01 May 2016

Ramada Plaza Melaka Menyambut Hari Ibu dengan Chef Wan



Hari Ibu Di Ramada Plaza Melaka Dengan Chef Wan


8hb Mei 2016 akan di adakan sambutan Hari Ibu. Kak z sebagai ibu sangat berbangga untuk menyambut hari khas untuk ibu-ibu. Dan juga boleh di raikan kepada bakal ibu-ibu.

Tarikh tersebut Ramada Plaza Melaka akan membuat high tea bersama Chef Wan. Ini sesuatu yang tidak boleh dilepaskan ibu-ibu di negeri Melaka dan kawasan sekitarnya. Bermacam-macam acara akan dijalankan. Banyak hadiah di sediakan. Harga untuk hightea ini dewasa RM98.00 nett dan kanak-kanak RM68.00nett. Untuk tempahan boleh hubungi 06 284 8888. Jumpa anda disana

Ok bai

Coconut shake Solok Duku, Masjid Tanah Melaka

Hujung minggu memang sibuk. Anak-anak kak z semua tuisyen. Hari ini habis awal kami bercadang hendak menonton Captain America di Aeon, Melaka Sentral. Konon hendak menonton pukul 12.30pm. Tiket habis. Hanya pukul 7.30pm baru ada. Ramainya nak tengok cerita ni. Bila fikir balik patut lah ramai manusia di Bandar Melaka hari ni sebab esok cuti. Maknanya office mak cuti esok. Nape cik secretary tak bagitau. Lupalah tu. Dari Aeon hendak ke Masjid Tanah mesti lalu Klebang coconut shake. Masyallah ramai orang beratur hendak beli coconut shake. Kak z tidak beli di situ sebab ada tempat lagi best. Mana? Coconut shake Solok Duku, Masjid Tanah.


Coconut Shake Solok Duku


Di Melaka banyak tempat jual Coconut shake. Klebang Coconut Shake, Batu Berendam Coconut Shake dan Cheng Coconut Shake. Semua kak z dah cuba. Tapi coconut shake Solok Duku juga sedap. Kalau coconut shake tutup, Kak z akan beli coconut shake depan Pejabat Pos, Masjid Tanah. Kedua-duanya sedap. Korang nak tahu sedap atau tidak cuba semua coconut shake baru boleh buat perbezaan. Sebab kak z dah buat

Ok bai

Kak Z ajar seri muka gula merah

Resepi ni kak z belajar dari myresepi.com. Tapi kak z ubah mengikut kesesuaian. Arwah ayah dan mak suka sangat kuih. Jika diaorang masih ada lagi mesti terharu dengan kak z. Tak pernah kak z buat kuih macam ni masa dia orang ada. Biskut atau kek pandai lah. Kakak-kakak kak z kata, ko tu ambil genetik mak terror buat kuih. Godek-godek jadi. Sebab kak z memang tak de bakat duduk dapur. Bila mak dah tak de pandai pulak. Siapa sangkakan. Jomm kak z ajar cara buat seri muka gula merah


Seri Muka Gula Merah


Resepi

Bahan bawah:-

500gm beras pulut
100ml santan
100ml air
1/2 sudu teh garam

Cara:-
1. Rendam pulut semalaman
2. Kukus bersama santan, air dan garam hingga masak
3. Tekan pulut dalam Loyang 10 x 10 ..
4. Sediakan air pengukus dan masukkan pulut yg telah ditekan sementara menunggu bahan atas


Bahan atas:-

150gm tepung beras
50gm tepung gandum
250gm gula pasir
100gm gula merah – masak dahulu
4 biji telur
¼ sudu teh garam
700ml air dari gula merah yang masak terlebih dahulu tadi
300ml santan pekat

Cara:-
1. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus
2. Kemudian buat double boiler hingga bahan ini pekat seperti susu pekat
3. Curahkan bahan ini diatas pulut.
4. Masak hingga bahagian atas menjadi kembang..
5. Potong apabila sejuk.

Seafood BBQ di The Straits Hotel and Suites Melaka


The Straits Hotel and Suites


Duduk di tingkat 23 melihat pemandangan bandar Melaka pada waktu Malam memang indah. Tapi kak z ngeri sebab gayat tempat tinggi. Kali ini kak z hilang gayat sebab dapat makan seafood dengan banyaknya. Kenapa tingkat 23? Sebab The Straits Hotel dan Suites Hotel mengadakan BBQ ini di tepi kolam renang mereka. Kolam renang ini terletak di tingkat 23..senak perut mak tengok bawah. Tapi cantik , jeling sikit-sikit jer..

BBQ diner di sini mempunyai banyak pilihan. Rambang mata kak z nak pilih apa untuk makan. Antaranya ikan bakar, scallop, ketam, udang, ayam dan kambing. Semua ini disediakan oleh Chef Al Araj. Mempunyai 22 tahun pengalaman dalam dunia masakan.. kak z interview dia lah..



Pemandangan Dari Tingkat 23 The Straits Hotel and Suites







Bersama Chef Al Araj



Celop-celop


Celop-celop namanya. Target no.1, selalu makan dengan sos. Tak pernah cuba. Ini pertama kali cuba. Sengal si Z ni. Banyak-banyak makanan celop-celop tak pernah makan. Macam mana nak pernah makan, selalu tengok jual tepi jalan. Ngeri pulak nak cuba. Kali ini bersih baru kak z try. Sedap pulak tu. Next time cuba lagi. Kak z dalam lama memgidam nak makan seafood bbq. Cuma masa tidak meyebelahai kak z. Hari ini baru ada kesempatan. Apa lagi mak makan lah.. habis lagi diet mak.. tak pe esok kita jogging 7 km.

Kak z suka sangat dengan scallop yang disediakan. Dont worry I'm counting my calorie coach Hafiz. Dr Kelvin eating this can effect my Ultherapy? Tak lah..collegen ni. Chef tu bagi akak sepinggan grill scallop .Kak z datang dengan Mummy Julia, dua-dua kira calorie. Last-last hentam jer labu, makanan sedap depan mata. Lepas ni kita workout lah.




Perlbagai Pilihan Ikan Untuk Di Bakar The Straits Hotel and Suites



Kupang di The Straits Hotel and Suites



Ketam dan Lamb The Straits Hotel and Suites


Ikan di bakar @ The Straits Hotel and Suites


















Melaka terkenal dengan asam pedas pun ada di hidangkan dengan nasi. Boleh di pilih untuk makan dengan lain-lain. Lepas makan semua baru kak z jumpa appertizer . Sedih perut dah penuh. Tapi tak pe kak z tunjuk kat korang ada apa. Maybe uols can get some idea what to eat while you were there. Sebelah appertizer ada deserts. Nyum nyum..mencabar iman aku. Mak makan ketidak? Makan benda sedap. Rugi tak makan. Terbang ke laut Selat Melaka diet. Sebab dah makan benda benda alaah ni..hiii














Makan tak banyak pun. Share dengan Mummy Julia. Kami berdua makan sampai kenyang. Sambil tu bercerita pasal anak. Dia 2 anak lelaki. Kak z ada 4 anak lelaki. Teringat mak makan sedap anak kat rumah. Apa pun thank you The Straits Hotel and Suites Melaka. Sedap makanan yang uols hidangkan. Next time kak z datang lagi. Untuk makan Bbq seafood di The Straits Hotel dan Suites Melaka. Boleh buat tempahan di talian 06 2898555. Harga untuk dewasa RM50.00 nett dan kanak-kanak RM25.00 nett. Makan sampai kenyang.

Ok bai