16 September 2014

Lada hitam

Assalamualaikum 

Dalam dunia masakan. kita masak mengunakan lada hitam pedas tangkap dalam. tapi bila masak kita tidak akan terasa pedas serta merta pedasnya macam cili merah atau cili padi. hanya selepas 1/2 jam selepas dimasak baru rasa pedas itu akan keluar.Saya dari sebuah buku yang saya lupa namanya.. sbb dah lama.. zaman tok kadok belajar pasal ni. bila saya buat research ternyata benar apa yang di tulis dalam buku tersebut. Saya memang suka memamasaka mengunakan lada hitam. kowwww






Lada Hitam
Lada hitam (nama saintifik: Piper nigrum) merupakan sejenis rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi. Buahnya, yang dikenali sebagai lada hitam apabila kering, adalah kira-kira 5 milimeter (0.20 inci) diameter, merah gelap apabila matang sepenuhnya, dan, seperti semua drupes , mengandungi satu benih. Biji lada hitam dan serbuk lada hitam yang dihasilkan darinya, boleh digambarkan hanya sebagai lada, atau lebih tepat lagi sebagai lada hitam (buah matang masak dan kering), lada hijau (buah matang kering) dan lada putih (benih masak kering).

Lada hitam berasal dari Asia Tenggara dan China, dan boleh didapati di sana dan di kawasan tropika yang lain. Pada masa ini, Vietnam adalah pengeluar dan pengeksport terbesar di dunia, menghasilkan 34% daripada tanaman dunia pada tahun 2008.

Lada kering yang dikisar telah digunakan sejak zaman purbakala untuk kedua-dua citarasa dan sebagai ubat. Lada hitam adalah rempah di dunia yang paling diperniagakan. Ia adalah salah satu rempah yang paling biasa yang dimasukkan ke dalam masakan Eropah. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Ia banyak didapati dalam dunia yang moden ini, sering berpasangan dengan garam.
Pengeluar terbesar lada hitam adalah Brazil, India, Indonesia, Malaysia, dan Vietnam. Di Malaysia, ia dibantu oleh Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH), Lembaga Lada Hitam Malaysia (MPB) 1 Jan 2007.
(sumber wikipedia)





Nudget homemade

Assalamualaikum

tengah malam ni lah pulak teringat nak makan nudget..tapi homemade
saya memang ada belajar buat nudget..lepas itu saya buat research sendiri.. resepi yang saya share ini tidak sama  dengan ha orang .. resepi asal adalah hak milik tukang ajar yer..bagaimana pun sy nak share teknik untuk membuat nudget. di kala tengah busy menulis saya buat untuk anak-anak. masa cuti ni tau jer lapar 24 jam. sekarang pun masih ada yang berada di dapur goreng french fries homemade juga.. next time saya akan share resepi french fries tu yer.. skg share resepi nudget


Nudget belum di goreng


Nudget sudah di goreng

resepi

bahan
800gm daging ayam hancur
10gm garam
10gm stok serbuk ayam
1/4 serbuk lada hitam
1/4 sudu teh gula
2 biji kentang rebus dan lenyek
60gm tepung kanji
200gm tepung kentang
bread crumb
tepung goreng ayam adabi

cara
1. gaul semua bahan kecuali bread crumb dan tepung goreng ayam
2. selesai gaul letak ayam ini atas sekeping plastik dan tutupkan dengan plastik yang lain
3. mengunakan roller pin lenyek kan ayam tadi sehingga ketnggian 1 inci
4. ambil acuan berbentuk love atau lain tekan
5. letak atas dulang yang telah dialas dengan plastik..buat hingga selesai
6. selesai masukkan ayam dalam peti ais selama 2 jam untuk dia sejat dan bahan serasi
7. setelah 2 jam di keluarkan
8. tepung goreng ayam perlu dibancuh dengan air. jangan terlalu cair.. macam aduanan roti jala.
9. celup ayam dalam tepung itu dan tutup dnegan bread crumb
10. ulang hingga habis
11. boleh bgoreng.. api jangan terlalu kuat sebab boleh hangus

note: walaupun tidak cantik seperti nudget yang kita beli. sekurangnya kita tahu apa yang kita masak untuk anak kita tanpa ragu-ragu

selamat mencuba

ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...