05 June 2016

Nuts About Coconuts

Nuts about coconuts sebenarnya ice cream yang di buat dari santan kelapa. Kak Z cuba ice cream ini di Dataran Pahlawan, Melaka. Dia bagi test terus terpikat dengan rasanya. Anak-anak Kak z pun suka.


Apa yang menyebabkan ice cream ini sedap ialah rasa santan, lemak dan tidak berapa manis. Kak z memilih perasa asli. Ada juga perasa lain. Tak ingat perasa apa, nanti Kak z cuba lagi. Sebab pertama kali cubakan. Jakun pulak..hii



Korang kalau nak cuba ice cream ini, kedai di ground floor Dataran Pahlawan, Melaka. Betul di kawasan air terjun. Tengok gambar Kak z, korang mesti akan nampak tanda kedai Nuts About Coco Nuts

Ok bai

Media Networking Dinner.. The Straits Hotel and Suites


The Straits Hotel and Suites Melaka adalah sebuah hotel yang diuruskan dibawah Topotels. yang telah menyambut Ulang Tahunnya yang pertama pada 29 Mei 2016 yang lepas. Selain itu juga Topotels juga telah memenangi Anugerah Indonesia Travel and Tourism Award bagi tahun 2015/2016. Antara hotel dibawah Topotels adalah :


  1.  Ramada Encore Bali Seminyak operated by Topotels ( Bali Indonesia)
  2.  Maison at C by Renotel ( Bali, Indonesia)
  3. Paragon Ayola Bali Seminyak ( Bali Indonesia )
  4. Vio Hotels – Bandung ( Bandung Indonesia)
  5. Ivory by Ayola – Bandung ( Bandung Indonesia)
  6. Jadul Adarapura by Renotel ( Bandung, Inodnesia)
  7. Regata Hotel managed by Topotels ( Bandung, Indonesia)
  8. Odua Bekasi Hotel ( Bekasi , Indonesia )
  9. Treva International by Ayola ( Jakarta , Indonesia)
  10. Aruna Senggigi managed by Topotels
  11. Le Polonia Hotel & Convention ( Medan Indonesia)
  12. The Straits Hotel & Suites managed by Topotels – Malaysia ( Melaka , Malaysia)
  13. Adimulia Hotel managed by Topotels.( Medan , Indonesia)


Malahan Topotels juga akan membuka beberapa lagi cawangan Hotel di Indonesia dan juga Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel-hotel dibawah Topotels boleh terus ke website http://www.topotels.com/






The Straits Hotel and Suites terletak di kawasan yang telah di iktiraf oleh Unesco sebagai tempat bersejarah di dunia. Contohnya  A Famosa, Istana Melaka, Sungai Melaka, Jonker Walker dan Bangunan Stadhuys. Kak Z telah di jemput oleh pihak Straits dan Topotels telah mengadakan " Media Networking Dinner " bagi merapakan hubungan pihak hotel dan juga media yang lain. Antara yang turut hadir adalah Majalah Aroma, Santai Travel, Harian Metro, Utusan Malaysia , Sinar Harian, Melaka Hari Ini , Lifestyle & Travel Blogger dan lain-lain lagi media. Ini bertujuan pada merapatkan hubungan sesama media dan menjaga hubungan baik antara Media dan Topotels.






Makan malam ini telah di adakan di Sidepools Hotel, tingkat 23, The Straits Hotel and Suites. Dari atas ini melihat keindahan Bandar Melaka Waktu Malam, dan laut Selat Melaka di waktu senja. Para tetamu yang hadir boleh menikmati makanan dengan tenang di tepi kolam renang yang berwarna biru. Di sebabkan ketenangan itu Kak Z, Mummy Julia dan AK editor Majalah Santai berborak sampai majlis habis. Jadi hanya kami bertiga sempat bergambar. Malam tersebut Kak z memenangi hadiah Lucky Draw, bermalam semalam di Strait Hotel dan Suites, Melaka. Pasti anak-anak suka sebab swimming pools yang best. Terima kasih The Straits.

Kak z mengucapkan terima kasih kepada The Straits Hotel and Suites kerana menjemput kak Z dari majalah Aroma dan juga blogger ke 'Media Networking Dinner ini. Semoga hubungan antara Media dan The Straits Hotel dan Suites akan berjalan lebih meriah selepas ini.

ok bai

noted: Thank you mummy Julia for some of the picture



Golfer's Terrace A Famosa...Buffet Makan Malam Ramadan


A Famosa Resort menawarkan tempat makan, percutian, hotel, water park, golf dan safari. A Famosa  Resort terletak di Simpang Ampat, Melaka Jika anda mengunakan highway PLUS dari Kuala Lumpur atau Johor masuk di toll Simpang Ampat Dari sana 10 min ke A Famosa.

Bulan ramadhan A Famosa menawarkan Buffet ramadhan. Harga berpatutan dan pelbagai jenis makanan. Golfer Terrace luas dan boleh memuatkan 200 orang untuk satu-satu masa. Anda boleh memilih untuk duduk di kawasan merokok atau tidak. Kawasan meletak keretya juga luas dan mudah. berdekatan dengan cafe.



Buffet Iftar Ramadan Golfer Terrace Coffee House

A Famosa Resort 



Tema Arab ' Aladdin' menyambut kedatangan Tetamu

Tahun  ini A Famosa Resort menyediakan lebih 100 juadah untuk bulan Ramadan bertemakan 'Arab'. Semua makanan di sini menarik. Bermula dengan manisan pembuka selera. ada juga kambing Golek dan kambing bakar. 







Pengunjung disajikan dengan pembuka selera seperti rojak buah dan pelbagai jenis jeruk. Ada juga ulam-ulam, pecal Parit Jawa dan Kerabu ayam berulam keledek. Bagi peminat sambal pula macam-macam jenis sambal di hidangkan. Sambal tempoyak, sambal cincalok, sambal kicap pedas dan kesukaan ramai sambal mangga pedas.





Menu utama Ramadan ini ialah 'Homemade Fusion Bread Conter' yang menyediakan pelbagai jenis roti seperti ' Assorted Bread Loaves & Rolls', 'Grissin Stick & Lavash', 'Sticky Rice with Rendang Bread', 'Serunding bRead', 'Dates Rolls', dan 'Curry Sesame Bread'. Jika anda ingin makan pizza ada bahagian pizza yang disediakan. Pelbagai jenis pizza dia nataranya ialah ' Seafood Percik Pizza', 'Beef Rendang Pizza', 'Chicken Satay Pizza' dan 'Masala Veggie & Seafood Pizza'. Menu barat pula ialah 'Assorted Pasta with Carbonara', Arrabita' dan 'Napolita'.


Pengemar masakan secara bakar atau panggang, boleh menikmati otak-otak, kambing golek, 'Lamb Chop', 'Charcoal Grilled Chicken', satay dan macam-macam jenis pilhan makanan laut. Bagi yang ingin mencuba masakan India, anda boleh mencuba 'Chicken Manja Kolimba', 'Mee Kolumba', 'Baigan Bhartha'. dan  dhall.













Pengunjung juga boleh menikmati hidangan kampung ' Tradisional Kampung Cuisine' seperti Nasi Tumis Kari, Ketam Kari Kandar, Ayam Rendnag Minang Hijau, Satong Kolio, Nangka Masak Lemak Cili Padi dan Kambing Pedas Lada Hitam. 









Semua makanan di sini membuat anda rambang mata. Jika anda ingin membuat tempahan, boleh mendapat maklumat di bawah:-

Iftar Bufet Makan Malam
Tarikh : 6 Jun-5 Julai 2016Masa : 6.30 petang -10.00 malamLokasi : Golfer's Terrace , Club House

Harga Promosi ( Tempahan Awal sebelum 10 Jun 2016)RM 48 Dewasa RM 38 kanak-kanak
Harga BiasaRM 68 Dewasa RM 48 Kanak-kanak
Tempahan Awal ( 5 hari sebelum tarikh datang)

Golfer's Terrace  ext 88865Isnin -Ahad ( 10 pg-6 ptg)
Tel no : 06-552 0888


Website : www.afamosa.comAlamat : Jalan Kemus , Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah , Melaka


ok bai

Estadia Hotel Melaka.. Menikmati Masakan Baba Nyonya Melaka

Baba Nyonya memang terkenal di negeri Melaka. Asal Baba Nyonya dari negara China. Dulu-dulukan Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan. Negara yang menjalinkan hubungan dengan Melaka ialah China, India, Arab dan negara barat. Kalau datang di Melaka anda boleh keliru. Muka Melayu tapi Eurasian. Muka Cina tapi Melayu, pakai kebaya.. muka India itu lah Chetti. Ambil contoh Kak z.. muka sahaja Cina.. tapi cakap minang. Tak ker korang pelik. Baba nyonya ialah perkahwinan campur masyarakat tempat dengan orang Cina. Itu yang mewujudkan kaum Baba Nyonya.


 Restoran Makan Nyonya, Estadia Hotel


Kalau datang ke Melaka, para pelancong akan mencari tempat makan yang sedap. Contoh ikan bakar Duyung, ikan bakar Umbai, ikan bakar Perkampungan Portugese, coconut shake Klebang atau Jonker Street.


Bakul sia atau mangkuk tingkat Baba Nyonya

Tapi macam mana hendak mendapat masakan Baba Nyonya? Korang cuba masakan Baba Nyonya di Restoran Makan Nyonya, Estadia Hotel Melaka. Di sini korang boleh mencuba pelbagai masakan Baba Nyonya yang halal dan sedap.



Estadia Hotel terletak di tengah Bandar Melaka. Hotel ini bercirikan boutique hotel. Dekorasi dalam hotek ini sangat unik kerana rekaan dalaman peranakan. Ada mempunyai ukiran Baba Nyonya yang menarik. Bila masuk sahaja restoran Makan Nyonya ini, Kak z rasa tenang. Sebab cahaya yang masuk dari kiri dan kanan menerangi seluruh hotel tanpa memerlukan cahaya lampu yang banyak.



Tiffin @ mangkuk tingkat

Banyak tiffin atau mangkuk tingkat yang cantik menghiasi restoran ini. Memang macam rumah Baba Nyonya. Tenang sangat. Sebenarnya Kak Z datang hotel ini hendak cuba 'Young Manggo Juice'. Ini AK, editor Majalah Santai punya pasal lah ni sebab bagitau Kak z jus ni sedap. Terus anak tekak kat momee jom. Sungguh sedap. Sampai sahaja di sini sudah rasa tenang. Bila dapat minum jus yang sedap tu lagi lah rasa tenang.


Young Mango Juice



Boleh pulak terjumpa dengan Executive Chef dia, apalagi Kak z tawarkan untuk masuk dalam Majalah Aroma. Bagi memperkenalkan masakan Baba Nyonya. Luas tapak tangan lagi luas tangan Chef terbuka untuk tawaran Kak z. Jadi dia pun menjemput Kak z mencuba menu baru restoran ini. Apa lagi kita cuba lah. Masakan Baba Nyonya adalah campuran masakan Cina, Melayu dan India. Ada kari, masak lemak dan sup. Ini yang menarik pasal negeri Melaka. Banyak kahwin campur, masakan pun bercampur-campur. Jom kita tengok masakan peranakan ini


Nyonya Pie Tie - RM18.00


Mixed Satay - RM22.00


Fish maw Soup -RM25.00


Ayam Pongteh -RM25.00


Nyonya Fish head Curry -RM75.00 (seluruh kepala ikan)


Crispy Baby Crab -RM32.00


Udang Masak Lemak - RM35.00


Rosted Lamb Stuffes with Chinese Bun - RM35.00


Bubur Cha Cha -RM12.00

Semua makanan ini baru di perkenalkan sebagai makanan A La Carte. Hidangan ini boleh di dapati di Restoran Makan Nyonya Estadia Melaka, dari pukul 11.00pagi-11.00pm. Restoran Makan Nyonya sedang mengadakan promosi menu baru, kepada mereka yang memilih menu ini akan di beri sup pilihan Chef dari 5hb Jun - 5 hb Julai 2016.

Sempena Ramadan, Restoran Makan Nyonya memperkenalkan Makan Malam Juadah Citarasa Beraneka. Pelbagai hidangan dari masakan Melayu dan Baba Nyonya. Estadia Hotel memberi tawaran menarik dengan menempah tempat untuk 5 orang akan mendapat 1 tempat percuma untuk menikmati Juadah ini. Juadah ini bermula dari 10hb Jun 2016 - 3hb Julai 2016. Harga ialah RM65.00. Untuk tempahan boleh hubungi 06- 2279600




Tempat:
Restoran Makan Nyonya, Estadia Hotel Melaka


Promosi:
Makan Malam Juadah Beraneka Citarasa 


Tarikh:
10hb Jun 2016 - 3hb Julai 2016


Harga:RM65.00 untuk dewasaRM38.00 untuk kanak-kanak. 


Untuk tempahan boleh hubungi 06- 2279600

Link:
http://estadiahotel.com




Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...