kulit oren adalah sesuatu yang kita tak suka makan sebab pahit. Tapi saya telah jadikan dia sebagi halwa danmanis. apabila kulit ini dijadikan manis sedap di buat air minuman dan buat kek.
halwa oren atas kek
resepi
bahan
2 biji oren
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air
cara
1. oren kopek kulit dan dihiris memanjang
2. rebus kulit oren itu dan biarkan lebih kurang 5 min dalam air panas
3. tapis buang air rebusan
4. masak air dan gula
5. masukkan kulit oren dan masak lebih kurang 5 minit
6. biarkan sejuk.
jika hendak membuat hiasan pd kek keluarkan dari air gula. air gula boleh di simpan untuk buat air teh limau. jika mahu membuat minuman campurkan kulit oren tadi dan di buat minuman. kulit oren yang telah di buat halwa ini sedap dimakan begitu sahaja. sebab sudah tidak pahit. kepada peminat kek oren. ambil kulit ini di potong halus-halus dan masukkan kedalam aduan kek. pasti kek kita akan berbau harum. anda juga boleh mencuba dengan kulit lemon. buka sahaja lemon tetapi buat peach dan apricot apple juga boleh di gunakan dengan teknik yang sama
selamat mencuba .. insyallah