28 August 2013

Belajar Buat Roti

Assalamualaikum,

Saya kalau buat rori tak pernah nak jadi yang cantik, gebuss dan sedap.. entah mana silap.. jadi belajar cari silap dimana. selapas pergi belajar buat roti dgn tokey dan cikgu  si Nor Jannah baru tau kat mana kesilapan yg telah dilakukan.. insyallah lepas ni bolehlah selalu tayang rori dekat blog dan FB.... nikmat gambar roti yang saya belajar..
cup bread


Roti Kaya

Roti Kacang

Potong dengan gunting

roti sardine

roti nestum

tokey roti dan cikgu roti..


selamat dengan jayanye...

21 August 2013

Kelas Cheese Cake

Assalamualaikum,

lama sudah tidak buat kelas..  skg saya buka semula kepada yg berminat untuk ikuti kelas saya


kelas yang disediakan

SMS/whatsapp - 017 3556542

17 August 2013

Halwa kulit oren

assalamualaikum

kulit oren adalah sesuatu yang kita tak suka makan sebab pahit. Tapi saya telah jadikan dia sebagi halwa danmanis. apabila kulit ini dijadikan manis sedap di buat air minuman dan buat kek.

halwa oren atas kek

resepi

bahan

2 biji oren
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air

cara

1. oren kopek kulit dan dihiris memanjang
2. rebus kulit oren itu dan biarkan  lebih kurang 5 min dalam air panas
3. tapis buang air rebusan
4. masak air dan gula
5. masukkan kulit oren  dan masak lebih kurang 5 minit
6. biarkan sejuk.


jika hendak membuat hiasan pd kek keluarkan dari air gula. air gula boleh di simpan untuk buat air teh limau. jika mahu membuat minuman campurkan kulit oren tadi dan di buat minuman. kulit oren yang telah di buat halwa ini sedap dimakan begitu sahaja. sebab sudah tidak pahit. kepada peminat kek oren. ambil kulit ini di potong halus-halus dan masukkan kedalam aduan kek. pasti kek kita akan berbau harum. anda juga boleh mencuba dengan kulit lemon. buka sahaja lemon tetapi buat peach dan apricot apple juga boleh di gunakan dengan teknik yang sama

selamat mencuba .. insyallah

Carrot walnut Cakes

Assalamualaikum

Carrot cakes atau kek lobak merah. banyak kali percubaan baru dapat yang sesuai dan sedap. macam-macam resepi yang saya jumpa. resepi ini yang paling mudah dan sedap. bahan-bahan mudah dapat.

selamat mencuba

Carrot Cake

resepi

bahan:-

375gm minyak jagung
150gm gula merah
130gm gula pasir
250 gm tepung kek
150gm carrot parut - perah airnya
100gm walnut - cincang dan bakar sedikit
4 biji kuning telur
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit  serbuk buat keras/nutmeg
secubit  serbuk kayu manis
secubit garam

4 biji putih telur

cara:-
1. ayak tepung, serbuk nutmeg, kayu manis dan soda - ketepikan
2.pukul kuning telur dalam satu bekas
3. masukkan minyak dan gula kacau rata - gunakan senduk shj 
3. masukkan tepung yang diayak dan kacau rata
4. masukkan kacang dan carrot dan kacau lagi
5. dalam satu bekas lain pukul telur putih hingga kembang
6. masukkan telur putih tadi kedalam adunan tepung dan kacau rata.
7. bakar selama 45min dengan suhu 175c /hingga masak..


cheese frosting

bahan

125gm gula icing
250gm cream cheese
60gm butter
1/2 sudu teh jus lemon

cara

1.pukul cream cheese hingga kembang
2. masukkan butter dan pukul lagi
3. masukkan gula dan jus pukul lagi
4. setelah semua sebati bolehlah disapukan atas kek yang telah sejuk


carrot cakes

insyallah


Marble Cheese Cake

Assalamulaikum

Marble Cheese cake. kalau hendak beli kek ini boleh tahan mahalnya. makan sedap so ada baiknye buat sendiri. saya pun jual 1.8kg RM70.00

Marble Cheese Cake


resepi

Bahan:-
1 kg cream cheese
210gm sour cream
300gm gula castor
1 sudu besar perahan lemon
4 biji telur
2 sudu besar coklat pes
250gm biskut digestive dikisar halus
3 sudu besar butter cairkan

untuk kilatan

1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan air 

masak hingga pekat

cara:-

1. biskut dan butter cair gaul bersama dan ditekan kedalam acuan kek
2. pukul cream cheese hingga kembang
3. masukkan sour cream
4. masukkan telur satu persatu
5. masukkan perahan limau.
6. pukul lagi hingga rata.
7. ambil aduan tadi sebanyak 3 sudu besar dan campur bersama  coklat pes
8. aduan putih masuk kedalam acuan
9. aduan coklat tadi di buat corak atas aduan putih
10 bakar hingga masak lebih kurang 1 jam dgn api 170c/kembang
11. untuk berkilat  sapukan gula yang telah dimasak tadi

selamat mencuba


Cara lauk

assalamualaikum..

cara lauk mudah nak buat.. sedap lemak..

cara lauk

resepi

bahan inti:-
250gm daging hancur/ ayam 
3 sudu besar rempah kari daging
1 ulas bawang besar
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula
minyak masak untuk menumis

cara
1. tumis bawang besar yang di hiris halus
2. masukkan  serbuk kari dan goreng hingga wangi
3. masukkan daging dan goreng hingga garing
4. masukkan garam dan gula

Bahan tepung:-
450 gm tepung gandum
200gm santan pekat
1/4 sudu teh garam 
1/2 sudu teh pewarna kuning
1 biji telur
700ml air
sedikit minyak untuk disapu pada acuan

Hiasan
daun sup - hiris halus
cili merah - hiris halus



cara:-
1. bancuh semua bahan dan blander
2. tapis
3. acuan kuih cara panaskan dan disapu dgn minyak
4. biarkan panas hingga berasap
5. masukkan bancuhan tepung dan isikan dengan inti, tabuskan cili dan daun bawang
6. tutup bahan tadi lebih kurang 5-7 min buka dan keluarkan
7. ulang hingga habis. adunan ini kita boleh dapat lebih kurang 45-50 biji kuih.

selamat mencuba



Hari jadi ke-13 thn

Assalamualaikum..

16 August 2013.. my eldest  birthday.. wonderful thing he request me to bake cake for him. He want marble cheese cake, chicken chop and potato with cheezy. when it come to cheese everybody in this house love it. yogurt, cheese and milk.

Ahmad Hakim bin Ahmad Khairulddin 

as a mom i took this oppurtunity to wish him happy 13th birthday.. mummy love you so much. 

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO MY BABY..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU






Kerabu Sotong

Assalamulaikum,

 kerabu mangga, kerabu betik, kerabu pucuk paku... tapi saya buat kerabu sotong.. sedap

wajah kerabu sotong ku

resepi

bahan:-
400gm sotong -  bersih dan rebus sebentar
2 biji limau nipis
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
5 biji cili padi
1 ulas bawang besar
1 biji tomato
100gm daun ketumbar

cara:-
1. potong sotong mengikut citarasa
2. bawang, daub ketumbar, tomato buang biji dan cili padi di hiris
3. limau nipis dia ambil air perahan
4. gaul semua bahan
5. kalau kurang garam dan gula boleh tambah..

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...