14 September 2020

SAMBAL TAHI MINYAK DENGAN BUAH BELIMBING


Resepi kampung yang meyelerakan. Sambal tahi minyak kalau resepi asal ada petai. Kadang-kadang pengemar tempoyaka akan letak tempoyak dalam lauk ini. Tapi Kak Z tk makan tempoyak dan petai. So jadilah sambal tahi minyak dengan belimbing yang sangat simple.

Resepi ini Kak Z pernah tengok Arwah mak Kak Z yang buat. Masa umur dalam 10-12 tahun. Tukang petik sayur kampung Kak Z lah. Tukang hiris daun Kak Z juga. Selalu kena tegur dengan Mak sebab hirisan kasar. Masa tu kuat menjawap. Janji dapek makan mak. Apa pun sedap. Mak akan ketepikan yang tidak campur petai dan tempoyak sebab dia tahu anak dia tak suka dua benda tu.

Resepi Tahi minyak:
1 kg santan pekat
Cara:-

1. Masak santan hingga tahi dan minyak terasing

Resepi Sambal Tahi Minyak dengan Belimbing

Bahan:-

Tahi minyak
Daun-daun kampong hiris halus
1. Pucuk ubi
2. Daun kaduk
3. Daun bangun
4. Daun kunyit
5. Daun cengkur
6. Daun pucuk labu

Bahan tumisan dikisar

1. Serai
2. Bawang merah
3. Cili padi
4. Kunyit hidup

1 mangkuk belimbing buluh hiris halus
Ikan bilis rendam dan tumbuk
Cili kisar
1 cawan santan
1 cawan air
Gula dan garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara:-
1. Gorengkan ikan bilis yang di tumbuk sehingga sedikit garing
2. Masukkan bahan yang di kisar dan cili kisar masak sehingga terbit minyak
3. Masukkan buah belimbing untuk mendapatkan rasa masam dan kacau sebentar
4. Masukkan santan dan air biarkan masak sehingga terbit minyak
5. Masukkan tahi minyak, garam dan gula secukup rasa
6. Masukkan sayur kampung yang telah di hiris dan masak sehingga pekat

Selamat mencuba

KUIH KASWI PANDAN YANG MUDAH

Bahan A: 2 cawan air 1 1/2 cawan gula Resepi kuih kaswi banyak versi kalau kita google internet. Kali ini Kak Z mengunakna resepi dari Tiffi...