30 January 2021

KUIH BINGKA TEPUNG BERAS

 


Kuih bingka tepung beras antara kuih kegemaran arwah ayah Kak Z. Arwah mak memang pandai buat kuih ini. Tapi masa itu Kak Z masih kecil belum sempat belajar. Jadi belajar dengan kakak dan sepupu. Selalu menjadi rebutan ialah bahagia tepi. Orang panggil kerak kuih. sedap like heaven. Bila Kak Z dah pandai buat kuih ini, no regard dapat belajar dan share resepi dengan korang. Dalam youtube Kak Z kuih ni mendapat view tertinggi as per today. Seronok korang. Gunalah resepi ini untuk family atau perniagaan. insyallah menjadi. Kalau hendak tahu cara langkah demi langkah boleh tonton di youtube Kak Z, chanel: Its Azuraa Rahman https://www.youtube.com/watch?v=31ObpAkXbVI&t=212s

Bahan A - 

1 cawan gula 
1/2 cawan air

Bahan A adalah untuk membuat gula hangus. Jangan terlalu hitam. Jika tidak gula hangus akan menyebabkan kuih berasa pahit. Sesudah masak biarkan air gula hangus sejuk.


Bahan B

5 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
5 cawan air
2 cawan santan

Cara:-
1. Campur semua bahan B dan kacau
2. Tapis bahan B supaya tidka beketul
3. Masukkan air gula hangus dan kacau rata
4. Masak semua bahan ini dengan api yang kecil sehingga menjadi som som
5. Koyang pembakar seeloknya di alas dengan daun pisang untuk mendapat aroma yang enak. jika tidak ada boleh mengunakan kertas minyak
6. Masukkan bahan yang telah menjadi som som kedalam loyang pembakar dan bakar selama 1 jam dengan suhu 200c
7. Sejukkan dahulu sebelum potong.

Selamat mencuba

MENANAM POKOK PUDINA DENGAN KERATAN BATANG

  Menanam pokok pudina dengan cara yang mudah. Kak Z hanya mengunakan potongan batang pudina.Cara:- 1. Daun pudina yang kita beli di pasar a...