24 April 2013

Japanese cheese cake

Assalamualaikum

Dalam sibuk menghidangkan makan malam anak-anak... ternampak cheedar cheese dlm peti sejuk. anak dar minggu lepas minta cheese cake. tapi kesempatan untuk ke kedai bahan bakery tak sempat. susu, telur dan cheese ada masaklah ' jepang singkong kek' - japanesse cheese cake la.. senang nak buat tapi klu takde mixer jgn bercita-cita tinggi nak buat.. melainkan ada pemukul bahulu zaman dulu2 blh.. sbb kena pukul telur sampai betul2 kembang..bahannye murah. Cost RM15.00 all of you can get RM40.00 punya cake.. patut cuba.


old type whisk - pemukul telur lama

saya punya warna merah....jgn jealos.. 
mixer ini mudah saya guna kalau buat kek dlm qty rendah

Ini pun saya ada klu buat kek dlm qty yg byk


kek yang saya masak

Japanese cheese cake


Bahan A
6 keping cheedar cheese
50 gram butter
100 ml susu segar

Bahan B
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60 gram tepung kek/tepung superfine
20 gram tepung jagung
½ sudu kecil esen vanilla

Bahan C
140 gram gula kastor
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon

Cara membuatnya
1
1   1.       Cairkan cream cheese,butter dan susu segar menggunakan kaedah double boil.  Jangan berketul.  kalau berketul tapis. Saya mengunakan cheedar  kerana texture tidak mudah berketul seperti cream cheese. Bila dah cair,sejukkan.
2.       Kemudian masukkan bahan B - tepung superfine, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cheese tadi. Gaul sebati.
3.       Dalam bekas lain, pukul putih telur dan jus lemon pukulsehingga berbuih(pastikan peralatan seperti mangkuk dan mixer dlm keadaan kering dan tidak berminyak,jgn ada kuning telur sikit pun dlm putih telur)
4.       Kemudian tambahkan gula kastor dan pukul lagi sehingga bila diangkat mixer hujung tajam.
5.       Campurkan Bahan A n B tadi ke dalam Bahan C  yg dah gebu teknik kaup dan kacau perlahan hingga sebati
6.       Loyang digris bahagian bawah dan di salut dgn baking paper di bahagian tepi
7.       Tuang adunan ke dalam loyang. Kemudian letak loyang yg mengandungi adunan kek ke dalam satu lagi loyang yg lebih besar dan tuang air panas ke dalam loyang besar(kaedah double boil)
8.       Bakar dalam oven selama 45 min suhu 180'c api atas bawah(bergantung pada oven masing2)




SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...