11 April 2016

Demam makan bubur je leh..



Badan ni tau-tau aje kak z dah handover kerja pada orang lain. Mula lah sengal sana sini. Dah 2 minggu tak workout. Lagilah lemah rasa badan. Hari ini betul-betul out of service. Dengan sakit kepala, selsema dan batuk. Perfect dan tip top. Apa lagi makan bubur lah.. telan juga walaupun tidak sedap tekak.

Kak z ada satu bad habit, walaupun demam kalau ada kerja tidak diselesaikan gigih kak z bangun pandu kereta untuk selesaikan kerja tu. Nasib baik budak-budak tidak sekolah hari ini. Menjelang maghrib siap. Sempat buat blogwalking ke blog kawan-kawan untuk komen. Anak-anak pun cakap rehat momee.. nanti sakit teruk kami juga susah. Susah apanya korang.. sape nak masak ? Hurmmm anak-anak mak

Ok bai

Jeragat mula hilang hari kelapan ultherapy


 Ultherapy 

Jeragata Mula Hilang Pada Hari Kelapan

Perubahan Pada Hari Kelapan Ultherapy

4 hari dia tiada di rumah balik dari camping dia tengok muka kak z. Momee muka momee putih. Lepas tu jeragat makin hilang. Hurmm..so suprisingly. Sebab abang hakim bukan jenis yang senang hendak memuji.

Semalam kak z jumpa auntie kak z.. dia kata nampak muda lah. Ada apa-apa ker makin cantik sekarang ni. Adehhh soalan maut nak jawap tu. Tarik nafas panjang-panjang.. jawap sepintas lalu. Hati senang tanpa masalah. Kak z dengan senyum menjawap. Jawapan selamat betul tak?

Sebenarnya sekarang ini jadi habit kak z bila bangun pagi pegang muka. Sebab memang rasa tegang. Macam kita letak telur kat muka. Tapi tidak pun.. kak z sebelum tidur hanya pakai toner sahaja. Sebab makcik tak rajin nak tepek tepot pakai kat muka. Itu adalah salah satu tindak balas ultherapy.

Buat treatment ultherapy sebab tidak perlu makan collegen atau pakai ubat tegangkan muka. Dah muka kak z ni sensitif. Hari tu pakai apa entah..hambik ko jerawat tumbuh melata di muka ku. Hari ini jerawat pun kering. Cuma kak z kalau hendak keluar kena pakai sunblock. Sunblock spf 50. Cukup kuat. Sebab takut jeragat keluar semula.

Macam yang korang tahu kak z selalu jumpa orang. Oleh itu wajah yang comey kena ada untuk nampak yakin. Bila kak z jalani rawatan ultherapy ini. Ada perubahan pada muka kak z..tegang, anjal, lembut, putih..sudah tentu kak z puas hati.

Ultherapy mengelakkan kak z dari mengambil suntikan botox atau pembedahan. Sakit ko inject sana sini.. walaupun lambat asalkan tak sakit.. tunggu lagi 172 hari ..haaa

Doktor Handsome kak z pesan.. sleep well, no smooking, no drinking. Baik Doktor Kelvin, i follow you step by step..healhty living.

Ok bai

Tag: Ultherapy, Mahkota Medical Center,

Buku Danish dan Paf Pastri



Buku danish dan paf pastri ini adalah tulisan kak z. Buku ini keluaran Karangkraf berharga RM25.00. Terdapat di kedai buku atau beli melalui talian @online karangkraf.

Dalam buku ini kak z akan ajar cara membuat danish dan paf pastri langkah demi langkah. Terdapat 30 resepi didalamnya. Selama ini orang malas untuk membuatny kerana takut tidak jadi dan tidak tahu cara untuk membuatnya. Tapi dengan membeli buku kak z pasti jadi



Review dari pembeli buku ini mengatakan
1. Mudah untuk di fahami
2. Sedap
3. Senang untuk buat
4. Mesti jadi
5. Bahan yang mudah di cari
6. Di ajar langkah demi langkah
7. Berbaloi beli
8. Tidak mahal
9. Tidak perlu mengikut kelas

Apa lagi korang..jom cuba belajar dengan membeli buku ini. Semudah ABC

Ok bai

Istana Melaka tarikan menarik bila ke Melaka



Istana melaka yang ada di bandar hilir ini ialah replika asal. Istana Asal lebih besar. Istana asal telah terbakar ketika Portugese menyerang Melaka. Istana ini di bina semula untuk memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai kehidupan di zaman kerajaan melayu melaka.

Kak z bersama geng blogger Melaka kita orang telah melawat istana melaka ini. Kali keberapa kak z datang ke sini tak ingat. Tapi memang best.



Bangunan ini ada 2 tingkat. Banyak artifek lama di pamerkan di sini. Antaranya ialah bagaimana para perdagang mengadap raja dan juga perbalahan antara hang jebat dan hang tuah.





Istana melaka ini di bina dengan tingkap yang banyak. Rekabentuk Istana ini berciri minang dan cina.



Hari yang kak z pergi tu secara kebetulan kak z baru balik dari event milo. Kami semua kepenatan. Jadi tak habis istana kami lawat. Kami akan datang lagi dalam masa terdekat. Insyallah..

Apa pun melaka banyak tempat untuk dilawati. Kalau berkunjung ke negeri melaka mesti melawat bandar hilir tau..kalau ada sesi mengukur bandar hilir nanti kak z cerita lagi

Ok bai

Anak-anak kak z yang comel

Kenapa kak z panggil anak-anak kak z yang comel? Sebab anak-anak ini semua manja dengan kak z. Tiap kali hendak selfie semua sibuk nak masuk muka dalam kamera. Korang tengok





Mak redha jer lah nak. Apa pun mak sayang korang

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...