Posts

Showing posts from June 1, 2020

SAMBAL TELUR MATA @ Lauk Orang Bujang

Image
Sambal telur mata sedap di makan dengan nasi lemak. Kalau tidak tahu nak masa apa lauk ni lah yang Kak Z akan masak. Step by step ada di channel youtube
https://youtu.be/TgBBDwyq8W4
Pastinya menjadi kegemaran anak-anak. Tidak boleh buat sedikit. Kena buat lebih. Sekejap sahaja dah habis. Orang kata masakan bujang. Ringkas dan mudah
Jom Kak Z share resepi
Bahan:- 5 biji telur 1 biji bawang merah Bawang putih Cili kering kisar Gula Garam Serbuk perasa
Caranya:- 1. Goreng telur untuk jadi telur mata 2. Cincang bawang putih. Jumlah bawang putih ikut kesukaan korang. 3. Hiris bawang merah untuk menumis 4. Tumiskan bawang hingga naik bau 5. Bila dah naik bau masukkan cili boh. Kalau nak cili banyak letak lebih 6. Goreng sampai cili garing 7. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa Sesedap lidah korang. 8. Masukkan telur mata yang kita dah goreng 9. Siap dan hidang
Selamat mencuba Ok bai

TAUHU HOMEMADE @ HOMEMADE BEANCURD

Image
HOMEMADE TAUHU
Step by step di youtube channel
https://youtu.be/zo8dcACotnU
TAUHU HOMEMADE yang senang di buat. Cara ini yang akak guna dalam menjalankan perniagaan tauhu. Resepinya juga sama. Cuma yang akak share adalah dalam quantity yang kecil
BAHAN-BAHAN:
500ml kacang soya 3 liter air 10gm GDL dan 50ml air

CARA MEMASAK:
1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam. 2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya. 3. Masak susu soya hingga mendidih. Mesti kena sentiasa kacau 4. Dalam bekas berasingan bancuh GDL dna air 5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi DGL 6.Kacau sikit dan biar beku selama 15 minit. 7. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. Akak guna bakul je macam dalam gambar  8. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan. 9. Tutup kain dan tekan dengan pemberat. 10. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.
Ok bai #stayathom #tauhuhomemade #homemadebeancurd