Posts

Showing posts from August 27, 2017

ROTI JOHN @ ROTI INTI DAGING

Image
ROTI JOHN Kalau tanya anak-anak hendak beli di luar atau mom yang buat Roti John ni? Pilihan mak dia yang dibuat. Alasan lagi rasa daging, kari dan perfect. Bangga weeii kalau anak-anak bagi komen gitu..
Nape pula panggil Roti John. Al pelikon Wal Ajaib bon.. mungkin sebab long John atau Mr John yang panjnag.. haiippp jangan fikir arah lain yer.. pukul kang. Kak Z ni bukan lah terror sangat masak. tapi bolehlah jadi tukang masak kalau terdesak. Mehh.. share resepi..
Bahan  A inti:- untuk 3 kali serve atau masak
500gm daging kisar Saudi atau Ramly 1 pek kecil rempah daging Adabi 1 biji bawang besar - cincang halus 3 biji bawang putih - cincang halus 50ml air Garam secukup rasa 1/2 sudu besar gula Daun kari Minyak untuk menumis
Cara:- Tumiskan daun kari, bawang putih dan bawang merah hingga naik bauMasuk rempah daging dan kacau sebentar - jangan biarkan takut hanggit dan pahitMasukkan air dan dagingMasak hingga daging sedikit garingMasukkan garam dan gulaAngkat dan tapis untuk asingkan …

KUIH CARA PANDAN INTI GULA

Image
KUIH CARA PANDAN INTI GULA
Kuih cara pandan kalau kena caranya sedap, bau pandan dan lembut. Kalau tidak betul caranya frust menonggeng. Selalu beli di luar tidak dapat memenuhi citarasa tekak Kak Z. memang jarang beli kuih ni. Kak Z akan buat terutama di bulan puasa atau masa anak-anak cuti sekolah. Kalau buat satu aduanan boleh dapat dalam 30 tangkup. Jadi sila makan sampai kenyang.
Proses penyedia kuih ini lebih kurang satu jam. Kak Z dah biasa dalam 30 minit siap. Sebab kena tahu suhu masak memasak kuih ini. waktu sesuai letak gula supaya gula tidak tertumpah atau pecah di bahagian bawah.
Resepi ini Kak Z belajar dari Auntie Hasma Nor. Nama sama dengan Chef Hasma Nor. Tapi orang lain. Satu duduk Taman TAR lagi sorang tinggal di Puchong. Joom kita kedapur dan buat
Bahan:-
300ml santan 700ml air pandan = 10 helai daun pandan dan kisar dengan air 500gm tepung 1/4 sudu teh garam halus 1 biji telur secubit gula sedikit pewarna hijau 3 sudu besar susu tepung
Cara:- Bancuh semua bahan in…

TAUHU APONG INTI DAGING

Image
Tauhu ada macam-macam jenis. Dalam resepi ni Kak Z guna tauhu pong. Tauhu pong banyak di jual di supermarket. Kak Z beli di Tesco. Kalau beli di tempat lain macam cuak sikit. Di Tesco kita tahu barang-barang yang dijaul ada sijil halal dan di jamin kebersihannya.
Tauhu apong teksturnya padat dan banyak ruang angin dalam tauhu tu besar. Ciri khasnya ketika digoreng kering, maka bagian dalamnya akan terdapat rongga dan kulitnya akan kecoklatan dan garing.

Anak-anak semua suka makan tauhu. Jadi Kak Z tidak ada masalah kalau menghidangkan pelbagai jenis tauhu kepada mereka. Tauhu elok untuk otak anak-anak sama seperti tempe. Cara penyedia Tauhu Apong Inti Daging ni mudah. Kak Z tidak ambil masa yang lama untuk menyediakan. Mehh Kak Z share resepi.

Bahan Tauhu:-

20 ketul tauhu apong
Minyak untuk goreng
brokoli untuk hiasan

Cara:-

Panaskan minyakGoreng tauhu hingga garing..Celur brokoli dengan secubit garamKetepikan dua bahan ini biarkan sejuk
Bahan Inti:-

250gm daging kisar
1/4 sudu teh ga…

AYAM PERCHIK SOLOK TERUBUK

Image
AYAM PERCHIK SOLOK TERUBUK
Lama sungguh tidak bersiaran. Sibuk yang amat. Ramai hantar message Kak z dah tak tulis blog ke?Tulis tapi tengah mood malas tahap 7 petala langit. Hari ini sangat-sangat free sebab anak- anak cuti sekolah. Maka terciptalah Ayam Perchik Solok Terubuk.
Kenapa Kak Z bagi nama Ayam Perchik Solok Terubuk. Sebab Kak Z kan orang solok terubuk. Selalu kita dengar ayam perchik Lemal Pasir Mas Kelantan yang sedap teramat tu. Tapi ni versi Kak Z. Tolong jangan kecam...hii
Jom Kak Z share resepi ayam perchik ni. Kebanyakn bahan-bahan Kak Z ambil dari belakang rumah. Apa yang ada di sapur Kak Z masukkan kalau tanya anak-anak sedap tak. Wajib jawap sedap. Kalau tak sedap dia jawab bolehlah.  Lepas tu mak dia pun jawap lah betul-betul sedap ketidak..kalau tak sedap nak bagi sedap . Betul tak?


Bahan untuk ayam Bahan A
1 ekor ayam 1 sudu besar lada hitam 5 cm kunyit hidup Rosmery 5 ulas bawang putih 1 sudu kecil garam halus 2 sudu besar minyak kelapa
Cara:- Bersihkan ayamKi…