19 November 2016

SENJA DI PANTAI PUTERI



Senja meremang? Apa itu? Senja meremang ialah waktu hendak azan Maghrib. Waktu ni syaitan suka merayau. Sebelum di rembat oleh azan yang bakal berkumandang.



Kak Z lalu di Pantai Puteri Melaka hendak membeli makan malam untuk anak-anak. Lalu di tepi pantai nampak matahari hendak tenggelam. Parking kereta dulu. Dalam masa hendak turun matahari sudah hilang di sebalik awan. Kalau tidak cantik sungguh wajah matahari...hiii



Tidak mengapalah..sekarang joom makan roti john Barakat. Dari harga RM3.00 di zaman 80an.. sampai lah harga RM4.80, roti john Barakat tetap pilihan hati.

Ok bai

KHASIAT DAUN KESUM UNTUK BADAN TERUTAMA RAHIM WANITA




Daum kesum sedap kalau masuk dalam lauk asam pedas. Betul tak? Asam laksa tidak akan sempurna kalau tidak ada keharuman daun kesum. Betul tak? Daum kesum bukan sahaja untuk di gunakan dalam masakan. Tetapi boleh juga digunakan untuk kesihatan tubuh dan kesegaran wanita.

Mana Kak Z dapat sumber ini? Dapat dari kawan-kawan yang lebih berpengalaman dari Kak Z. Kak Z dah cuba sungguh. Tubuh lebih rasa segar. Perut Kak Z dah tak berangin lagi. Ringan sangat selapas minum air rebusan daun kesum

Cara:-

Ambil segenggam daum kesum masak dengan 2 cawan air. Masak sehingga menjadi 1 cawan air. Kemudian sejukkan dan minum.  Warna daun akan menjadi seperti kuning teh O. Amalkan seminggu sekali atau 2 kali.

Khasiat:-

Yang Kak Z belajar ialah boleh menaikkan dan menguatkan rahim. Daun kesum juga boleh membuang angin di dalam perut. 

Pengenalan Pokok kesum(Polygonum minus) berasal dari Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembap dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga kawasan di keliling rumah kampong.Nama lain bagi kesum adalah Chinese knotweed dan Vietnamese Mint (Inggeris). Kesum merupakan tanaman herba renek, lampai dan

Khasiat Pokok Kesum dari MR google

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Kesum yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti kalsium dan fosforus., kaya dengan beta karotena, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin, mengubati masalah penghadaman, Pokok kesum, Polygonum minus, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium.

Selamat mencuba

BAKUL SIA...TRADISI MELAKA ISI BUAH TANGAN



Bakul Sia merupakan bakul yang sering dibawa bersama ke majlis perkahwinan bagi mengisi buah tangan untuk tuan rumah bukan saja bagi masyarakat Nyonya Peranakan bahkan juga bagi masyarakat Melayu Melaka. Bakul Sia terdiri daripada beberapa saiz serta beberapa tingkat. Harga setiap satunya bergantung kepada saiz serta tingkatnya. Bakul Sia sesuai dijadikan sebagai cenderahati, hantaran, hiasan serta hamper.

Bakul Sia kebiasaannya diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit. Masyarakat umum di Melaka menggunakan bakul ini untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah.

Ia terdiri daripada beras, daging, kain, kuih muih dan sebagainya sehingga ia menjadi salah satu daripada bahan yang dilihat semasa upacara perkahwinan. Bakul Sia mempunyai satu tingkat hingga ke beberapa tingkat. Corak hiasan dan besarnya bakul ini bergantung kepada kemampuan dan tujuan seperti mana yang dikehendaki oleh pemiliknya.

Masa Kak Z berumur 7 tahun, kakak sulung kahwin. Masa keluarga lelaki hendak balik selepas majlis perkahwinan, majlis bertukar buah tangan. Waktu tu Kak Z tak berapa nak faham. Arwah mak isi makanan dan kuih muih dalam bakul Sia atau baba nyonya panggil bakul Siah. Bila bertandang ke rumah lelaki mereka memulangkan bakul tersebut dengan di isi makanan dan kuih muih juga. Bila Kak Z dah besar dan faham ada abang dan kakak yang kahwin juga buat cara yang sama. Rupanya memang itu tradisi orang Melaka. Di rumah Kak Z sendiri ada 2 biji. Kalau jual korang rasa berapa ribu. Mana boleh jual.. Arwah mak beli tu.

Bakul ini pada asalnya telah dibawa ke Melaka pada zaman Puteri Hang Li Po. Banyak digunakan dalam kehidupan golongan Baba dan Nyonya Melaka. Sesetengah kampung di daerah Alor Gajah masih menggunakan sehingga kini. Ianya juga digunakan oleh golongan Melayu di daerah Alor Gajah dan Tampin untuk membawa barang-barang pemberian perkahwinan untuk tuan rumah yang menjalankan majlis perkahwinan atau pun kenduri seperti gula, telur dan sebagainya. Setelah majlis tamat, tuan rumah akan mengisi bakul ini dengan bekalan seperti nasi minyak, kuih dan sebagainya sebagai bekal untuk dibawa pulang. Pembuatannya yang agak sukar dan teliti menyebabkan hatganya agak mahal. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit mengikut saiz dan hiasan.

ok bai


SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...