak ro.. hiiii

* kak ro = pengetua pencen + mantan ketua pembuat kertas soalan geografi malaysia untuk spm + ahli geologis malaysia + kakak no. 3+++ garang+ paling sayang adik dia niii lah

ok bai




SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...