Rancang cuti sekolah kali ini hendak ke Bangkok menaiki keretapi. Rancangan tinggal angan-angan. Sebab anak-anak ada aktiviti lain. Macam mana pun kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Cuti dalam negeri sahaja lah anak-anak. Dalam seminggu 4 hotel kami tidur. Syiok sungguh. Mula-mula A Famosa Resort, kemudian di The Straits Hotel and Suites. Kali ini di Ramada Plaza Melaka.
Kak Z dah banyak kali ke hotel ini atas urusan kerja. Tapi tidak bermalam. Bila budak-budak cuti sekolah apa lagi bermalamlah disini. Hotel Ramada Plaza Melaka adalah hotel 5 bintang yang terkenal di negeri Melaka. Kalau sebut pasal hotel Ramada ramai yang tahu. Bila masuk sahaja kita akan di tegur dengan mesra oleh pertugas hotel.
Lampu hiasan yang cantik. Terpegun Kak Z...
Kami duduk di bilik deluxe. Katil king muat 4 orang. Lagi sorang tidur atas sofa bed. Pastinya abang hakim lah. Si kembar dan adik sukalah. Dengar diaorang cakap. Best lah bilik ini besar. Buka TV tetiba ada nama Azura. Welcome note dari hotel. Rasanya diaorang belum pernah jumpa macam ini. Maknanya korang belum habis buat lawatan hotel-hotel di Malaysia. Lepas ini korang siap-siap, satu Malaya kita jalan.
Semua kelengkap cukup. Selesa dan bersih. Kalau selesa dan bersih orang akan bercakap dimana-mana. Masuk jer anak-anak test katil. Katil pun pass. Best untuk tidur. Kemudian check bilik air. Compom bersih. Air corndition sejuk. Malam boleh tidur yang menyebabkan telajak subuh. Tapi telajak sebab dah set alarm..hii
Anak-anak Kak z, kesukaan diaorang ialah mandi swimming pool. Swimming pool di tingkat 9. Ada kolam dewasa dan ada kolam kanak-kanak. Kak z tidak risau sangat sebab ada lifeguard yang memerhatikan diaorang. Kak z buat kerja dalam hotel. Anak-anak mandi di swimming pool. Boleh Nampak Kg Morten dari kawasan swimming pool ni. Bersih dan luas. Kanak-kanak boleh lari keliling kolam. Setiap hari Ahad, pukul 5.00petang hotel ini mengadakan kelas renang dengan bayaran RM50.00 sebulan. Lepas ini Kak z hendak hantar adik sebab dia tidak pandai berenang. Abang-abang dia tak payah cakap kedalam 9 kaki swimming pool lepas dia orang teroka. Belajar denga Pak ngah masa duduk Kuala Lumpur dulu.
Makanan mudah hendak cari di hotel ini. Sebab ada 3 restoran yang korang boleh pilih untuk makan.
- Restoran Zest
- Long Feng Chinese Causine
- Olio Itali Restaurant
1. Zest Restoran Ramada Plaza Melaka
Di Zest Restoran kita boleh menikmati buffet sarapan pagi, buffet makan tengahari dan buffet makan malam. Anda juga boleh memilih makan secara ala carte. Di restoran ini menyediakan makanan Melayu, Cina, India dan barat. Semua ini disediakan secara segar dari dapur Zest sendiri. Kita puas hati. Boleh makan sampai kenyang.
2. Long Feng Chinese Restorant
Di Long Feng anda boleh makan dim sum. Sedap Dim sum di sini. Dari hari Selasa hingga Jumaat terdapat set dimsum secara ala carte dari pukul 11.00 pagi -2.30 petang. Pada hari Sabtu dan Ahad sarapan dimsum secara buffet. Dari 8.00 pagi -12.00 tengahari. Makan sampai kenyang.
3. Olio Restaurant
Kalau terasa hendak makan Itali boleh ke Olio Restaurant. Di sini anda boleh makan pizza, spaghetti, ravioli atau panacota yang sedap. Semua kak z dah cuba. Bukan cakap mohong. Semua sedap. Bukan sebab buat review. Tapi sebab sedaplah.
Layanan para petugas Marcom, petugas hotel, petugas restoran dan housekeeping semua best. Masa Kak z duduk sanalah. Tapi kalau masa korang datang ada masalah, Kak z minta maaf sebab kak z cakap best, korang kata tak best. Semua ramah menyapa kak z, mungkin sebab dah kenal. Kak z suka hotel ini. Ada juga hotel yang kak z tak suka kalau kak z menginap di hotel itu sana. Tapi kak z tak cerita. Malas nak tulis..hii.
Apa pun terpulang pada pandangan dan pilihan masing-masing. Kak z tulis berdasarkan pengalaman menginap di Ramada Plaza Melaka. Hotel ini memang best sebab mereka betul menjaga quality service dan nama baik hotel.
Untuk maklumat anda boleh menghubungi:-
Ramada Plaza Melaka
Jalan Bendahara
75100 Melaka
Malaysia
Tel +6 06 284 8888.
Untuk tempahan boleh di lakukan secara online http://www.ramadaplazamelaka.com/
Room Price
Premier Room ( without breakfast)
Weekday - RM270.00++
Weekend - RM320.00++
Executive Deluxe (without breakfast)
Weekday - RM320.00++
Weekend - RM3370.00++
Junior Suite ( without breakfast)
Weekday - RM370.00++
Weekend - RM420.00++
Club Room ( with breakfast for 2)
Weekday - RM500.00++
Weekend - RM550.00++
Presidential Suite - untuk tempahan boleh menghubungi pihak hotel untuk keterangan lanjut.
#Sarapan boleh di tambah dengan RM25.00++ seorang.
Zest Restaurant
1.Sarapan Pagi
RM49.00 nett (dewasa)
RM33.00 nett (kanak-Kanak)
2. Buffet Makan Tengahari
RM65.00 nett (dewasa)
RM41.00 nett (kanak-Kanak)
3. 'International' Buffet Makan Malam
RM80.00 nett (dewasa)
RM53.00 nett (kanak-Kanak)
4. Thursday Barbeque Buffet Dinner
RM96.00 nett (dewasa)
RM65.00 nett (kanak-Kanak)
5. Jumaat dan Sabtu Seafood Buffet Dinner
RM108.00 nett (dewasa)
RM65.00 nett (kanak-Kanak)
(Harga termasuk 10% charge perkhidmatan dan 6% GST)
Long Feng Restaurant
1. Weekend Buffet Dim Sum
8.00am-2.30pm
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
RM53.00 nett (dewasa)
RM33.00nett (kanak-kanak)
2. All you Can Eat Dim Sum Set Lunch
8.00am-2.30pm
Setiap hari kecuali Isnin
RM38.00 nett (dewasa)
RM23.00nett (kanak-kanak)
(Harga termasuk 10% charge perkhidmatan dan 6% GST)
Entertainment &Restaurants
- Famosa Lounge
- Zest Restaurant
- Olio Restaurant
- Long Feng Restaurant
- Melaka Garden Poolside
- Sport and Recreations
- Fitness Centre
- Swimming pool
ok bai