26 July 2013

Dodol

Assalamualaikum,

Dodol adalah salah satu manisan yang terkenal di Malaysia juga rantau Asia Tenggara ini. banyak version dodol yang saya jumpa. dari indonesia, filipina, thailand, kemboja dan vietnam selatan mereka juga ada dodol. tapi tak pasti dikenali dengan nama apa.

Hari ini saya share resepi dodol yang saya usahakan

selamat mencuba

dodol yang telah masak

resepi

bahan

3kg tepung tepung pulut
6kg santan pekat
1 1/2 kg gula putih
3kg gula merah
6 liter air


cara:-
1. masak air gula dengan 2 liter air dan tapis untuk mengeluarkan pasir dari dlm gula
2. bancuh tepung pulut dengan 4 liter air hingga hilang berketul
3. masak hingga menjadi som2 dengan api yang kecil
4. masukkan santan kacau lagi
5. masukkan air gula
6. kacau dengan api besar biar mengelegak
7. klu guna kayu apu sentiasa jaga api supaya dodol tidak hangit
8. sentiasa kacau jangan lepaskan
9. bila sudah pekat dan kecilkan api
10. test dodol dah masak atau belum ialah apabila tidak melekat pd tangan kita atau guna daun pisang. dodol juga kelihatan seperti berminyak..


dodol yang telah sedia untuk dipasarkan



20 July 2013

Bingka ubi..

Assalamualaikum,

masa ke pasar tani di pekan baru sg petani.. terpikat pulak trengok ubi yg cantik.. terasa nak buat bingka ubi. inilah hasilnya


resepi

bahan:-

1.4kg ubi kayu parut
1 cawan air sejuk
2 3/4 cawan santan
480g gula pasir
3 sudu makan tepung jagung/sago
3 biji telur 
3 sudu makan marjerin
1 1/2 sudu teh vanilla
1 1/2 sudu teh garam
pewarna kuning

cara:-

  1.  Panaskan oven pada suhu 175 degrees C
  2.  sapukan  marjerin pada sekeliling dan bawah tin pembakar (9 x 9 x 3) dan alaskan dengan kertas minyak/parchment paper.
  3. Campurkan ubi parut dan air sejuk. Gaulkan hingga rata. Kemudian perahkan ubi kayu dengan menggunakan kain muslin dan perapkan airnya selama 1/2 jam. Biarkan sagunya mendap dan perlahan-lahan buangkan airnya. Ambil sagu yang telah mendap tadi dan gaulkan bersama ubi kayu yang telah diperah tadi gaul hingga rata dan ketepikan.
  4. Santan, gula, tepung jagung, telur,butter, vanilla dan garam di satukan. Dengan menggunakan whisker, kacau hingga sebati. Masak hingga panas sahaja (jangan biarkan mendidih). Campurkan adunan santan yang masih panas dengan ubi kayu tadi dan aduk hingga sebati. Masukkan pewarna kuning dan aduk lagi.
  5. Tuangkan adunan ubi kayu tadi kedalam tin pembakar dan bakar selama 1 - 1/2 jam atau hingga permukaan kuih garing. Sejukkan dulu sebelum di potong. 



selamat mencuba

19 July 2013

Kuih Lapis Coklat

assalamualaikum

kuih lapis ros adalah resepi original. dalam pasaran macam2 lapis ada. hari ini hendak share yang ini...

kuih lapis - 8 lapisan

Kuih Lapis coklat

Bahan:-

400gm tepung gandum
100gm tepung beras
300gm gula
1/2kg santan
½ sudu kecil garam
1100ml air
20gm serbuk koko
2 sudu besar perisa jagung
1 sudu kecil pewarna kuning
 Sudu besar minyak masak

Cara:-
1.       Bancuh semua bahan
2.       Bahagi dua
3.       Satu bahagian diletak kan peawrna kuning dan perisa jagung
4.       Satu lagi bahagian letakkan koko.. kacau rata
5.       Loyang Kukus si sapu dengan minyak masak
6.       Mulakan lapisan kuning lebih kurang 200ml di ikuti lapisan coklat..
7.       Di mulakan dgn lapisan kuning diakhiri lapisan coklat
8.       satu lapis lebih kurang 3minit setiap 1 lapis buat sehingga 6-8 lapis
9.       Setelah habis membuat lapis kukus kuih sehingga 1/2 jam lagi

1


Talam ubi kayu

assalamualaikum,

talam ubi.. antara koleksi resepi dlm simpanan saya masa sy mengajar membuat kuih talam dulu. cuba yer


Talam ubi

A.      Lapisan bawah

Bahan:-

I kg ubi kayu – kisarkan ubi kayu dgn 1 ½ cawan air – (perah atau tapis untuk buang air) dapatkan 600gm ubi kayu parut.
30gm tepung jagung bancuh bersama  1 cawan air
300gm gula masak dgn 2 cawan air buat air gula

1 sudu teh pewarna kuning
2 sudu makan tepung beras

Cara-
1.       Campurkan air gula, tepung jagung, tepung beras, air dan ubi kacau hingga pekat .
2.       Tuang kedalam Loyang dan kukus 30 min

B.      Lapisan atas

Bahan
90gm tepung beras
2 biji kelapa dapatkan 1200ml santan
30gm tepung kacang hijau
1 sudu the garam
Cara:-
1.       Bancuh  bahan tersebut hingga sebati
2.       Double boiler dan kacau hingga naik wap
3.       Tuang atas ubi biarkan hingga masak

Talam cendul

assalamualaikum

talam cendul.. 

talam cendul

Talam Cendol                                        http://kuehdelight.blogspot.com/
Bahan-bahan
A.     Bawah

1.      300gm tepung beras
2.      1 pek serbuk santan
3.      1000ml air
4.      2 sudu kecil garam
5.      250gm cendol
Cara
1.      Masakkan tepung beras, serbuk santan, air dan garam.
2.      Masak hingga menjadi som-som dan masukkan cendol.
3.      Masukkan bahan ini kedalam Loyang  10 x 10 inci tekan dan ratakan

B.      Atas
C.                                                     
1.      400ml santan       
2.      400 ml air                                                            
3.      100gm gula merah – masak hingga mendidih jadikan  400ml air
4.      4 biji telur (A)
5.      200gm gula
6.      250gm tepung gandum
7.      ½ sudu kecil garam
Cara
1.      Pukul telur dan gula
2.      Masukkan santan, air gula, tepung dan garam kacau rata dan tapis.
3.      Panas periuk disisi air hingga mendidih
4.      Double boiler bahan tadi hingga berkilat
5.      Masukkan bahan ini diatas som-som dan kukus selama 20-30min

Apam Harum Manis

Assalamualaikum..

Apam gula hangus serupa mcm ni .. saya ada resepi tapi tidak ada gambar.. kena pinjam gambar orang..

apam harum manis


Apam harum manis

Bahan-bahan ( 40biji )
  • 300 gm gula melaka
  • 350 ml air
  • 3 biji telur
  • 200 gm gula pasir
  • 350 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bicarbonate of soda
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu maka esen vanilla
  • 50 gm mentega, dicairkan
  • 8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis
Cara-cara
  1. Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
  2. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati
  3. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.Adunan ini blh dapat 40biji apam.
  4. *** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi *** 
selamat mencuba

Seri Muka Gula Merah


Assalamualaikum

Lagi 1 resepi seri muka.. mengunakan gula merah..


Seri Muka Gula merah

Resepi

Bahan bawah:-

500gm beras pulut
100ml santan
100ml air
1/2 sudu teh garam

Cara:-
1.       Rendam pulut semalaman
2.       Kukus bersama santan, air dan garam hingga masak
3.       Tekan pulut dalam Loyang 10 x 10 ..
4.       Sediakan air pengukus dan masukkan pulut yg telah ditekan sementara menunggu bahan atas


Bahan  atas:-

150gm tepung beras
50gm tepung gandum
250gm gula pasir
100gm gula merah – masak dahulu
 4 biji telur
¼ sudu teh garam
700ml air dari gula merah yang masak terlebih dahulu tadi
300ml santan pekat

Cara:-
1.       Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus
2.       Kemudian buat double boiler hingga bahan ini pekat seperti susu pekat
3.       Curahkan bahan ini diatas pulut.
4.       Masak hingga bahagian atas menjadi kembang..
5.       Potong apabila sejuk.



Seri Muka Batik


Assalamualaiukum,

Seri muka ini mengunakan pulut hitam. di panggil seri muka batik mungkin kerana berbelang putih hitam

selamat mencuba..!!

Seri muka batik

Resepi:-

Bahan bawah

400gm beras pulut
100gm pulut hitam – rebus hingga kembang dan tapis
100ml santan
100ml air pulut hitam
1/2 sudu teh garam

Cara:-
1.       Rendam pulut semalaman
2.       Kukus bersama santan, air pulut hitam dan garam hingga masak
3.       Gaul pulut yang telah dikukus dengan pulut hitam hingga rata
4.       Tekan pulut dalam Loyang 10 x 10 ..
5.       Sediakan air pengukus dan masukkan pulut yg telah ditekan sementara menunggu bahan atas


Bahan  atas

150gm tepung beras
50gm tepung gandum
300gm gula pasir
 4 biji telur
¼ sudu teh garam
700ml air
10 helai daun pandan .. kisar bersama 700ml air
300ml santan pekat

Cara:-
1.       Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus
2.       Kemudian buat double boiler hingga bahan ini pekat seperti susu pekat
3.       Curahkan bahan ini diatas pulut.
4.       Masak hingga bahagian atas menjadi kembang..

5.       Potong apabila sejuk.

Kuih Talam Pandan - atas hijau


assalamualaikum,

respi yang lepas kuih talam pandan yang saya post putih diatas dan hijau dibawah. hari ini saya post hijua atas putih bawah


kuih talam
Kuih talam pandan

Bahan bawah

800ml air
100gm santan
200gm tepung beras
25gm tepung gandum
1 sudu teh garam
oleh juga


Cara:-
1.    Campurkan ke semua bahan kecuali keladi
2.    Buat double boiler
3.    Kacau jangan bergentel
4.    Kacau hingga pekat seperti susu pekat.
5.    Kukus selama  20 minit


Bahan atas

10 helai daun pandan kisar
700ml air pandan dari 10 helai daun pandan 
300ml santan
1/4 sudu teh garam
150gm tepung beras
50gm tepung gandum
300gm gula
4 biji telur
1/2 sudu teh pewarna hijau
1/4 sudu teh garam

Cara:-
1. Campurkan ke semua bahan dan kisar
2. Buat double boiler
3. Kacau jangan bergentel
4. Kacau hingga pekat seperti susu pekat
5. Lorekkan bahagian putih dengan garfu dan tuangkan bahagian ini diatas tepung berwarna putih
6.  Kukus hingga masak.


18 July 2013

Roti John

Assalamualaikum...

Makanan berbuka puasa sedap klu dpt makan roti john. Hari ni sy share resepi broti john


Selamat mencuba

17 July 2013

Kuih Tako... awesome sangat


Assalamualaikum,

Kuih tako yg menarik.. ini lagi satu resepi yang saya cuba... Mcm mana kuih ni sedapkan

Kuih dalam bekas jelly


Original kuih tako dlm daun pandan

Kuih tako

Bahan bawah

80gm tepung hoen kwee putih
250gm gula pasir
1000ml air daun pandan
Secubit garam
200gm sengkuang China yg dipotong dadu kecil

Cara
1. Masak semua bahan kecuali sengkuang hingga berkilat
2.masukkan sengkuang kacau
3. Masukkan kedlm acuan atau daun pandan .. Cara hendak membuat acuan pandan blh di lihat dlm YouTube.

Bahan atas

80gm tepung heonkwee Putih
20gm tepung beras
800ml air
200ml santan
1sudu kecil garam

Cara
1. Masak semua bahan dgn api yg kecil
2. Macau hingga berkilat
3. Sudan masak tuangkan diatas bahan bawah..


Selamat mencuba

15 July 2013

Kuih Bakar Bombay

Assalamualaikum

Kuih bakar Bombay atau bumbai ni sangat terkenal di negeri melaka. Berasa rempah daun limau dan pandan. Arwah ibu saya buat kuih ini mengunakan telur itik.. Lemak  Dan lebih sedap. Tapi resepi yg saya ini blh jg gunakan telur a yam



Selamat mencuba

Talam Keladi

Assalamualaikum

Hari ini nak share resepi talam keladi


selamat mencuba

08 July 2013

Kuih Talam Pandan - Hijau Bawah

Assalamualaikum,

Hari ini nak share resepi kuih talam. Resepi ini mengunakan tepung hoenkwee. Lain Kali sy ajar mengunakana kapur

Resepi kuih talam pandan

Selamat mencuba sempena ramadhan ini

06 July 2013

Ayam black pepper

Assalamualaikum

Semenjak block astro dari anak2.. Tiap2 hari ten OK ironman. Anak yg kecil punya hal. Dah hafal skrip.. Salah satu nya "don't miss pepper me". So teringinlah buat ayam black pepper. Ambik Dr kawan lama kerja di hotel Shangri LA. Skg dia ada di Hong Kong


Ayam black pepper

Ayam black pepper

Bahan

500gm isi ayam
2 such besar lada hitam-goreng Tanpa minyak hingga berbau dan tumbuk
Garam secukup rasa
1/4 sudu kecil gula
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
Sayur campur
Daun parsley/daun sup

Cara

Goreng ayam hingga gering
Masukkan bawang yg telah dihiris
Masukkan lada  hitam, garam dan gula
Akhir sekali masukkan sayur campur 
Taburkan daun parsley


Makan dgn nasi panas. Superb

02 July 2013

Kuih Koci pulut Hitam

Assalamualaikum

Koci sedap.. macam2 rasa dan ada pelbagai cara. saya mengunakan cara ini ... kalau saya mengajar ini adalah yang sedap dan ramai yg suka

selamat mencuba

Kuih Koci 


Kuih Koci Pulut Hitam

Inti :-

1 biji kelapa besar parut
300gm gula merah

Cara:-

1.       Masak gula merah terlebh dahulu hingga cair.
2.       Masukkan kelapa masak hingga pekat dan boleh di kepal

Kulit:-

100gm pulut hitam rebus hingga kembang blend jadiakn air sebanyak 300ml
500gm tepung pulut
½ sudu kecil garam
300ml air

Cara:-

1.       Gaul semua uli sehingga tidak melekat ditangan
2.       Kepal kan seberat 20gm masuk inti yang telah dikepal
3.       Rebus hingga timbul dan lembut

Som som:-

500ml air
100ml santan
100gm tepung
1 sudu teh garam

Cara:-

1.       Masukkan semua bahan
2.       Kacau supaya tidak berketul hingga berkilat


Kuih Koci Keledek


assalamualaikum..

bulan ramdan akan sampai tidak lama lagi jadi banyak blog akan share resepi yang sedap-sedap semuanya. hari ini hendak share.. kuih koci keledek

image - dari majalah rasa

saya simpan resepi ini semenjak sebelum zaman FB lagi.. gambar pun tak ade oleh itu pinjam dari majalah rasa.. selamat mencuba


Kuih Koci keledek


bahan

Inti :-

1 biji kelapa besar parut
300gm gula merah

Cara:-

Masak gula merah terlebh dahulu hingga cair.
Masukkan kelapa masak hingga pekat dan boleh di kepal


kulit

500g keledek rebus hingga empok blend menjadi 300ml air
500gm tepung pulut
½ sudu kecil garam
300ml air

Cara:-

Gaul semua uli sehingga tidak melekat ditangan
Kepal kan seberat 20gm masuk inti yang telah dikepal
Rebus hingga timbul dan lembut

Tai minyak-
1/2kg santan
1/4 sudu teh garam

Cara:-

Masukkan semua bahan
Masak hingga berminyak

Popia Basah

Assalamualaikum..

image - majalah rasa


Popiah Basah

Bahan kulit:

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
2 1/2 cawan air
1 sudu besar cuka
2 sudu besar minyak
Sedikit garam

Cara:
  1. Satukan semua bahan2, blend supaya tidak bergentel.
  2. Perap adunan selama 1 jam.
  3. Kemudian, ambil non stick pan dan panaskan dengan menggunakan api sederhana.
  4. Ambil adunan tepung tadi dan layangkan bentuk bulatan pada kuali seperti buat kuih ketayap.
  5. Biar hingga tepung masak dan angkat, tidak perlu diterbalikkan.
  6. Boleh di susun berlapis-lapis di dalam pinggan


Bahan inti:

1 btg carrot hiris halus
1 mangkuk kobis yg telah dihiris halus
1 biji sengkuang hiris halus
1 biji bawang besar mayang
2 sudu besar udang kering dikisar
3 batang daun bawang-hiris nipis
1 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukupnya.

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang besar dan udang kering hingga layu.
  2. Masukkan carrot,sengkuang,dan kobis dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan sos tiram,daun bawang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.


Bahan untuk sos:

100gm cili boh
2 biji bawang besar-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
1/2 cawan gula
1 sudu besar gula perang
1 sudi besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air.
Sedikit cuka dan garam

Cara membuat sos:

  1. Panaskan periuk dengan api perlahan.
  2. Masukkan bahan yang telah di kisar bersama gula,garam dan cuka dan sedikit air.
  3. Masukkan juga bancuhan tepung jagung utk memekatkan sos ini.
  4. Kacau hingga pekat dan bolehlah di angkat.
  5.  


Bahan sampingan:

2 biji telur-buat dadar nipis dan potong halus
Kacang tanah ~ disangai, buang kulit dan ditumbuk.
Bawang goreng.

Cara penyediaan:

  1. Bentangkan kulit popia di permukaan yang rata.
  2. Sapukan sos di permukaan kulit popia hingga rata.
  3. Taburkan kacang tanah,bawang goreng,telur yang di hiris dan seterusnya masukkan sedikit inti.
  4. Gulung kemas dan sedia untuk di hidangkan.

01 July 2013

Oreo Cheese cake


Assalamualaikum

cheese cake yang senang hendak di buat dan bahan mudah untuk di cari


Oreo Cheese cake

Bahan:-
1 bungkus biskut  OREO
1/3 cawan  butter  cair
1kg cream cheese
3/4 cawan gula  sugar castor
1 cawan sour cream.. sy guna yogurt
1 sudu te esen  vanilla
4  biji telur

Cara -cara

1.       Panaskan oven 180 darjah
2.       Kisar biskut oreo  jgn lupa buang cream di tengah. Gaul dgn butter  utk dijadikan asas kek.  
      Tekan di dalam Loyang.
3.       Pukul cream cheese dan gula hingga sebati
4.       Masukkan sour cream dan esen vanilla
5.       Masukkan telur satu persatu  pukul hingga sebati
6.        Masukkan di atas oreo tadi.
7.       Hias dengan biskut oreo di atas kek tersebut dan bakar selama 1 jam atau kekuningan
8.       Biarkan sejuk  boleh di hidang..

Kek Butter Pelangi

assalamualaikum

kek pelangi


Kek Pelangi

bahan

5 biji telur saiz A
180gm gula kastor 
200gm tepung naik sendiri 
1/2 sudu teh baking powder - ayak dgn tepung
1/2 teh serbuk koko..- ayak dgn tepung.. jgn terlalu byk
250gm butter SCS
secubit garam
1/2 sudu teh esen vanilla
5 jenis warna

cara:-

1. pukul gula dan butter hingga kembang
2. masukkan telur satu persatu dan masukkan esen vanilla dan garam
3. pukul rata
4. masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. bahagi kepada 5 bahagia dan campur dgn warna pilihan
6. masukkan satu persatu kedalam loyang pembakar hingga selesai.
7. bakar selama 1 jam ++ hingga masak dgn suhu 180 darjah (ikut oven masing2)

selamat mencuba

Karipap inti daging


Assalamualaikum


karipap daging

resepi:-

bahan pastry:-

50gm majerin - panas
400gm tepung gandum
150ml air panas- kalau adunan keras tambah lagi air sedikit demi sedikit hingga jadi doh..
secubit garam

cara:-
1. uli perlahan-lahan .. akak guna mixer. klu guna tangan berhati-hati sebab panas
2. biarkan sebentar tutup dgn tuala lembab

bahan inti

500gm daging hancur
2biji kentang sederhana - potong halus
1/4 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garam.. klu kurang tambah
1/2 sudu teh gula
2 ulas bawang besar di hiris
4 ulas bawang putih di hiris
minyak masak untuk menumis
2 biji telur

cara:-
1. tumis bawang 
2. masukkan kentang goreng agak-agak lembut
3. masukkan daging biarkan garing
4. masukkan lada sulah, garam dan gula biarkan masak
5. masukkan telur masak hingga telur masak.. tutup api.

cara buat karipap

1. pasty tadi ambil dlm 25gm uli bulat-bulat
2. giling dan masukkan inti... untuk mengelim karipap tu klu tak tau guna tangan blh guna acuan. bagi mengelakkan kulit terbuka masa goreng guna telur/ atau tepung yg di campur air sebagai gam
3. boleh goreng.. petua untuk goreng karipap supaya cantik tidak mengelembong ialah masukkan karipap tadi ketika minyak masih sejuk. klu masuk panas-panas tumbuh jerawat nanti karipap tadi..

selamat mencuba





Kuih Tako

assalamualaikum,

sempana hari raya ni ramai tercari resepi sepanjang bulan puasa...
 cuba kuih tako.. simple dan senang


image copy - www.jennyong.co.uk



Kuih Tako

Bahan - bahan

Lapisan bawah:
30gm tepung Hoen Kwee /tepung kacang hijau
90gm gula
300ml air
6-8 biji sengkuang cina- dibersihkan dan dipotong dadu

Lapisan atas:
270ml santan
20gm gula
20gm tepung beras
secubit garam
Daun pandan atau bekas-bekas kecil sebagai acuan

Cara - cara

Masukkan semua bahan untuk lapisan atas kedalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat.
Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan.

Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama.

selamat mencuba

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...