26 July 2013

Dodol

Assalamualaikum,

Dodol adalah salah satu manisan yang terkenal di Malaysia juga rantau Asia Tenggara ini. banyak version dodol yang saya jumpa. dari indonesia, filipina, thailand, kemboja dan vietnam selatan mereka juga ada dodol. tapi tak pasti dikenali dengan nama apa.

Hari ini saya share resepi dodol yang saya usahakan

selamat mencuba

dodol yang telah masak

resepi

bahan

3kg tepung tepung pulut
6kg santan pekat
1 1/2 kg gula putih
3kg gula merah
6 liter air


cara:-
1. masak air gula dengan 2 liter air dan tapis untuk mengeluarkan pasir dari dlm gula
2. bancuh tepung pulut dengan 4 liter air hingga hilang berketul
3. masak hingga menjadi som2 dengan api yang kecil
4. masukkan santan kacau lagi
5. masukkan air gula
6. kacau dengan api besar biar mengelegak
7. klu guna kayu apu sentiasa jaga api supaya dodol tidak hangit
8. sentiasa kacau jangan lepaskan
9. bila sudah pekat dan kecilkan api
10. test dodol dah masak atau belum ialah apabila tidak melekat pd tangan kita atau guna daun pisang. dodol juga kelihatan seperti berminyak..


dodol yang telah sedia untuk dipasarkan