25 October 2015

YANALIS

Hari ini adalah hari ke 6 pakai Yanalis.

Yanalis di perkenalkan oleh Kak Yati dari Sungai Petani. Masih di awal pengunaan. Kita tunggu lagi



Produk ini terdiri dari pencuci, toner, krim siang dan kri malas. Pengunaan yang berkesan tanpa campur dengan produk lain. Seperti biasalah.. cerawat akan keluar sebagai tidak balas denga produk baru



Kena tunggu lagi sekurang-kurangnya 2 minggu lagi
Sabarlah zura..muka penuh jerawat

Ok bai

RAYBAN SUNGLASSES

Sunglasses benda wajib. Kenapa? Sebab mata tak tahan panas. Kalau tidak berair selagi tidak sampai destinasi. Terutama ketika memandu kereta. Kawan-kawan kata.. zura beli jer lah yang murah. Banyak sudah akak beli yang RM10.00-RM20.00. Apa kah kesudahanya? Kepala akak pening dan teruk campak masuk tong sampah atau sedekah kat orang. Kena lah beli yang mahal.. berlagak menyampahkan. Tapi hakikatnya begitu. Mata akak manja..

My 1st, 2nd, 3rd n 4th sunglasses brand Guess. Sekarang hendak cuba Ray Ban.



Kalau hendak beli yang original kena beli waktu sales. Kalau tidak harganya beribu. Nangis jugalah. Hari ini rezeki akak dapat RM325.00 dari harga RM918.00. Melampau punya discount. Suka, suka..suka.

Ada rezeki insyallah.. janji berusaha..

Persoalannya berapa lamakah ianya akan bertahan. Abang hakim tolong jangan duduk atas cermin mata mak lagi tau.

Ok bai

24 October 2015

MIKE'S AUTO DETAILER

Sekarang musim jerebu, berhabuk, cuaca hujan dan panas tidak menentu terutama di Kuala Lumpur. Keadaan kita kesihatan kita pun tidak menentu. Kita kena pakai topeng muka kalau keluar kalau hendak elak asap. Sesak nafas sebab bernafas dalam asap...hiii.

Cuba cuit bumbung kereta kita.. berapa kilogram agaknya habuk kita boleh kumpul? Kalau tebal sah-sah kena basuh. Kalau lama tidak basuh.. adalah pak nam or kak nam bertanya.. batu balik dari hutan ker? Ia kak.. hutan batu bata Kuala Lumpur..

Oleh sebab tak mahu kena hentam dengan geng macam ini..cuba korang pergi cuci kereta kat kedai ini.



Mike's Auto Dealer ini bukan hanya cuci luaran kereta lain-lain pun boleh. Seperti polish dan wax, cuci dalam kereta .. kalau hendak cat baru pun boleh. Akak recommend kedai ni sebab abang akak dah pergi cat kereta dia kat kedai ini. Dia puas hati. Dan workman ship kedai ini pun bagus. Kalau hendak tengok oven kereta pun ada.. besoowww... gayat jap... sebab itu akak kata bagus...

Harga berbaloi. Ditentukan jenis perkhidmatan yang anda inginkan. Alamat kedai

No. 29 & 31
Jalan Seri Rejang 3
Pusat Perindustrian Seri Rampai
Taman Seri Rampai

Hubungi no. Tel dalam gambar untuk dapat harga discount..

Cepat pergi.. value for your money

Ok bai

23 October 2015

PANTUN BUDAK 7 TAHUN

Pantun asal tidak,pasti. Tapi negeri Melaka memang terkenal dengan pantun. Ada pantun 2 kerat, 4 kerat dan 6 kerat. Lenggok penyampaian dan ayat berbunga-bunga mnjadikan pantun sungguh menarik. Kita belajar pantun dalam pelajaran sastera masa tingkatan 4 dan 5. Tapi sekarang tingkatan 1 sudah mula belajar sastera.

Tengok video ini






Budak 7 tahun boleh berpantun. Siapa lagi tukang ajar abang-abang dia lah..

Pergi kedai beli barang
Momee memang garang....

Antara pantun 2 kerat yang dia tahu

Malam tadi makan jelly
Pagi-pagi gosok gigi

Pergi KL minum air botol
Jalan semua kena tol

Mak beli bmw
I love u

Sah-sah orang Melaka anak akak. Korang kalau hendak pakai juru pantun boleh call akak di talian 03 722xxxxx.. hiiii


Selamat berpantun

Ok bai

19 October 2015

TBS - TERMINAL BERSEPADU SELATAN



Hari ini balik ikut gate 6. Naik bus MARA. Pukul 2.30ptg. Dalam kul 4.30ptg sampai Melaka.

Akak suka dengan konsep sekarang. Kalau di Puduraya sesak. Sebelum di ubahsuai..hokeyy. Sekarang Puduraya dah cantik. Dulu Pudu itu tempat akak naik. Sekarang TBS lah..

TBS besar dan selesa. Dari TBS kita boleh boleh naik, LRT, komuter atau ERL jika hendak ke Pusat Bandaraya. Pilih sahaja pengangkutan yang anda mahu. Hendak ke KLIA boleh guna ERL. Hendak ke KL sentral boleh guna Komuter atau ERL. Kalau ke SOGO boleh guna LRT.
Harga tiket bergantung ke tempat yang anda hendak pergi.. Kalau ke KLIA RM29.00.. kalau ke Sogo RM1.70.. Kalau naik komuter tak hingat..

Ok bai

BLUEBERRY MUFFIN FAMOUS AMOS



Dari zaman Famous Amos kenalkan muffin ini akak suka sangat makan. Tapi rasa berubah. Dulu penuh dengan fresh blueberry. Sekarang macam guna frozen blueberry. Ialah. Orang dulu kurus kedengking.. sekarang gemuk gedempol...

Mana ada.. tengah diet ni... diet lah sangat.. tadi melantak kyros kebab. Lepas tu maffin.. lepas tu mango shake.. hanis diet mak hari ini

Ok bai

JERUBU DI KUALA LUMPUR

Waduh... ingatkan Melaka yang teruk jerubu.. Kuala Lumpur pun lagi teruk. Jarak penglihatan lebih kurang 500 meter




Minggu lepas jerubu mula nampak kurang. Hari ini datang semula. Anak-anak semua cuti. Jadi mak ambil peluang untuk selesaikan kerja di Kuala Lumpur. Di Seremban tadi kurang. Masuk sahaja Bangi dah mula kelabu asap. Ingatkan winter dekat Turin, Itali... rupanya jerubu di Kuala Lumpur

Ok bai

MANGO SHAKE CHATIME...FUUUHHHH SEDAP SANGAT



Mango shake bila minum terasa buah mangga. Teringat mango lassi di Dave Deli. Sedap sangat. Sekejap aje akak sedut habis. Konon konin.. sambil jalan sambil minum.. tak sempat keluar dari SOGO siap selesai akak minum



Akak beli di Chatime. Nama dia Mango Shake. Mangga di import dari Pakistan. Mangga Pakistan memang ler sedap. Pernah ada seorang kawan pos buah mangga dari Pakistan. Besar dan manis. Lebih kurang harum manis tapi besar sikit dari harum manis.



Harga RM8.90 termasuk GST. Berbaloi.. sebab sedap..

Selamat mencuba

Ok bai

SOGO, KL

Lunch di SOGO...



Masa tinggal di KL.. SOGO adalah tempat wajib setiap bulan. Kenapa? 1. Makan 2. Shopping. SOGO mempunyai foodcourt yang menawar. Dari masakan Melayu, Cina dan India. Foodcourt di tingkat 6 tidak pernah berubah dari zaman mula-mula SOGO di buka sehingga sekarang. Tapi kedai popiah sedap dah takmada.. masa mengandungkan adik sanggup redah jam atau naik LRT untuk sampai sini. Hari ini secara kebetulan datang Kuala Lumpur. Benda wajib hendak makan Kyros Kebab di LG.



Tapi akak frust.. sejuk sahaja hidangan dia. Tidak seperti selalu. Hendak complain pun tidak guna sebab yang ada hanya pekerja sahaja. Telan sahaja lah...sebab dah bayar RM10.50. Kalau bos kyros kebab Sogo baca entry ini tolong baiki mutu makanan anda.





Shopping pula, banyak benda menarik yang di tawarkan. Terutama waktu jualan murah. Terutama baju anak-anak. Banyak pilihan. Kalau ibu-ibu kat sini handbang murah-murah, cantik-cantik. Tapi tak pernah beli pun di sini.. tak mampu..

Dari tingkat 1 hingga tingkat 5 korang pergi semua rambang mata. Kalau aku dapatlah pinggang mangkuk kat sini.. habis aku hangkut..
Sabar zura .. sabar..

Sekarang hendak balik Melaka

Ok bai

18 October 2015

POTATO CHICKEN SLICE BUN

Bun ini paling di gemari anak-anak. Ada kentang dan chicken slice. Kalau buat paling kurang setengah kilo tepung. Anak-anak bujang hendak membesar biasalah kuat makan. Makan lah anak... janji suka dan habis licin.




Cara buat roti sama sahaja bahan asasnya dengan resepi sebelum ini. Cuma perlu tambah keju dan kentang. Bagi akak, bun ini senang sebab bulat-bulat, letak inti ayam dan kentang.. bakowww... Rajin dengan tidak sahaja. Jom kita buat


Bahan

500gm tepung high protien
11gm yis
50gm gula
5gm garam halus
2biji telur
70gm butter
160 gm air sejuk
150gm susu segar
Beberapa keping meatloaf ayamas
3 biji kentang di rebus dan lenyek
Cheddar cheese parut


Cara

1. Campurkan tepung, gula, garam dan yis
2. Gaul rata masukkan 1 biji telur, susu dan air
3. Uli hingga jadi doh
4. Masukkan butter dan gaulkan hingga tepung tidak melekat pada tangan
5. Bahagikan doh seberat 60gm setiap satu doh dengan mengunakan gunting
6. Ambil minyak sedikit letak pada tangan
7. Bulat-bulatkan
8. Chicken meatloaf perlu di potong 4
9. Letakkan chicken meatloaf dan 1/2 sudu teh kentang
10. Tutupkan inti supaya tidak terkeluar
11.Letakkan loyang pembakar
12. Guting diatas permukaan roti
13. Sapukan telur dan taburkan cheddar
14. Biarkan selama 2 jam
15. Panaskan oven dengan suhu180c dan bakar sehingga 15 minit atau kekuningan

Jika ada masalah tidak faham boleh pm saya di fb Azuraa Rahman

Selamat mencuba

Ok bai

CHICKEN SLICE LOAF

1 resepi roti boleh di buat bermacam jenis mengikut kreativiti masing-masing. Akak dan anak-anak suka makan roti. Simple dan mengenyangkan. Lebih elok dari makan makanan segera. Sebab itu akak belajar pelbagai jenis roti. Terbaru ialah Chicken slice loaf..



Kita jangan beputus asa kalau roti kita tidak berapa cantik dan keras. Kena praktis selalu untuk menjadikan roti cantik, lembut dan sedap. Akak pun mengambil masa yang lama untuk belajar dan memahami diri roti..diri roti..hiiii...ia diri roti. Sebab roti ni cerewet... kalau dia merajuk bantan roti. Joom share resepi

Bahan

500gm tepung high protien
11gm yis
50gm gula
5gm garam halus
2biji telur
70gm butter
160 gm air sejuk
150gm susu segar
Beberapa keping meatloaf ayamas


Cara

1. Campurkan tepung, gula, garam dan yis
2. Gaul rata masukkan 1 biji telur, susu dan air
3. Uli hingga jadi doh
4. Masukkan butter dan gaulkan hingga tepung tidak melekat pada tangan
5. Bahagikan doh seberat 25gm setiap satu bahagian sebanyak 3 bahagian
6. Berat sebiji loaf 75gm
7. Ambil minyak sedikit letak pada tangan
8. Bulat-bulatkan doh dan leperkan sedikit
9. Chicken meatloaf perlu di potong 4
10. Letakkam chicken meatloaf atas doh dan gulung
11. Buat bentuk segitiga
12.Letakkan atas bekas muffin dan biarkan selama 2 jam
13. Sapukan telur dan taburkan serbuk pasley
14. Panaskan oven dengan suhu180c dan bakar sehingga 15 minit atau kekuningan

Tindak balas yis bergantung kepada suhu persekitaran, kalau panas doh akan naik cepat kalau sejuk lambat naik @prove.

Ok bai

ABANG HAKIM CALON PT3

Lahir pada 16hb Ogos 2000. Tahun ini kena ambil PT3. Dia cool.. tapi mak dia yang senak perut memikirkannya. Sebelum periksa semua kena jaga. Makan, kesihatan, pakai dan kad pengenalan. Kenapa?

Makan perlu dijaga seminggu sebelum periksa. Tidak terlalu pedas supaya tidak sakit perut. Sakit perut masa periksa susah juga. Pernah tengok budak kena cirit birit masa kembar exam. Sebab malam sebelum exam mak dia bagi makan nasi lemak sambal pfedas...kesian.




Kesihatan elakkan dia terlalu stress. Hari exam ada seorang budak lelaki lelah dan terpaksa masuk hospital. Mungkin stress. ,enjadi masalah tidak dapat mengambil peperiksaan. Kesian lagi.. Si abang seorang yang suka explore race. Dengan udara jerubu dan panas. Tentu mak dia tidak bagi dia keluar. Demam dan lelah akan jadi musuh utama hendak masuk exam wooo... jangan cari pasal




Pakaian kena kemas. Jam ada. Baju dan seluar jangan ada yang koyak. Rambut siap dipotong. Janggut dan misai siap di cukur. Semua itu kena diingatkan. Periksa PT3 macam hendak pergi interviewlah. Jadi kena train dia dari sekarang

Kad pengenalan.. jangan cari pasal. Ada seorang pelajar perempuan kad pengenalan dia hilang 2 bulan lepas tapi tidak buat baru. Hari hampir exam.. aduuuhh klang kelibut nak buat kad pengenalan baru. Tanpa kad pengenalan kita tidak boleh menjalani peperiksaan tau. Oleh itu kena ada...





Habis kena exam dia paw mak dia... dominos pizza. Dari dalam perut sampai sekarang itu lah kegemaran dia pizza. Bagi dia besar mana pizza kat dia mesti habis...

2 tahun lagi dia SPM dan kembar PT3.. berpeluh mak dia.. apa oun mak sayang korang...

Ok bai

14 October 2015

STEAK DI MELANTAK STEAK HUB MELAKA

Melantak..?
Ia .... melantak atau makan sekenyang- kenyangnya. Sesuai dengan nama kedai MELANTAK STEAK HUB.





Restoran Melantak Steak Hub

Bulan Ogos hari itu ada lalu di depan kedai ini. Konon-konin nak singgah.. tapi waktu awal lagi. Kedai belum buka. Tanam azam satu hari mesti sampai. Alhamdullilah..kalau niat elok mesti
sampai.

Cuba baca link ini:-

http://www.azurarahman.com/2015/08/melantak-steak-house.html

Budak-budak 4 orang ni apa lagi seronoklah. Kedatangan akak di sambut oleh kakak yang jelita.. tuan punya kedai Kakak Marina. Akak memang blur tidak tahu pasal daging steak. Tahu makan sahaja. Hari ini belajar pasal daging steak. Wooowww.. ilmu baru..




Dengan Kak Marina

Kak Marina ajar akak pilih 1 persatu jenis daging yang mahu di buat steak. Ada 3 jenis daging lembu.. yang di bahagi melalui pemakanan mereka.
1. Grain fed
2. Angus
3. Wagyu


Pengetahuan am...Bahagian badan lembu untuk di buat steak

Daging lembu ini di import dari Australia dan mempunyai sijil halal. Itu sangat penting yer. Lepas itu kena akak kena belajar bahgaian dan jenis daging lembu. Nanti nak boleh terang pada kawan-kawan.. hiii..



Daging jenis angus




Grain fed



Wagyu

Harga juga berlainan mengikut bahagian badan lembu. Macam-macam jenis ada. Peti ais penuh dengan pelbagai jenis daging lembu. Sebab ada orang suka rib, ada suka rib-eye dan ada juga suka t-bone. Pilih sahaja. Akak makan rib..




Berdiri di tepi peti ais yang ada macam-macam jenis daging lembu.

Kami makan berlima. Budak-budak 4 orang makan chicken chop. Tapi chicken chop ini bukan di goreng tapi steam grill. Bagus untuk diet sebab tidak guna minyak. Ada france fries ada sos black pepper lain dari yang lain.




Set chicken grill

France fries di import dari Australia . Rasa lain.. Kena dengan tekak diaorang. Maknanya kena datang olagi coslow pun sedap selalunya bila mak dia buat dia tak x Kena buat macam Melantak baru nak makan agaknya.




Coslow




Set rib

Set rib yang akak makan.. subhanallah.. lembut sangat. Daging dia berjuicy. Manis dan bau bawang putih supaya kita tidak mual. Harga daging steak di Melantak sudah dimasukkan sekali kos masak dan lain. Contoh harga rib di frezeer RM40.00, itu lah harga yang perlu kita bayar. Harga air sejuk seperti ice lemon tea, ribena dan oren RM2.00. Air panas seperti teh dan nescafe RM3.00. Minum sepuasnya. Harga termasuk GST dan tidak ada service tax.




Tanduk lembu


Lamb Chop

Di kedai ini tidak terhad kepada daging lembu sahaja. Ada juga lamb untuk lambchop. Tertarik.... ada salmon, sotong untuk grill..Tapi akak belum cuba. Insyallah datang semula. Sebab layanan tuan kedai dan pekerja yang ramah. Waktu kami sampai orang tidak ramai lagi. Pukul 8.00mlm sudah mula ramai pelanggan yang datang. Maknanya orang sudah mula tahun mengenai kedai ini walaupun baru di buka. Kedai steak muslim di Melaka terhad .. bila ada tak perlu pening untuk ke KL
Betul tak?

Ini alamat kedai untuk korang pergi

Kedai Melantak Steak Hub
No. 12, Jalan KPKS 1, Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar, 75200 Melaka, Malaysia
+60 16-660 3510

Selamat mencuba

Ok bai

06 October 2015

Happy Birthday adik .. saya 7 tahun

Lahir 4hb Oktober 2008.. 4 hari raya aidil fitri..sibuk orang hendak open house sibuk dia hendak keluar. Siap makan pergi hospital beranak. Seperti biasa belah.. Ahmad Hanis Bin Ahmad Khairulddin..




Adik Dengan hadiah

Tarikh 4hb Oktober 2015, dia 7 tahun. Sekejap dia besar. Makmdia beaarkan dia seorang diri. Alhamdullilah dia baik.. tapi banyak songgel sikit dari abang-abang yang lain. Be honest diam tidak kenal ayah dia sejak lahir.. sebab kami sudah berpisah waktu itu. But mak dia besarkan dia dengan cukup kasih sayang. Insyallah.




With mom




With abang

Secara kebetulan hujung minggu. Bawa dia makan di luar. Sebab dia ni suka makan. Rezeki dia ada sponsor kami semua pizza..



Vivo Pizza.

Pizza paling besar. Bukan itu yang dia hendak. Hadiah. Bangun pukul 4 pagi. Datang peluk mak dia.. momee hari ini birthday.. kita beli oligopi. Mak kata ok. Sebenar dah beli dah semua hadiah yang dia suka. Tidak lah mahal pum beli di kedai RM2.00. Janji dia happy.. betul tak?






Hadiah dia lah tu

Seronok bila berkumpul bersama. Few years to come.. maybe kami akan berjauhan. Anak-anak dah makin membesar. Insyallah we still together.





Me and my kids

Sebab hadiah dia banyak dia bagi dia pada abang dia. Ok.. jangan gaduh sudah. Mak luku kepala sorang-sorang. Tapi sampai hari ini nampak ok aje.





Sesi tukar hadiah

Insyallah.. i try my best to be a good mom. Adik.. jadi lah anak yang beriman kepada Allah. Jaga Solat dan iman adik. Insyallah adik akan menjadi manusia paling berjaya di sisi Allah..

Amin

Ok bai

KOPITIAM BALAK, PENGKALAN BALAK, MELAKA



Ada kopitiam.. hoooo.... hooo

Suka-suka.. taste makcik ler tu.. Nama kedai Kopitiam Balak.

Lama sangat keluar dari negeri Melaka banyak benda baru. Dalam perjalanan bawa kakan-kanak gembira sarapan dan mandi laut ke Pantai Pengakalan Balak, nampak kedai ini dekat dengan Masjid Pengakalan Balak. Terus stop. Ok kita sarapan di sini anak-anak.

Dalam hati kata bukan rumah cina ke dulu..? Akak dulu-dulu memang mandi laut kat Pengkalan Balak. Jadi terkejut juga rumah itu jadi kopitiam. Memula-mula sampai was-was lah juga..kedai Melayu atau cina. Pekerja muka melayu.. masuk ok tauke Melayu. Cakap pada kembar.. it goin to be my favourite place for lepaking.

Bila masuk kedai. Woww.. cozy gila. Teringat rumah Lord Of The Ring..Macam dekat oversea pula rasanya. Ada bar counter, tiang di baluti tali sauh dari Amsterdam, lampunya membuai mata.. tapi mengekalkan struktur asal bangunan. Rumah lama kaum cina Melaka. Mengunakan kayu balak..aku masih di Melaka..ok..



Bar Counter





Bilik Atas.. asal ada 3 bilik tapi di ubahsuai




Mengunakan Kayu Balak untuk mengukuhkan bangunan





Budak 3 orang oder makanan..

Meja makan di import dari negara Korea. Nampak atau tidak tiang di balut dengan tali dari jut.. tali itu di import dari Amsterdam.





Bergambar Sementara Menanti Makanan

Banyak juga pilihan untuk sarapan pagi. Sudah tentu pilihan nasi lemak. Hanif dan Hanis pilih nasi lemak ayam.. mak dia pilih nasi lemak sotong. Haris pilih roti bakar.





Nasi Lemak Ayam




Nasi Lemai sotong




Roti Bakar

Harga menarik. Tidak mahal seperti kopitiam yang lain. Dari RM3.00 -RM10.00. Dalam otak siap kira-kira berapa lah aku kena kali ni.. Mau-mau RM40.00.. bila bayar tidak.. fuuhhh ..lega.. boleh shopping. Menu lain yang kami cuba ialah tauhu sumbat ikan. Lain dari yang lain lah...



Tauhu Sumbat ikan dan sambal balak

Tauhu sumbat ini di isi ikan. Sos sambal balak. Manis dan pedas. Hendak tanya tuan kedai lah dia buat macam mana..sedap. Akak ni semua sedap. Korang.. kalau tidak sedap tak kuasa makcik nak cerita dalam blog. Ada kena bash buat hapa..


Koleksi cawan lama tuan kedai


Kalau korang datang bercuti dan mandi laut di pantai Pengkalan Balak cuba singgah kopitiam ni. Ada makan tengahari katanya. Kami pergi pagi jadi sarapan jer. Lain kali datang makan tengahari. Menu western tu... awesome..

Landmark mudah. Dalam pekan Cowboy, Pengkalan Balak.. sebaris dengan masjid. Dari roundabout sebelah kanan dsri sungai tuang sebelah kiri. Senang sangat hendak cari. Korang boleh nampak laut dari kedai dan ada pondok polis depan tu...

Pengkalan Balak ni dekat mana kak...google ler..ayooo... Mai akak bagi..

Taip ..Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka..google ni.. mesti jumpa lah

Lepas makan dah kenyang.. apa lagi gi berendam lah dalam laut

Nanti akak cerita asal nama Pengkalan Balak..ok

Next mission makan tengahari disini

Selamat mencuba

Ok bai

NASI KUKUS AYAM BEREMPAH MELAKA RM4.00

Lama sungguh tidak makan Nasi Kukus Ayam Berempah. Masa duduk Kuala Lumpur makanan pilihan sebab senang. Pindah Sungai Petani tidak ada pulak. Di Melaka.. makcik jumpa kedai begini apa lagi angkut 1 batalion lah.

Macam biasa hujung minggu jalan-jalan cari makan. Tempat di tuju pasti bandar Melaka. Sebab kat bandar macam-macam pilihan makanan. Sebagai blogger mesti hendak cuba pelbagai makanan baru yang ada. Kawan-kawan mengsyorkan nasi kukus ayam berempah di sebelah UITM Kampus Bandaraya Melaka. Cari punya cari di Jalan Kilang off Jln Munshi..

https://foursquare.com/user/141924715/list/melaka-nasi-kukus-ayam-goreng-berempah



Billboard Kedai

Kedai betul-betul tepi jalan. Sebelah bangunan Graha Maju, sekarang telah dijadikan UITM Kampus Bandaraya Melaka. Bila ingat-ingatkan semula dekat bus stand lama sebelum pindah ke Melaka Sentral. Banyak kenangan tempat tu..




Ayam berempah

Ayam besar-besar. Tanya pekerja potong berapa. Potong 8 kak... uiihhh puas hati makan. Sebab ayam besar-besar. Selalu jumpa ayam potong 12.. Budak-budak 4 orang ni apa lagi serbu. Si kembar sedap mummy.. nanti datang lagi. Si abang nak tambah lagi boleh? Ayam dengan sos dia sedap. Tapi memang sedaplah. Ayam goreng terasa rempah.





Rempah free... dah goreng hokey


Kita kalau makan ayam goreng rempah tu yang sedap.. rempah yang garing...betulkan? Tauke kedai sudah siapkan 1 bekas rempah dari ayam goreng. Ambil berapa banyak korang hendak makan. Hanif ambil ratah..dalam pinggan dia sudah habis.. malu hendak ambil lagi. Dari pinggan mak juga dia ambil. Maknanya betul-betul sedap. Hanif pemilih sikit orangnya. Bila jumpa sesuatu yang sedap dia akan makan bersungguh-sungguh.






Set ayam goreng berempah


Set ayam goreng berempah berbaloi. RM4.00 tanpa air. Kena bagitau korangn sebab kalau bawa duit RM10.00 boleh makan bedua. Sesuailah bawa awek makan di luar. RM5.00 nasi +air. Makan 5 orang RM25.00, tanpa service tax dan GST. Pasti datang lagi nampaknya. Terkejut mak dengan harga nasi ni. Akak rasa korang sukalah. Masa kami datang ramai pelanggan yang datang. Dari Kuala Lumpur dan Singapura pun ada. Orang cina dan India pun ada. Sebab sedap dan murah. Senang parking dan terletak di kawasan yang senang hendak di cari. Orang ramai tahu sebab Harian Metro dan Sinar pernah buat cerita pasal kedai ini. Memang patut kerna sedap dan berbaloi...




Abang dan adik bersedia untuk makan

Duduk meja depan. Sebelah kaunter mengoreng... fuhh bau baik punya. Bau rempah ayam goreng. Bertambah selera makan. Korang hendak tahu tak? Sos dan kuah lain dari yang lain. Sebab kedai lain akan bagi kuah kari tapi kedai ini lain. Cili bukan sambal belacan tau.. dia pakai sos. Masam-masam, manis-manis.. macam mana nak terangkan yer... korang pergi lah makan sendiri..sudah rasa baru tahu...





Hakim makan tak toleh dah

Tempat duduk mencukupi. Tapi waktu tengahari kena cepat sebab memang ramai orang datang terutama hari bekerja. Kedai di buka setiap hari dari pukul 9.30 pagi - 6.30ptg.


Ayam dan sos cili


Secara kebetulan tuan kedai En Megat.. ada waktu tengahari tu akak pun tanya lah. Sehari berapa ekor abang jual.. dia kata 70 ekor. Hambik ko... 8 cawangan... yang beroperasi sekitar negeri Melaka. Rasa di semua kedai sama sebab ayam di proses satu tempat. Macam KFC lah... so rasa maintainlah di semua kedai dan cawangan dia...😆

1. Pekan sg udang
2. UiTm Lendu
3. Bukit Baru
4. Persimpangan Pulau Gadong-Klebang
5. Taman Perkota, Batu Hampar
6. UTEMT
7. Persimpangan Peringgit
8. Telok Mas.

Konsep kedai ini mudah.. kedai mampu makan. Betul-betul mampu.. korang kalau datang Melaka, korang cari kedai ini. Akak pergi kedai kat Bandar. Ingat landmark sebelah UiTM jalan bandar. Taip jer Uitm Kampus Bandaraya Melaka kat waze mesti jumpa. Kedai tepi jalan.




Makcik hendak makan

Minggu depan lepas abang PT3.. kami datang lagi tau Encik Megat.. syiookk..malam tadi mimpi ayam goreng berempah...

Kalau sesat call En Megat Zainuddin -019 3944743. Dia akan membantu tunjuk arah. Kalau hendak buat tempahan pun boleh. Yang hendak kahwin tidak lama lagi dan sedang memcari kos yang murah. Ini pilihan anda...

Selamat mencuba..

Ok bai..

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...