24 February 2016

Haram tanam ganja di Malaysia


Bila baca kenyataan akhbar Agemsi anti dadah kebangsaan teringat kepada seorang ibu tua yang rapat dengan akak. Kami baru sahaja bercakap mengenai anak beliau di tangkap kerana dadah. Baru-baru ini di tangkap kerana mengedar pula. Kali ke-4 ke penjara.

Mendengar suara ibu tua yang lemah. Hati menjadi sedih. Teringat kepada budak-budak empat orang ini. Jauhkan lah dari dadah atau seangkatan dengan dadah. Sekali kena susah untuk di pulihkan. Perlu semangat dampn sokongan yang kuat.

Kita yang melihat tapi ibu itu yang merasa betapa berat menghadapi anak yang menagih ini. Sebagai masyarakat kita juga perlu perihatin dan sama-sama bertindak untuk membenteras dadah.

Ok bai

22 February 2016

Terluka

Betul apa yang dikatakan ungkapan ini. Aku boleh maafkan. Tapi sampai aku padam luka aku masih di situ


Ok bai

20 February 2016

Mesyuarat Agung Sek Men Keb Ghafar Baba Ke-44



Pagi ini hadir ke Mesyuarat Agung Sek Men Keb Ghafar Baba Ke-44. Hakim, Hanif dan Haris sekolah sini. Kita sebagai ibu bapa kena bagi sokongan kepada sekolah dalam melaksanakan program yang dijalankan oleh sekolah.



Tidak rugi sebenar kalau kita ambil tahu hal sekolah. Kadang-kadang ada ibu bapa lepas tangan tanpa mengambil tahu hal sekolah. Banyak manafaat kalau kita bekerjasama. Kita boleh berhubung rapat dengan guru-guru dan mengetahui perkembangan anak-anak di sekolah.

Pekembangan ini akan membantu kejayaan anak-anak. Secara tidak langsung meningkatkan prestasi sekolah. Jooom dengar cadangan...

Ok bai

13 February 2016

Nasi Kukus Ayam Berempah Budget Jln Kilang, Melaka



Hari ini ialah hari jalan-jalan cari makan sempena raya nenek moyang kita. Ia..kita ada darah cina. Puas hati itu sebab mata kita sepet..hiii.
Tiap kali hendak keluar mak mesti tanya hendak makan di mana. Jawapan Nasi kukus pakcik megat. Cepatnya jawap. Nasi kukus pakcik megat atau lebih dikenali Nasi Kukus ayam berempah Budget , Jln Kilang, Melaka.

Kenapa budget? Nasi kukus dan ayam berempah RM4.00. Susah mau cari owww.. kalau hendak tambah air RM5.00. Anal-anak suka sebab ayam goreng rempah dan sos nya sedap. Adik kalau makan dia sorang seketul ayam boleh habis. Abang lagi dia mesti 2 pinggan.

Kalau datang ke Bandar Melaka lokasinya mudah. Sebelah UiTM bandar Melaka. Waze aje UiTM bandar jln kilang melaka sampailah sebab kedai dia tepi jalan. Dari jauh kita boleh bau aroma ayam goreng berempahnya. Korang kalau datang lunch time.. kena beratur panjang.
Waktu operasi dari 9.30-6.00ptg setiap hari.

Oleh itu kalau datang melaka jangan fikir pasal jammed ..fikirlah pasal asam pedas, coconut shake, ikan bakar dan nasi kukus ayam berempah budget jalan kilang..

Ok bai

Coconut shake Batu Berendam



Seminggu cuti tahun baru Cina duduk merap di rumah. Budak-budak 4 orang ni sudah jadi zombie x-box. Dari pagi sampai petang benda itu sahaja yang dia hadap. Ok hari ini kita ronda Melaka. Ronda sambil makan. Sengal 5 beranak ni.. apa lagi mencuba semua makanan yang ada lah. Mak pun terjebak jadilah 'cheat day'.



Bawa kereta penuh dengan gelak ketawa hari ini. Masing-masing memberi cadangan nak makan apa. Tau-tau dah sampai Batu Berendam... tepi jalan ramai orang. Apakah itu? Berhenti kereta.. waaa coconut shake. Mesti sedap sebab ramai orang beratur. Ini lah coconut shake yang orang selalu cerita.



Mesti banyak permintaan. Kita orang sudah cuba banyak coconut shake. Yang ini belum lagi.. sedap atau tidak belum pasti. Kena beli dulu. Ada 3 pilihan..biasa, special dan double special.





Kami ambil yang special sahaja. Nanti nak makan yang lain lagi. Kalau kenyang sangat macam mana nak makan betul tak? Di situ ada juga gerai makanan lain. Sambil minum boleh makan





Tapi akak pilih take away sahaja. Efficient dan cepat. Satu bahagian ambil oder, satu bahagian bayar, satu bahagian bagi oder.. itu akak puji lah. Tak panjang sangat beratur macam di klebang. Jalan pun tidak sesak. Kalau di klebang waktu hari cuti boleh jammed owww pasal nak beli coconut shake.




Sudah beli.. masa untuk rasa. Sentap kepala..hari panas minum benda sejuk.. semua menjerit.. aucchhh..kepala senggal..haaa..hambik korang..



Hurmmm ..komen kami boleh lah.. coconut shake batu berendam lebih sedap dari coconut shake klebang. Tapi sedap lagi coconut shake depan JKR Solok Duku, Masjid Tanah. Serius akak tak tipu. Apa pun coconut shake batu berendam korang win..sebab banyak sungguh kelapa korang boleh jual dalam sehari..syabas



Ok bai

11 February 2016

Suami gelak isteri jatuh



Pengalaman yang menarik untuk aku kongsi dengan korang. Semalam akak naik LRT dari TBS ke PWTC. Ada satu pasangan dan seorang usia 8-9 thn. Si suami bawa beg tarik..isteri bawa beg jinjing di tangan. Sebelah tangan lagi pegang anak. Masa menunggu LRT sampai dia duduk sebelah akak. Dengar dia cakap dialek utara. Bercakap dengan anak dan suami dia. Macam biasa akak memang tidak hirau hal orang.

LRT pun sampai. Kami pun naik. Orang ramai ketika itu. Suamimsudah duduk di satu tempat kosong. Isteri masih mencari. Dapat di sebelah akak sambil itu sibuk panggil anak untuk duduk sama.

Tetiba coach LRT tersentak..kalau kita sudah biasa kita akan bersedia. Kesian kepada wanita tadi sebab dia tidak bersedia dan jatuh tergolek. Subhanallah...paling syahdu.. suami mengelakkan si isteri tanpa menolong.

Orang lain sibuk menolong si isteri bangun dan punggut barang
Akak tahu..dia terperanjat dan mengigil.. sebab akak yang genggam tangan dia. Dia hanya mendiam diri. Dari awal dia hingga dia turun kat stesen bandaraya. Dia hanya senyap tidak seperti sebelum naik LRT tadi.

Masa nak turun...dia ucap terima kasih pada akak. Akak tepuk tangan dia.. sambil kata 'sabar lah..'Melalui air muka..hurrmmm...biarlah rahsia akak.pada suami jangan lah kan si isteri. Tolong adalah lebih afdal...betul tak?

Ok bai

1.5juta pekerja Bangla akan masuk ke Malaysia..?




Masa berada di Kuala Lumpur kelmarin, terasa macam duduk di Bollywood. Rata-rata muka macam hindustan tapi cakap bangla. Ada juga muka macam cina tapi cakap hindustan.

Keliru sekejap..Ibu negara aku ker ni? KLCC, Bukit Bintang, Jalan TAR, TBS, Pudu dan Chow kit. Penuh dengan mereka. Dulu penuh dengan indon. Sekarang sudah berubah.

Ini ibu negara Malaysia.. atau ibu negara Bangladesh..takuuutt. Apabila Datuk Zahid Hamidi mahu membawa masuk 1.5juta pekerja bangla. Aku rasa bukan cadangan yang bagus.

1. Takut masalah sosial akan bertambah
2. Pengaliran mata wang kita keluar
3. Makin malas lah rakyat Malaysia
4. MAKIN TAKUT AKU KELUAR RUMAH..

Ok bai

Zang Toi West 57th Street Cafe Paviliion .. Delicious Pandan Cheese Cakes

Zang Toi West 57th Street Cafe ..jauh ke? Tidak lah.. cafe ini di tingkat 4 Parkson Pavillion, Kuala Lumpur.





Cafe kedua Zang Toi yang dah akak pergi. Kenapa datang semula? Puncanya Pandan Cheese Cakes. Rasa authentice lemak pandan, pisang dan cheese memang kena citarasa akak.





Mula rasa kek ini di Zang Toi West 57th Street Cafe Freeport Afamosa outlet. Di tambah dengan minuman punch yang menyegarkan. Rasa keju kek ini tidak menjemukan





Bukan hanya dengan kek pandan sahaja, makanan lain juga sedap. Sudah tentu salmon sandwich. Kenapa? Sebab parmesan dan mozarella cheese bergabung menghilangkan rasa hanyir ikan tersebut.







2 jenis makanan ini akan memjadi kegemaran akak. Macam di Melaka ada juga pilihan lain seperti chicken chop, nasi lemak rendang, sosej sandwich, pasta dan kek coklat. Semua pilihan ini memenuhi citarasa pengunjung.



Suasana kedai ini seperti butik cafe.. memamg butik cafe. Peminat fashion rekaan zang toi boleh mendapat pakaian rekaan beliau disini. Bukan setakat ini terdapat juga barang hiasan dalaman di sini.







Semua ini adalah rekaan Zang Toi. Setiap sentuhan kreatif Zang Toi hasilnya disini. Suasana cafe ini cozy dan sesuai majlis sambutan hari jadi secara kecilan. Hubungi mereka dan tempahan. Anda akan di layan oleh cafe manager En Badrul.



Cafe ini di urusakn abang Zang Toi dan anak saudara beliau. Layanan mereka sungguh awesome.. thank you for your hospitality..

Ok bai

10 February 2016

Perjalanan Tampin - TBS dengan komuter



Hari ini memulakan perjalanan seawal 6.30 pagi untuk ke station KTM Tampin. Konon nak cuba naik Komunter dari Tampin ke TBS. Dari rumah ke Tampin 20 minit. Parking di station Tampin.

Waa... banyak kereta parking di sini maknanya ramai yang naik komuter ke Kuala Lumpur. Harga tiket RM12.70. Boleh tahan jugalah. Berbaloi kalau travel sorang.

Dari Tampin ke Seremban.. sebab tukar train ke TBS. Perjalanan Tampin-Seremban hanya 30 min.. Seremban-TBS lebih kurang 45 minit. Cepat juga sampai. Semua perempauan dalam koc ini..rupanya ladies coach..



Ok bai

08 February 2016

Muka selebet macam baby pandan


Hampir 2 minggu sakit belakang akibat tersalah work out. Hendak duduk sakit .. nak baring sakit.. nak berdiri lama pun sakit.

Pencucian dosa-dosa kecil oleh Allah si abang kata. Bila berada dalam keadaan begini... muka mesti selebet. Suruh abang urut tak jalan. Lepas tu surih kembar urus pun tak jalan. Ikhtiar akhir suruh bidak kecil tu urut.. subhanallah kurang sakit.

Saka mengurut ke ko dik? Ambil dari sape? Pakwo ko ubat orang kena sampuk boleh lah. Baru teringgat.. nenek belah bapak dia pandai ngurut, patut lah dia pandai. Siap baca bismillilah..

Dalam hati mak tegelak.. tak pe dik janji kita boleh pergi shopping esok. Shopping mall buka ker esok?

Ok bai

07 February 2016

Abang di lamun cinta monyet


Selamat ini mak dia pelik wal ajaib kenapa anak mak tetiba boleh cakap cina tetiba. Rupanya awek dia gigurl cina. Korang tengok gambar ini..


What to say? Bila tanya awek awak ker? Dia kata kawan aje.. kalau siang malam duduk depan fb messenger tu korang rasa apa?

Bagus.. lepas ni dalam rumah ni mcm2 bahasa ada
Arab, jepun , melayu, english, jawa, banjar, cina, siam..

Bukan mengalakkan.. masih berjaga-jaga. Sebab sorang anak aku.. sorang lagi anak orang. Belum habis sekolah lagi weeiii.. seriaow. Nak marah or apa? Cool mak cool.. waktu ini lah kita kena ambil tindakan tarikh rambut dalam tepung..

Apakah cabarannya.. tunggu jer lah...

Ok bai

03 February 2016

Apa itu virus Zika.. Simpton.. dan pencegahan..




Apa itu Virus Zika? Ramai yang ingin tahu apa itu Virus Zika yang kini dikesan menular di negara Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lagi termasuk seramai 4 juta penduduk Amerika Syarikat yang kemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir tahun 2016 ini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



 Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa juga telah mengeluarkan senarai 12 negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin. Nyamuk aedes penyebab demam denggi adalah punca penyebaran demam Zika.



Apa Itu Virus Zika

Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.





Terdapat kemungkinan atau risiko yang virus Zika ini akan menular ke Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan kawasan rumah dan persekitaran dengan kerap supaya tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat dihapuskan.

Info Virus Zika

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-

1.  Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007.

2. Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang

Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.



Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-

1.Sakit kepala
2.Ruam pada kulit
3.Sakit sendi
4.Mata kemerahan



Cara Rawatan

Untuk merawat demam Zika ianya seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.




Kesan Virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.




Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.





Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan yang tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Mari kita cegah pembiakan nyamuk..untuk cegah zika..mencegah lebih baik dari menawar

Ok bai

Sumber: PAHO, WHO, KKM dan google..

Apa itu virus Zika..?



Penemuan virus zika di Jambi, Indonesia amat mengejutkan. Kita ingat virus ini biasanya akan tersebar di Afrika dan area pasifik. Zika Virus ini jarang muncul di kawasan Asia Tenggara. Tetapi dengan kemunculannya di Jmabi mendorongpara pengkaji mengulas lebih lanjut mengenai virus ini.

Apa sebenarnya Zika Virus dan apa kesan dari Zika Virus?

Zika Virus adalah virus yang menularannya melalui nyamuk Aedes aegypti. Masih dalam satu kumpulan dengan virus lain seperti virus penyebab penyakit demam berdarah, penyakit kuning, dan penyakit chikungunya.

Beberapa penyelidikan yang dilakukan, kerana kemungkinan virus ini bukan sahaja di sebarkan melalui nyamuk, , mungkim dengan pemindaham darah dan hubungan seks. Tetapi masih belum dapat di pastikan lagi.

Virus ini pertama ini dikenal pasti pada tahun 1947 di negara Uganda. Pertemuan pertama ialah pada seekor monyet. Kemudian virus ini menjangkit manusia dan pernah menyerang sejumlah populasi manusia di kawasan Afrika secara meluas pada tahun 1954.

Penemuan pertama dari penyakit yang disebabkan oleh Zika Virus di luar Afrika terjadi di Yap Island, sebuah pulau di kawasan Pasifik Mikronesia pada tahun 2007. Semenjak itu, Zika Virus muncul hanya beberapa kali muncul di kawasan Pasifik. Di Asia Tenggara virus ini jarang di temui.



Kesan Zika terhadap Wanita Hamil

Menirit kajian yang di lakukan, Virus ini bahaya kepada wanita hamil, kerana jika wanita hamil terkena virus Zika, virus ini mungkin akan merebak kepada janin dalam kandungan Dan Zika Virus akan menyerang jaringan otot dan sistem saraf termasuk sistem saraf pusat di otak dari janin.

Dalam sebuah laman penyelidikan Zika, mengatakan jangkitan virus Zika pada ibu hamil dengan kejadian cacat mikrosefalus (ukuran otak yang kecil) pada bayi yang dilahirkan belum terbukti secara ilmiah, namun bukti ke arah itu semakin kuat.

Penemuan di Brazil yang diketahui sebagai salah satu bandar di Amerika Latin, di jangkiti Zika Virus tinggi pada tahun 2015, terjadi peningkatan signifikan bayi yang lahir dengan cacat mikrosefalus.

Berdasarkan data pada tahun 2015, di Brazil secara beribu orang di jangkiti Zika dan 500 orangnibu hamil di jangkiti virus ini pada bulan Disember lalu. Dan dari angka tersebut 150 ibu hamil yang di jangkiti akhirnya melahirkan bayi dengan mikrosefalus. Menurut laporan CNN secara total diperkirakan ada peningkatan bayi dengan mikrosefalus hingga 4000-an sepanjang tahun 2015 hingga Januari 2016 ini.

Kesan serius terhadap wanita hamil hanyalah salah satu dari beberapa potensi bahaya Zika Virus. Secara umum, terdapat 4 hal yang perlu Anda ketahui tentang bahaya Zika Virus, cari tahu lebih banyak mengenai hal tersebut di artikel: Ada 4 Hal yang Harus Anda Ketahui dari Bahaya Zika Virus.

Bagaimana Gejala Zika Virus?

Beberapa pakar mendapati Zika banyak persamaan dengan demam denggi. Keduanya sama-sama di mulakan dengan demam yang naik turun serta rasa ngilu pada sendi dan tulang. Kadang juga disertai mual, pusing, rasa tidak sedap di dalam perut dan disertai rasa lemah dan lesu yang hebat.

Beberapa persamaan gejala awal membuat penyakit ini telah dikenal pasti kerana kadang-kadang keliru dengan penyakit demam denggi. Namun sebenarnya terdapat beberapa gejala khas yang boleh memnbezakan jangkitan Zika Virus dengan penyakit demam denggi. Antaranya ialah:-

1. Demam cenderung tidak terlalu tinggi, kadang maksima hanya pada suhu 38 darjah celcius. Cenderung naik turun sebagaimana gejala demam denggi , tetapi tidak terlalu tinggi.

2. Muncul beberapa ruam pada kulit yang berbentuk makulapapular atau ruam melebar dengan benjolan tipis yang timbul. Kadang ruam meluas dan membentuk semacam ruam merah tua dan keperangan coklat yang mendatar dan menonjol.

3. Muncul rasa ngilu pada sendi dan otot, kadang disertai lebam dan bengkak pada sendi dan otot seperti terbentur dan keseleo ringan.

4. Kerap muncul keluhan jangkitan mata menyerupai konjungtivitas dengan mata kemerahan. Kadang warna sangat kuat pada bagian dalam kelopak sebagai tanda munculnya ruam pada bagian dalam kelopak mata.

5. Meski beberapa pakar kesihatan belum mengibarkan bendera putih yang menandakan penyakit ini tidak berbahaya. Namun sejauh ini tidak ada kesan kematian kerana Zika Virus. Penyakit yang memang masih dalam penyelidikan tidak menunjukkan sebagai penyakit berbahaya kecuali adanya masalah gangguan sendi, sakit kepala hebat, dan ruam yang membuat kulit terasa kurang nyaman dan gatal.

01 February 2016

Old West..pekan cowboy dalam A A Famosa Melaka



Kalau pergi ke A Famosa Melaka selalu tertanya-tanya.. ada apa di dalam Old West. Hari ini sudah mendapat jawapannya.

Meriah rupanya dalam ini. Ada pertunjukkan api oleh red indian, memperkenalkam kebudayaan negera Malaysia dan macam-macam lagi.





Apabila berada di dalam old west seolah kita berada di pekan cowboy. Walaupun tidak banyak benda yang menarik. Tetapi persembahan para artis dan bunga api yang menarik minat kita untuk masuk.

Ini adalah tarikan pelancong yang ada di dalam A famosa selain dari waterpark, safari world dan Freeport A Famosa outlet.

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...