20 March 2015

siakap sweet sour

assalamualaikum

siakap sweet sour ni simple aje. budak-budak suka. bahan-bahan apa ada di rumah
jom kita buat


ini dia siakap sweet sour

resepi:-
1 ekor ikan siakap
1/2 cawan cili sos
1/2 cwan air
5 batang cili kering
 1 biji bawang besar
 5 cm halia sebesar ibu jari
sedikit garam 1/4 sudu teh gula
sekit serbuk kunyit
minyak masak

cara:-
  1. bersihkan ikan siakap, buang sisik dan insang
  2. cuci dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan.. 
  3. kelar ikan ikut suka dan sapu dengan kunyit dan garam
  4. goreng dengan minyak yang betul panas
  5. petua untuk ikan tidak hancur dan melekat ialah meletakkan asam keping dalam minyak dan biarkan sebentar baru masukkan ikan
  6. biar garaing angkat dan masuk dalam bekas besar untuk tampung kuahnya nanti
  7. tumis bawnag dan halia yang di hiris halus
  8. tumis hingga naik bau
  9. masukkan cili sos dan air
  10. biarkan mendidih dan tutup api
  11. curahkan sos atas ikan 
  12. hias dengan daun sup atau bawang
selamat mencuba

ok bai


Melaka negeri ku

assalamualaikum

di lahirkan di hospital terendak ..5/ 12/1973. anak bongsu. banyak betul perubahan melaka ni. banyak tepat dah pergi kat malaysia ni nak puji sikit pasal melaka ni bersih. susah nak cari sampah di buang merata.. route akak ke bandar melaka ialah

1.  masjid tanah -sg udang - tanjung minyak -  kelebang - bandar hilir
2. masjid tanah - lendu - rumbia - cheng - melaka sentral
3. masjid tanah- sg udang- bertam- amj - ayer keroh..

semua laluan ini bersih..patut lah melaka di kenali dengan negeri terbersih..bukan nak puji  negeri sendiri hakikakt. kalau uols tak percaya datang melaka. ramai rakan-rakan blooger kelab blogger ben ashaari pun puji melaka best dan cantik untuk dilawati. walaupun dalam masa 1 hari hari habis lawatan anda tapi macam-macam boleh anda lihat. hotel banyak, shopping mall banyak, tempat untuk di lawati juga banyak, makanan pun sedap..


kemudahan pun banyak di negeri melaka. semua jalan yang kita lalui akan menghubungkan tempat menarik. kita boleh ikut highway atau jln perseketuan

saya dah merantau banyak tempat.. duduk di banyak tempat. macam-macam ragam manusia yang saya temui. memang orang melaka ni mulut jahat.. tapi hati ada baik tau.. kalau jumpa orang memula yang akan kuar " hawauuu kau.." sebelum assalamualaikum.. ialah orang melaka kan

 melaka juga ada pelbagai etnik.. saya sendiri campuran melayu-cina .. tapi dalam i/c melayu juga lah.. mata sepet.. kat melaka ada melayu, melayu campur, cina, baba nyonya, india, ceti, portugese dan orang asli..

ini menjadikan melaka majmuk.. 1 melaka.. tapi melaka tidak beraja.. anatar 4 negeri di malaysia tidak mempunyai raja.. tapi kami ada gabenor.. ok juga at least ada.. piisttt.. kakak sepupu kita kawin dengan sultan tau..sape? rahsia..hiii cari sendiri..

so.. tak nak bagi tau ni..tak boring n rugi kalau melawat melaka.. sejarah melayu bemula di melaka

selamat cuti-cuti malaysia

ok bai


berkelah di tanjung bidara

assalamualaikum

kat melak ani banyak pantai.. dr rumah hendak pantai 10 minit jer. so selalu lah kami ke pantai kalau mak dia orang tak sibuk.. kalau tak ke pengkalan balak.. ke tanjung bidara.. best bersih dan air jernih.. tapi tak lah sejernih pulau redang..

musim cuti sekolah kenalah cipta aktiviti utk kanak-kanak 5 orang ini.. kalau tak huru hara dunia di buatnyer hari tu masa pergi kita orang buat bbq simple jer..jgn gelak tengok jaring tu.


bbq  ikan , sotong, udang dan ayam

resepi:-

bahan

5 ekor ikan
5 ekor sotong
10 ekor udang
1 ekor ayam potong 16

cara:-
1. basuh semua bersih malam sebelum bbq

bahan perap

400gm gula merah
sedikit garam
2 sudu lada sulah
1/2 cawan kicap manis
1/2cawan sos tiram
sedkit serbuk perasa.. saya guna pasti sedap

cara:-
1. bancuh semua bahan
2. gaulkan bersama, ikan, ayam, sotong dan udang
3. perapkan untuk satu malam sebelum bbq

#masa membakar renjiskan sedikit minyak, dan air dari bahan sos tadi

sedap makan dengan nasi.

jom tengok aktiviti anak-anak masa di tepi pantai. mak tengok dari jauh.. kadang-kadand masuk juga dalam laut.. tapi berganti dengan abang takut barang-barang di ambil orang tau jer orang ramai kena juga ada syak wasangka kan kan..


hanif buat lubang pasir.. dia kata nak buat sedalam yang mungkin


haris pulak nak buat jerangkap samar... 


adik hanis.. bila macam ingatkan mak masa kecik-kecik 37 years ago.. mandi kat sini lah..



bersih juga pantai diakan sbb ada tukang sapu 


adik hanis mencuba acara renang.. pandainyer anak momee


lubang yang hanif buat dalam dalam 2 kaki


haris gali jumpa air.. momee nak buat perigi boleh tak? jawapan maknyer.. melopong

abang ni gi mana2 mesti nak be weechat..

kalau nak gi mandi laut yang dekat akak memang syorkan tanjung bidara dan pengkalan balak.. sambil tu boleh melawat bandar melaka.. kalau nak ke port dickson pun okay juga.. pilihan untuk mandi laut tanpa pergi ke tempat mahal.. ini adalh pilihan yang tepat..

bawa anak, sedara mara, ipar duai, mak n pak.. semua boleh ikut

selamat cuti cuti malaysia

ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...