13 February 2015

French toast

assalamualaikum

nama tak hingat.. mat saleh
senang nak buat terutama waktu sarapan yer


french toast

bahan:-
10 keping roti
3 biji telur
100ml susu
sedikit garam
sedikit lada sulah
marjerin 

cara
1. potong roti kepada 2 bahagian
2. pukul telur, susu, garam dan lada sulah
3. panaskan kuali leper dengan 1 sudu besar marjerin
4. celup roti dalam telur dan goreng atas kuali hingga kekuningan

anak-anak selalu bawa bekal kesekolah roti ni.. amak pun suka buat sebab senang

selamat mencuba

ok bai

Masak lemak daging salai dengan belimbing

assalamualaikum

masak lemak daging salai dan buah belimbing..sedap sangat lah anak-anak makan gigih ak diaorang menyalai daging, cari jaring, cari kayu api,..sib baik keliling rumah banyak kayu api...
tengok camne hakak salai daging

salai daging

cari jaring tak der jumpa lah kipas lama tak boleh pakai apa lagi jadi tempat salai daging.. creative tak..bahan2 kebanyakkan ambil keliling rumah.belimbing, serai, kunyit, cili padi kecuali daging beli leeeehhh

korang tengok pokok bunga tu memang musim berbuah.. nak buat apa lepas ni..insyallah sambal hitam kot...puas makan belimbing.. 


pokok belimbing belakang rumah

ini lah namanya berbakti pada tanah.. buah kan hasil lumayan. actually banyak lagi pokok2 sebelum ini.. sbb tuannya dah merantau lebih dari 30 tahun habis gooolll..arwah ayah suka menanam..pokok dokong ada 3 batang, pokok durian, pokok belimbing, limau, mata kucing dan pisang..itu keliling rumah belum gi kebun.. lagi macam2

lauk masak lemak daging salai dan belimbing

bahan daging salai

500gm daging lembu
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1/4 sudu teh garam

cara:-

1. potong daging nipis sebesar tapak tangan
2. basuh dan digaulkan bersama garam dan serbuk kunyit
3. bakar atas bara api biarkan daging kering
4. dah kering hiris nipis ikut suka

bahan untuk lauk

250ml santan
5cm kunyit hidup sebesar ibu jari
10 biji cili padi ..kalau nak pedas lagi boleh tambah
1 batang serai 
1 ulas bawang besar
2 biji kentang belah 4
1 keping asam kepng
buah belimbing
200ml air - untuk kisar
garam

cara:-

1. kisar kunyit, cili padi, bawang besar
2. masuk kan kedalam periuk bahan kisar, daging, serai, kentang, asam keping dan buah belimbing
3. masak hingga kentang empok..
4. baru masukkan santan
5. apabila santan dimasukkan api perlu sederhana dan kacau supaya tidak pecah minyak
6. masukkan garam secukup rasa
. biarkan mendidih sambil kacau...

ok selamat mencuba

ok bai




Kuih Koci pulut hitam

assalamualaikum

pagi jumaat sambil menonton awani sambil menulis...air mata berjujuran... alfathiha kepada tuan guru nik aziz nik mat

as promise nak bagi resepi kuih koci

senang aje nak buat. saya pernah buat 2000pcs untuk sebuah majlis. tapi teknik yang saya guna ialah buat dan frozen kan kuih koci tu..

arwah mak pernah cakap kuih koci ni orang takde gigi suka lah.. sbb lembut...gigit dengan gusi jer dah putus....jom buat

kuih koci

resepi

bahan inti

1 biji kelapa parut
250gm gula merah
secubit garam
2 helai daun pandan

cara:-

1. panaskan gula merah hingga cair..
2. masukkan daun pamdam, kelapa dan garam
3. kacau hingga kering
4. bila sejuk bulatkan bulat-bulat dan simpan dalam peti sejuk
tujuan mudah untuk kita masuk kedalam tepung nanti

bahan kulit:-

500gm tepung pulut
100gm berat pulut hitam
air secukupnya
secubit garam

cara:-
1. rebus pulut hitam sehingga lembut..bukan kembang
2. blend pulut hitam hingga hancur
3. masukkan kedalam tepung pulut bersama garam
4. tepung pulut jangan terlalu lembk atas keras..agak-agak boleh kepal dengan inti
5, sediakan air untuk rebus hingga mendidih
6. sekarang bulatkan tepung dan masukkan inti dan tutup inti jangan sampai terkeluar
7. boleh lah masukkan kedalam air yang dididihkan hingga timbul dan rasa klu keras belum masak klu lembut sudah masak
8. dalam sebuah bekas yanga ada air dan masukkan kuih yang telah timbul.. tujuan tidak melekat antara satu sama lain
9. ketepi kan

bahan santan
250gm santan
100ml air
1/2sudu teh garam..klu kurang boleh tambah
3 sudu besar tepung beras

cara
1. campur semua bahan dan kacau hingga pekat
2. tapis kuih tadi dan masukkan kedalam santan

daun pisang perlu di layukan atas api potong  untuk bentuk dan lap untuk bersih
ambil kuih dalam santan dan masukkan kedalam dalam daun 
letakkan santan  1 sudu besar dan bungkus
ulang hingga habis

selamat makan

ok bai