Selagi belum sampai ke destinasi yang di tuju selagi itu kita akan cari yang terbaik dan murah untuk travel. Seperti yang korang tahu, Jepun segalanya mahal. Kak Z sebagai solo traveler akan mencari pengangkutan yang paling murah untuk travel. Poket tak dalam jadi faham-faham je lah. Selagi boleh jimat kita jimat.
Guesthouse yang Kak Z akan duduk selama seminggu ialah Enaka Asakusa Hostel di Tokyo ialah My first idea dari Narita Airport ke Asakusa naik bus sampai Tokyo Station. kemudian subway ke Asakusa. Sebab bila tanya kawan-kawan semua buat cara yang sama.
One day kak z tanya didalam Group FB Road to Japan macam mana nak pergi ke Asakusa dengan cara yang senang dan murah. Admin grouo mencadangkan naik Access Express. Cuak juga betul ke? Harga tiket 1330 Yen. Tak pe kita cuba. Kalau salah naik bus ke. Solo travel kita kena buat keputusan on the spot.
Hari yang di nantikan sampai. Lepas sesi soal jawap selama sejam dalam airport Kak Z keluar untuk ke.Narita Terminal 1. Train station dalam terminal 1. Berjalan lah daku dalam cuaca sejuk masa tu lebih kurang 20 minit. Maka sampai lah terminal 1. Memula cari kaunter HIS sebab nak ambil pass. Lepas cari train station.
Adegan sesat bermula. Tapi di selesaikan dengan cepat. Cari information counter tanya lah kat mana station keretapi diorang. Diaorang very helpfull. Dia kata train akan sampai dalam masa 10 minit. Dengan beg gedabak, Kak Z pun lari lah kejar train. Kalau korang tanya macam mana acara larian ini berlaku adakah berjaya. Offcourse berjaya. Hasil workout selama setahun dapat lah kejar train tu. Mencunggap. Kalau tidak kena tunggu next train lebih kurang sejam lagi.
Dalam train rupanya ramai orang. Alhamdullilah dari berdiri dapat tempat duduk. Memula cuak juga betul atau tidak train aku naik ni. Tapi bila tengok kat map memang betul route yang ada. Akhirnya sampai lah station Asakusa. legaaaaa...
Memang Kak Z suka sebab murah dan senang sampai hostel. Lambat hanya few minute sahaja. Tidak ada apa yang hendak di kejarkan. When we are traveling jangan lah korang buat itinerary yang pack. Sebab tak enjoy. Kak Z suka relax. Sebab kita dah tua. Kederat pun kurang ..masa sampai Tokyo demam pulak tu. Maka rugi 1 hari untuk berjalan. Plan betul-betul dan ready contigency plan. Just is case salah naik train. Dont forget doa banyak-banyak terutama solo traveler.
Ok bai