02 June 2014

Jom Buat lasagna

Assalamualaikum

jom buat lasagna..cara ini adalah cara saya. sebab cara saya tidak terikat dengan sesiapa. sesedap saya memakan. saya share boleh juga anda ubat ikut selera anda.


sos..

resepi:-

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 botol pasta sos preego .. original atau mashroom
200gm tmato puree.. kalau tdak mahu masam boleh di kurangkan
200ml air
400gm daging hancur ramly
sehelai daun bay kering
secubit serbuk daun basil
1 sudu gula
garam secukup rasa

cara

1. tumis bawang putih dan bawang merah
2. masukkan daging dan goreng lagi hingga garing sedikit
3. boleh juga tambah meatball ramly kalau mahu
4. masukkan pasta sos,  air, tomato puree, basil dan bay 
5. rasa dulu baru tambah garam dan gula.. terpulang
6. dah masak biarkan ketepi


Sos Putih

500ml susu segar @ 200ml whipping cream
2 sudu besar tepung gandum
secubit serbuk daun basil
1/2 sudu teh garam 
3 ulas bawang putih tumbuk lumat
200ml air
1 sudu besar butter

cara

1. bancuh air dan tepung
2. campurkan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api yang kecil
3. apabila pekat pekat tutup api dan ketepikan

sekarang kita mulakan buat lasagna

resepi bahan

8/ 12  keping kulit pasta
pasta sos
sos putih
cheddar cheese
mozarella cheese

cara di bawah ikut setiap langkah insyallah menjadi...



step 1. pasta yang dah di rebus tadi lapiskan dalam loyang pembakar seperti ini



step 2. masukkan sos pasta atau bolognese



step 3. taburkan cheese cheddar atau riscota.. mana yang ada di rumah lah



 Step 4. lapiskan dengan pasta lagi dan letakkan sos pasta


 step 5. lapiskan lagi pasta dan letakkan sos pasta



Step 6. letakkan white sos


Step 7. taburkan mozarella cheese dan bakar suhu 180c




step 8. bakar sehingga warna gini atau cerah sikit


step 9. makan lah apa lagi



note:

saya mengunakan sos ini

brand prego sedap juga lah.. ada juga brand lain.. ikut poket masing-masing



kulit pasta klu malas nak buat beli jer


ini beli di tesco... ie kan minah tesco... heee


atau san remo

tapi nasihatkan beli tesco brand sebab lagi stable... rebus hingga kembang yer...baru korang buat lasagna.. 

ok bai

Fondant Wedding cake

Assalamualaikum

musim orang kahwin... banyak lah kek di rumah.. antara yang sempat di snap gambarnyer


warna biru dan cream


warna pastel

ok bai

Membuat pasta lasagna

Assalamualaikum

Lasagna berasal dari Itali.. dan berkembang keseluruh dunia sampailah ke Malaysia. sebab ramai yang suka dengan makan barat ni.. dia sedap macam spagethi lah.. tapi dia ni bakar.. sikit jer lain .. jom kiter buat pasta dulu kemudian kita buat lasagna.

cara ini ihsan dari MR GOOGLE...saya mengunakan resepi ini. ada juga resepi lain tapi resepi ini lagi mudah www.bonappetit.com/ terima kasih yer.. 



Bahan

375gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
4 biji telur
tepung gandum untuk elakkan tepung melekat




1. masukkan telur di tengah-tengah  tepung




2. gaulkan semua semua bahan mengunakan garfu


3. gaulhingga boleh di uli


4. ambil doh tadi dan uli di atas tempat yang leper.. 
kalu melekat letakkan tepung


5. tutup dengan plastik dan rehatkan sebentar


6. rehat lebih kurang 10min dan bahagikan doh kepada 4 bahagian


7. leperkan mengunakan tangan


8. putarkan kedalam machine mee atau pasta .. utk kali pertama


9. leperkan lagi


10. letakan atas talam yang telah di taburkan tepung



11. rebus pasta tadi
12. rebus hingga pasta tadi terapung di permukaan


13. tapis.. (credit to FXcuisine.com)

ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...