27 May 2014

Chicken Meatloaf Toast

Assalamualaikum

Mulakan hari ini dengan chicken meatloaf toast. Mudah dan budak2 pasti suka..hakak pun suka


CHICKEN MEATLOAF TOAST

RESEPI

BAHAN

2 keping roti sandwich - dlm ni akak guna roti gardenia.
1 keping cheese cheddar
1 keping chicken meatloaf
1 biji telur
bread crumb


2 KEPING ROTI


1 KEPING CHEESE CHEDDAR


1 KEPING CHICKEN MEATLOAF


1 BIJI TELUR



BREADCRUMB


CARA STEP BY STEP:-


1. SATU KEPING ROTI


2. TUTUP DENGAN MEATLOAF


3. TUTUP MEATLOAF DENGAN CHEESE 
DAN
 TUTUP  DENGAN SEKEPING LAGI ROTI





4. SALUTKAN DENGAN TELUR


5. SALUTKAN DENGAN BREADCRUMB

6. GORENG DALAM MINYAK YANG PANAS
JANGAN LUPA BALIKKAN HINGGA KEKUNINGAN


7. SUDAH SIAP DI GORENG


8. POTONG 2 HIDANG DAN NGAPPP



Ok bai






26 May 2014

Coklat murah yang di import - ader sijil halal ker?

Assalamualaikum

ramai betul org meroyan pasal cadbury.. sana sini pasal CADBURY
nak saman pun ader..

ok tutup citer pasal cadbury

dari kita meroyan lebih2...apa kata suruh JAKIM buat ujian pada coklat2 murah yg berada di pasaran..

di jual kat kedai runcit, kedai pinggir sekolah, di jual di kedai makan.. adaer ker..? ader lah tu sebab sebut..korang ni buat2 tanya lak..

anak2 kiter beli.. di import dari indon, china, vietnam..paling klise import dari CHINA.. hokey..

korang sedar tak mini pizza jelly .. mini hot dog jelly..oat yang korang cbuk2 tu made frm where? from where.. frm oberseaaaa
(termasuk haku pun dah ngap ...jadi baje pun)..

TOLONG HENTIKAN IMPORT COKLAT2 MURAH INI...so please take it serius..!!

banyak kali dah di siarkan.. tapi ader ker org ambil kisah..

taaakkkk.. (termasuk ie.. yea ker? idak idak idak...hakak kisah... kalau salah makan hilang hafazan anak hakak tau)

hakak nak share dengan korang sbb hakak pun ada anak2 yg suker sgt lah makan coklat.. yg dah jadi baja tu nak buat camner..skg kena lah lebih berwaspada..

walhal haku sangat2 berwaspada tapi terjebak jugak..huuuu

ok bai

24 May 2014

Kek Pisang - Step By Step

Assalamualaikum

Kek pisang

Resepi ini boleh dapat 2 biji loyang saiz 8 x 8.. ini adalah bertujuan untuk komercial atau buat dalam quantity yang banyak. saya belajar dengan Auntie Hasma Noor.. thank you auntie everybody can share this recipe..

Kek pisang 

bahan:-

A
200gm butter
200gm marjerin
1 sudu makan ovellete
450gm gula custor(gula pasir biasa pun boleh)
1/4 sudu teh garam

B
7 biji telur A = 450gm(tak pernah timbang pooonn)

C
500gm pisang (timbang selepas buang kulit jika tidak berat kulit je nanti)
2 sudu teh esen pisang
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 sudu makan glycerine - kek kita akan moist guna bahan ini
(kisar semua bahan ni)

D
550gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
4 sudu teh baking powder
3 sudu makan tepung susu
(ayak semua bahan ni)


cara:-

1. Pukul bahan A sampai gebu.. masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan bahan C dlm A + B
3. Masukkan bahan D sedikit demi sedikit hingga rata
4.Bakar hingga masak...

petua kek ni akan mudah hangus jika dijaga apinya..

step by step



pisang yang telah di kisar.. jangan mengunakan air


Esen pisang. saya guna tesco sahaja bau tetap sama . Ada juga brand star
.#abaikan wajah hodohku


Glyceline 
Wajib guna tujuan untuk melembabkan kek dan beli di kedai bahan bakery supermarket takder
 - .#abaikan wajah hodohku


gula castor


butter + marjerin.. ikut suka.. 
klu nak semua butter pun boleh atau nak semua marjerin pun boleh



garam halus. warning jangan garam kasar


ovellete


telur grade A.. atau 450gm


Esen Vanilla.. hudoh botol.#abaikan wajah hodohku


Tepung gandum + soda + baking powder
tepung gandum jenis apa pun boleh.. jangan guna self raising flour atau high protien sudah



Ini sesudah Dipukul - loyang 8 x 8 bekas  = 1000gm
cantikkan



Dah jadi.. tapi merekah sikit atas sbb telur tak pukul lama

kek boleh di jual dgn harga RM18.00 sebiji..kalau suka boleh campur walnut

ok bai




Air jus lemon

Assalamualaikum



Setiap pagi saya mengamalkan minum air jus lemon. saya akan membuat jus lemon sendiri. bukan beli jus yang siap yer.. sebab mudah sangat untuk dibuat

Resepi
1 biji lemon
1 sudu teh gula
1 cawan air suam

cara

1. kacau gula dan air hingga gula larut
2. perahkan jus lemon dan campurkan dengan air tadi
3.minum perlahan




Apabila saya mengamalkan minuman ini saya rasa lega, ringan badan dan sistem perkumuhan saya menjadi mudah..

10 manfaat yang boleh kita dapat dari air perahan jus lemon:

1 . Sumber Vitamin dan Mineral:

Telah diketahui bahawa buah kuning ini adalah sumber kaya Vitamin C yang dikenali sebagai anti -oksida , anti -bakteria dan juga membantu dalam membangunkan sistem imun, Vitamin B yang adalah untuk pengeluaran tenaga, Riboflavin membantu dalam pertumbuhan, pembaikan dan pembangunan bersama-sama dengan tisu mineral seperti kalsium , magnesium dan fosforus yang membantu dalam menambah kekuatan tulang dan gigi. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Lemon kaya akan vitamin C dan kalium . Vitamin C sangat bagus untuk mengatasi selsema dan kalium bekerja merangsang fungsi otak & saraf yang membantu mengawal tekanan darah .

2 . Mengimbangi pH

Lemon adalah makanan yang bersifat asam , padahal tubuh yang sihat bersifat basa (basa adalah senyawa kimia yang menyerap ion hydronium ketika dilarutkan dalam air.Basa adalah lawan (dual) dari asam, iaitu ditujukan untuk unsur/senyawa kimia yang memiliki pH lebih dari 7). Tetapi ketika masuk ke dalam tubuh , lemon akan bersifat basa dan kandungan asid sitrik dalam limau tidak mencipta keasidan dalam metabolisme tubuh . Sehingga pH dalam tubuh anda tetap seimbang dengan mengambil limau

3. Pembersihan Fungsi Hati

Hati adalah organ utama yang menyahtoksin , menghasilkan protein dan bio- bahan kimia yang dikenali sebagai bertanggungjawab untuk pencernaan badan yang betul . Ia telah mendapati bahawa air lemon membantu hati untuk menjalankan segala tanggungjawabnya lebih berkesan kerana ia meningkatkan jumlah enzim yang menyahtoksik hati , selain daripada limau ini dikenali sebagai diuretik yang membantu dalam meningkatkan kadar di mana air kecil berlaku yang akhirnya membersihkan badan.

4 . Membantu Penurunan Berat Badan

Limau mempunyai kandungan serat pektin yang tinggi , yang membuat anda tidak mudah merasa lapar . Oleh kerana itu , limau boleh dijadikan pilihan yang tepat untuk membantu anda menurunkan berat badan .
Terlalu banyak toksin dan bahan buangan di dalam hati akan mempunyai kesan ke atas metabolisme badan yang seterusnya meningkatkan lemak badan. Air limau dikenali untuk membantu hati dalam penghapusan semua bahan buangan juga meningkat lemak badan bagaimanapun lemon perlu disokong oleh diet dan aktiviti fizikal.

5. Membantu Melancarkan Pencernaan

Air hangat berfungsi untuk merangsang saluran pencernaan dan gerak peristaltik dalam dinding usus . Sehingga makanan yang anda makan akan dicernakan dengan baik . Mineral dan vitamin pada lemon juga dapat membantu melonggarkan racun di saluran pencernaan .

6 . Bertindak Sebagai Diuretik Semulajadi

Minum jus lemon akan meningkatkan keinginan untuk buang air kecil . Sehingga racun - racun dalam tubuh akan secepat mungkin dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing dan membuat saluran kencing anda tetap sihat .

7. Membersihkan kulit Menghentikan Kedutan

Lemon dikenali untuk membantu dalam memadam kedutan juga mempunyai penampilan yang lebih baik untuk kulit pada penggunaan biasa. Jika badan mempunyai terlalu banyak toksin maka kulit tidak kelihatan sihat .. air limau boleh menjadikan kulit yang jelas dan berseri. Lemon juga mempunyai asid sitrik yang membantu dalam memerangi jerawat membuat ini salah satu ubat yang paling murah dan paling biasa didapati untuk merawat kedutan dan mendapatkan kulit pada masa yang sama berseri.
Vitamin C dalam lemon boleh membantu mencegah kedutan dan timbulnya noda pada kulit wajah . Sari lemon dapat membersihkan racun dalam darah yang juga boleh meningkatkan keindahan kulit .

8 . Mencegah Dehidrasi

Ketika tubuh anda mengalami dehidrasi , organ tubuh tidak dapat melakukan semua fungsinya dengan optimum sehingga menyebabkan penumpukan racun , stres , sembelit dan masalah kesihatan lain . Lemon mengandungi mineral dalam jumlah yang banyak dan akan membantu anda terhindar dari bahaya dehidrasi .

9. Mencegah Masalah Pernafasan

Air Lemon dikenali untuk merawat sebarang jangkitan dada dan memberhentikan batuk kecil, limaujuga dikenali sebagai Rawatan yang terbaik untuk orang yang menderita asma dan alahan. Lemon juga dikenali untuk merawat nafas berbau dan mana-mana sakit gigi bersama-sama dengan gingivitis disebabkan oleh kadar yang lebih tinggi asid sitrik yang apabila diambil dalam kandungan meningkat akan menyebabkan kemudaratan kepada enamel gigi.

10. Lemon Anti-kanser

Lemon mengandungi 22 sifat-sifat anti-kanser seperti limonine yang melambatkan pertumbuhan tumor

P/S:.Adalah dinasihatkan untuk tidak menggunakan air limau botol kerana kehadiran peningkatan sulphites yang menyebabkan alahan di kalangan beberapa orang....stay fresh! gunakan buah-buahan segar..

Kredit to: Dr. Giena Hadi

p/s ..copy  dari http://supplementsihatsemulajadi.blogspot.com/2014/02/air-lemon-khasiat-minum-air-lemon.html

tq

ok bai


23 May 2014

Pulut Kuning

Assalamualaikum,

pulut kuning .. sedap di makan dengan rendang atau gulai kari ... atau aper sahaja lah.. janji sedap dan kenyang perut


Pulut kuning dan kari ayam


kisah di pulut kuning.. saya tak dapat belajar dari arwah mak macam mana nak buat pulut kuning.. sedihkan anak yatim kematu ni.. tak sempat... dr muda dah duduk asrama.. arwah meninggal masa sy masih buat diploma..

belajar dari internet sahaja.. sbb suka makan. di sebabkan mak dah tak ada.. kakak2 selalu buatkan..adik bongsu..

cara nak buat pulut kuning ni senang jer.. pissttt piisttt pulut muluskan kulit.. tu sebab org makan pulut kulit gebuss... mcm hakak lah.. i kan suker perasan



Pulut Kuning

resepi

1 kg pulut susu 
1/2 sudu teh serbuk kunyit
 1/2 kg santan
1 sudu teh garam halus..

Cara
1. rendam pulut dan kunyit semalaman.. sebelum tu basuh pulut dulu
2. selepas semalaman basuh pulut dan kukus hingga pulut masak
3. santan dan garam di tanak hingga mendidih
4. apabila pulut masak gaulkan santan tadi hingga rata
5. kukus semula lebih kurang 10 minit
6. sedia untuk dimakan

ok bai



22 May 2014

The making of sosej stick bread.. step by step

Assalamualaikum

Mcm mana nak buat sosej dalam cup panjang panjang tu
resepi bun boleh guna mana-mana shj respi bun manis.. atau tengok post hakak yg terdahulu yer




IKUT SETIAP LANGKAH


1. bulat-bulatkan doh - seberat 40-45gm


2. bentukkan bujur


3. panjangkan doh


4. leperkan doh biarkan memanjang 
sepanjang cup panjang


5. masukkan kedalam papercup


6. washkan @ sapukan dengan susu


7. letakkan sosej atas doh tadi dan tekan hingga kedalam



8. letakkan cili sos ikut suka boleh juga letakkan 
blackpapper sos


9. letakkan mayo..klu tak suka pun tak per

10. taburkan basil flake.. 
ada di jual di tesco bahagian rempah ratus mat salleh.. 
harga RM2.99


11. boleh juga letakkan mix vege - tunggu naik/kembang baru bakar hingga kekuningan/masak

Ini yang mengunakan black papper sos

Harga jualan antara RM1.50-RM2.00..ikut suka

selamat mencuba

ok bai


The Making of Croissant

Assalamualaikum..

Pagi ni saya share macam mana nak buat croissant


Croissant


Resepi

Bahan

1 kg tepung protin tinggi                                                                   500ml  air sejuk
10gm garam halus
100gm gula
10gm bread improver
20gm yis
100gm butter
1 biji telur
50gm susu tepung
500gm pastry marjerin....# beli di kedai bahan bakery.. tak der di jual di supermarket  atau kedai biasa dan tolong jangan tanya lagi.. ikut shj perintah.. sbb malas nak jawab


Cara
1.      Gaulkan tepung, garam, gula, improver dan yis
2.      Masukkan telur dan air gaul hingga rata
3.      Masukkan mentaga dan gaul hingga doh terbentuk
4.      Rehatkan selama 10 min
5.      Canaikan doh.. letak pastry margerin dan buat lipatan buku
6.      Rehatkan doh 10 min
7.      Canaikan lagi dan buat  dua kali lipatan buku
8.      Rehatkan doh 10 min selepas itu canaikan doh dan potong       
         untuk membentuk
9.      Biarkan doh kembang selama 30-40 min
10.    Bakar pada suhu 180c selama 20-25 min
11.    teknik melipat doh seperti di bawah


Teknik melipat doh

1. Doh
2. Leperkan doh
3. masukkan pastry marjerin
4. lipat 3-4 kali
5.hasil dari lipatan itu
6. boleh leperkan untuk membentuk




Doh yang telah di leperkan


Potong tiga segi  4 x 9 inci
#tiada berat yang specific



Jangan lupa letak tepung di bawah doh tadi

Sapu kan telur di atas doh dan gulung




boleh buat bentuk seperti ini



atau seperti ini


Di letak atas dulung pembakar dan tunggu naik selama 30min

bakar dengan suhu 160c selama 45min/kekuningan

jual dengan harga RM1.50 - RM2.00
makan dengan suka hati korang lah.. cicah dgn masak lomak pon sodap

Selamat mencuba

p/s utk kelas contact FB: SERIWANI NASRI atau D'DAPUR C'CHANTEQ

ok bai







SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...