Posts

Showing posts from February, 2015

Kek Marble Gebu

Image
assalamualaikum

kek marble gebu..sennag jer nak buat..godek-godek, bakar siap



kek marble gebu ni .. guna resepi kek butter yang simple. bahan2 senang nak cari. kemudian dijanjikan berwarna. teknik dan bahan yang digunakan yang mengjadikan dia gebu jom kita buat

Bahan-bahan yang digunakan


1. pukul butter dan gula. butter perlulah berada di suhu bilik tidak boleh cait masa di pukul.


2. masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi hingga gebu

3. masukkan tepung sedikit demi sedikit


4. pukul lagi hingga gebu jangan takut tektur adunan tidak akan jatuh..lagi lama lagi bagus.. tapi jangan lah lama sangat ok..

5. akhir sekali masukkan esen vanilla dan garam.. pukul sekejap

6. untuk jadikan dia bermarble bahagikan aduanan kepada 4 bahagian 2 bahagian berat 200gm 1 bahagian 100gm dan selebihnya 
yang di tiga diwarnakan ikut suka anda dan 1 bahagian tiada warna

caranya begini.. 1, 2, 3
ok selamat mencuba
ok bai

Tart bunga

Image
assalamualaikum

tart bunga yang sedap.. bila cuti sekolah anak-anak semua ada di rumah... sekejap-sekejap masuk dapur.. mak kena make sure peti ais mesti ada makanan..contoh nudget, sosoej, burget, or french fries.. dia org akan masak sendiri.. mak lupa nak beli stok.. sbb ingatkan supermarket tak tutup.. rupanyer all chinese new year.. to be open on 21st february..

eerrhhhh.. parahh....

alhamdullilah.. tepung, telur, gula butter ada... so kena godek2 leh kat dapur...

si abang dah 4 kali makan nasi.. lauk asam pedas ikan kembung jer..sedap momee...memang asam pedas tak leh larilah dari anak2 ku ini.. masa duk sungai petani karee kareee karee..sini asam  pedas dan masak lemak pedas...

ok mak pun macam boring dan senang diri.. walhal sibuk.. editor dah minta resepi.. sambil menulis sambil buat tart bunga ni...

resepi ni saya olah dari tok guru saya..mana boleh bagi resepi dia.. uols nak minta sendiri...hokey

saya juga buat jualan untuk tart ini...klu berminat nak oder pm di fb :d'Da…

Chicken in the pot

Image
assalamualaikum

today.. hari ini saya nak share buat chicken in the pot...klu pergi Restorant Dome salah satu benda yang saya suka benda ini..itu dulu..sekarang dah tau buat... dome pun tak ku jejak

jom kita buat


chicken in  the pot

resepi:-

4 keping puff pastry jenama kawan..saiz 4 x 4..
100gm isi ayam potong kecil
30gm mix vege
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
secubit serbuk basil
secubit garam
1 sudu teh tepung gandum
1 sudu besar butter
200ml susu segar..
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar yang di hiris
10ml air
sebiji telur


cara:-

1. panaskan butter dan tumiskan bawang putih dan merah hingga naik bau
2. masukkan isi ayam, lada sulah dan serbuk basil
3. bancur air, susu dan tepung
4. tuang kedalam ayam
5. masukkan garam secukup rasa
6. kacau biar pekat dan masuk mix vege
7. biarkan mendidih sebentar..
8. ambil mangkuk seperti dalam gambar atau mangkuk aluminium yang kecil isikan ayam tadi hingga penuh
9. sapukan telur keliling mangkuk dan tutupkan dengan puff pastry
10. sapu …

Kuih Bakar kemboja orang melaka

Image
Assalamualaikum



kuih bakar ni adalah feberot..masa kecik-kecik tunggu sebelah mak nak makan kuih ni.. tiada ukuran tertentu macam sekarang.. masuk-masuk dalam loyang kacau,, kurang tepung, gula, santan tambah aje...telur ambil dari reban belakang rumah.. freshhh..

itu cara arwah mak...zaman dulu tiada oven.. mcm mana dia orang bakar?

pakai kayu api dan sabut kelapa


mak akan potong tin minyak yang besar tu bahagia 3/4 untuk bahagian bawah dan 1/4 untuk penutup
mengunakan kayu api...tong bahagian bawah.. emak akan letak pasir dan panaskan...acuan kuih juga deletak dalam tong tersebut..

1/4 tong tadi dileperkan untuk buat penutup.. atas penutup mak letak bara sabut kelapa...dan tutup tong yang besar

agak dah panas mak akan tuang aduan tepung kedalam tong tersebut.. biarkan masak..lama juga.. lebih kurang 1 jam
macam ni lah hasilnya

lebih kurang macam ni lah hasil kuih bakar mak



i miss that moment..

ok bai


Kuih bakar berlauk

Image
assalamualaikum

resepi saya belajar dengan guru hakak 10 tahun dulu.. hakak buat dan practice untuk mendapatkan yang sedap dan cantik. ikut kesesuain diri kita sendiri. hari ni nak share resepi.. esok boleh cuba..


kuih bakar berlauk
resepi
bahan inti:
500gm daging kisar 2 sudu besar rempah kari daging.. saya suk guna adabi 1 biji bawang besar daun kari gula garam
cara:
1. tumis bawang yang telah di hiris halus 2. masukkan serbuk kari kari dan daun kari kacau hingga naik bau 3. masukkan daging, gula dan garam secukup rasa 4. masak hingga daging garing 5. bila masak ketepikana dan biarkan sejuk
bahan tepung:
500gm tepung gandum 500ml santan 500ml air 4 biji telur 1/4 sudu teh serbuk kunyit 1/2 sudu teh garam 1/4 sudu teh gula 2 sudu besar susu tepung minyak masak

cara:-
1. gaul semua bahan dan kisar 2. tapis dan biarkan selama 1 jam
bahan hiasan
1 biji bawang besar - hiris 3 biji cili merah - hiris daun bawang secukup hiris
cara:-
1. panaskan acuan kuih bakar atas dapur  2. tuangkan 2 s…

Ayam masak merah kampung style

Image
assalmualaikum

ayam masak merah sentiasa di hati...putih-putih melati, merah-merah delima...

ayam masak merah kampung style
resepi
seekor ayam potong 12 1 mangkuk cili boh 3 biji bawang besar 10 ulas bawang putih 5cm halia sebesar ibu jari sebatang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 2 batang serai 5 helai daun limau daun kari 3 biji buah keras gula garam
cara-
1. gaul ayam brsama serbuk kunyit dan garam 2. goreng hingga garing 3. bawang besar, halia dan bawang putih perlu di kisar 4. tumis bunga lawang, kulut kayu manis, daun limau dan daun kari dan serai yang telah di ketuk sedikit 5. biar nak bau dan masukkan bahan kisar 6. biar garing sedikit dan masukkan cili boh 7. masukkan buah keras yang telah di tumbuk halus, gula dan garam secukup rasa dan biar garing sedikit 8. masukkan ayam yang telah di goreng tadi.. kacau hingga rata 9. tutup api dan boleh hidang 
ok bai

Jadual KELAS DANISH DAN PUFF PASTRY Feb-Mac 2015

Image
assalamualaikum


KELAS DANISH DAN PUFF PASTRY tarikh: 28hb februari 2015
tempat: kak Suzana Raman , sg dua penang
yuran: RM280.00
waktu 9.00pagi tarikh : 7hb mac 2015
tempat: Yuslindhia Zamani Talam Johor, kangkar, pulai, johor
yuran RM280.00
waktu 9.00pg tarikh: 4hb april 2015
tempat: kak Eyda Mazlan, kuantan, pahang
yuran :RM280.00
waktu: 9.00pg ok bai

Kuih abok-abok sagu

Image
assalamualaikum


abok-abok sagu
kenapa abok-abok sagu?
kalau kat sungai petani abok-aboknya lain.. sebab lain daerah lain namanya.. kalau sungai petani tepung ghomak itu di panggil abok-abok... kalau tepat hakak inilah abok-abok. oleh kerana itu hakak bagi nama abok-abok sagu senang orang nak kenal
resepinya senang..jom kita buat
resepi:-
300gm sagu 1 cawan gula melaka yang telah di potong halus-halus 1 cawan kelapa parut secubit garam daun pisang secukupnya untuk balutan..daun perlu dilayukan atas api dan potong empat segi
cara:-
1. basuh sagu dan toskan 2. gaulkan dengan kelapa dan garam 3. betukkan daun pisang seperti kon 4.lapisan 1 masukkan agak 1 sudu besar sagu 5. lapisan 2 masukkan gula 1 sudu besar 6. lapisan 3 maukkan 1 1/2 sudu besar sagu 7. tutup sagu tadi dan susun didalam kukus 8. kukus selama 30-40 min 9. boleh dhidangkan
selamat mencuba 
ok bai


Tomyum campur

Image
assalamualaikum,



tom yum campur ni buat sebab kanak-kanak kat rumah ni suka sangat makan.. terutama ayam, udang dan sotong, ada carrot dan bunga kobis
mak lagi lah suka senang nak buat.. cepat..
masak seperiuk pun boleh habis.. tanpa nasi buat macam sup...

hakak tak der specific resepi

tapi boleh juga lah kalau nak cuba

resepi

pes segeera tom yum
10 ekor udang
3  ekor sotong
200gm isi ayam
carot
bunga kobis
halia
bawang besar
serai
daun limau
garam


cara:-

1. masuk semua dalam periuk
2. rebuslah sampai masak

selamat mencuba


ok bai

French toast

Image
assalamualaikum

nama tak hingat.. mat saleh
senang nak buat terutama waktu sarapan yer


french toast
bahan:- 10 keping roti 3 biji telur 100ml susu sedikit garam sedikit lada sulah marjerin 
cara 1. potong roti kepada 2 bahagian 2. pukul telur, susu, garam dan lada sulah 3. panaskan kuali leper dengan 1 sudu besar marjerin 4. celup roti dalam telur dan goreng atas kuali hingga kekuningan
anak-anak selalu bawa bekal kesekolah roti ni.. amak pun suka buat sebab senang
selamat mencuba
ok bai

Masak lemak daging salai dengan belimbing

Image
assalamualaikum

masak lemak daging salai dan buah belimbing..sedap sangat lah anak-anak makan gigih ak diaorang menyalai daging, cari jaring, cari kayu api,..sib baik keliling rumah banyak kayu api...
tengok camne hakak salai daging

salai daging
cari jaring tak der jumpa lah kipas lama tak boleh pakai apa lagi jadi tempat salai daging.. creative tak..bahan2 kebanyakkan ambil keliling rumah.belimbing, serai, kunyit, cili padi kecuali daging beli leeeehhh
korang tengok pokok bunga tu memang musim berbuah.. nak buat apa lepas ni..insyallah sambal hitam kot...puas makan belimbing.. 

pokok belimbing belakang rumah
ini lah namanya berbakti pada tanah.. buah kan hasil lumayan. actually banyak lagi pokok2 sebelum ini.. sbb tuannya dah merantau lebih dari 30 tahun habis gooolll..arwah ayah suka menanam..pokok dokong ada 3 batang, pokok durian, pokok belimbing, limau, mata kucing dan pisang..itu keliling rumah belum gi kebun.. lagi macam2
lauk masak lemak daging salai dan belimbing
bahan daging…

Kuih Koci pulut hitam

Image
assalamualaikum

pagi jumaat sambil menonton awani sambil menulis...air mata berjujuran... alfathiha kepada tuan guru nik aziz nik mat

as promise nak bagi resepi kuih koci

senang aje nak buat. saya pernah buat 2000pcs untuk sebuah majlis. tapi teknik yang saya guna ialah buat dan frozen kan kuih koci tu..

arwah mak pernah cakap kuih koci ni orang takde gigi suka lah.. sbb lembut...gigit dengan gusi jer dah putus....jom buat

kuih koci
resepi
bahan inti
1 biji kelapa parut 250gm gula merah secubit garam 2 helai daun pandan
cara:-
1. panaskan gula merah hingga cair.. 2. masukkan daun pamdam, kelapa dan garam 3. kacau hingga kering 4. bila sejuk bulatkan bulat-bulat dan simpan dalam peti sejuk tujuan mudah untuk kita masuk kedalam tepung nanti
bahan kulit:-
500gm tepung pulut 100gm berat pulut hitam air secukupnya secubit garam
cara:- 1. rebus pulut hitam sehingga lembut..bukan kembang 2. blend pulut hitam hingga hancur 3. masukkan kedalam tepung pulut bersama garam 4. tepung pulut jangan …

Jemput-jemput geragau

Image
assalamualaikum

masa kecil-kecil dulu bila kearah melaka dan musim geragau arwah mak dan ayah pasti akan beli
beli bukan sahaja untuk buat belacan tapi bukan jemput-jemput geragau. kampung limbungan, pantaui kelebang dan pantai tanjung kling@pantai putri ramai orang menangkoi geragau.. tak kira siang atau malam... itu sebab melaka terkenal dengan belacan dan cincaloknya

beli bukan sedikit berkilo. sangat-sangat murah.. sekarang semangkok RM5.00.. sekali buat jemput-jemput habis.


Geragau fresh
hari ni nak share buat jemput-jemput geragau. hakak guna geragau fresh . tapi ada pilihan lain. undang kering yang halus-halus tu tapi kena cuci dan rendam dahulu sampai kembang.
jom kita buat
resepi
200gm geragau basah 500gm tepung gandum 1 sudu teh garam 1 sudu teh cili boh sedikit daun bawang potong halus minyak masak air secukupnya
cara:-
1. gaul semua bahan adunan tidak terlalu keras atau terlalu lembek
2. perap dalam 1/2 jam
3. lepas tu boleh goreng
4. sedap dimakan dengan cili soso


jemput-…

Bahulu Cermai

Image
assalamualaikum



zaman dahulu bahulu melalui process yang susah. sbb tidak ada mixer besar macam sekarang. kalau nak pukul telur kena guna traditional whisk yang besar...contoh di bawah

pemukul telur  untuk bahulu.. pinjam dari mr google

ok hari ini saya nak share buat bahulu senang sangat


resepi

bahan

350gm tepung gandum yang digoreng tanpa minyak dan ayak
400gm gula pasir
10 biji telur

cara

1. pukul telur engan gula hingga kembang speed tinggi
2. masukkan tepung dan pukul perlahan-lahan dengan speed paling rendah
3. pukul hingga rata
4. acuan bahulu perlu di panaskan dalam oven
5. keluarkan dan sapu minyak dan panaskan semula
6. keluarkan dan masukkan aduan hingga 3/4 tinggi acuan tersebut
7. bakar dengan suhu 180c
8. biarkan kekuningan

selamat mencuba

ok bai


Bingka Roti Berlauk

Image
Assalamualaikum

kita share resepi bingka roti berlauk
resepi ni kita belajar kat mr goole jer.
senang dan sedap

 Bingka Roti Berlauk
resepi:-
bahan untuk bingka roti
1 bungkus roti gardenia jumbo bonanza 1 kg santan 5 biji telur 1 sudu teh gula pasir 1 sudu teh garam
cara:- 1. pukul telur 2. campurkan gula, garam dan telur kedalam santan 3. carik-carik roti dan rendamkan roti dalam bahan santan tadi 4.loyang pembakar 10 x 10 perlu dialas dengan aluminium foil supaya bahan tadi melekat dan mudah untuk di basuh 5. masuk semua bahan tadi kedalam loyang yg  telah di alas dengan aluminium foil dan bakar dengan suhu 200c selama 30 min
bahan lauk
1. 500gm daging hancur 2. 3 sudu besar rempah cari daging 3. seulas bawang besar 4. daun kari 5. 1 sudu teh gula 6. 1/2 sudu teh garam..kalau kurang boleh tambah 7. sedikit serbuk perasa 8. minyak masak
cara  1. tumis bawang yang perlu dimayang hingga naik bau dengan minyak masak 2. masukkan daun kari dan serbuk kari kacau hingga sedikit garing 3.…

Kuih Chang

Image
Assalamualaikum

hari ini saya belajar buat kuih chang...
susah nak cari kuih chang orang melayu buat yang halal..
masa kecil2 dulu emak selau beli di pasar kampung jawa melaka
ada seorang makcik ni jual...lepas tu dah tak jumpa lagi sbb pasar pun dah berpindah.. arwah pun dah mula uzur.
ramai orang melaka yang pandai buat kuih ni. sbb ramai peranakan dan mix cina dan melayu. hari ini saya belajar dengan Fb: adidah mak intan . apa lagi Fb: Kak Rahmah ali offer terus belajar.
kak ro kata sedap.. dah tentu kena buat lagi sebab habis.


kuih chang 
bahan asas kuih ni ada pulut, cendawan, telur masin, kekacang dan daging. bungkus dengan daun buluh. kemudian rebus untuk bagi pulut tadi masak.

kalau sesiapa berminat hendak belajr cari Adidah mak intan ok

ok bai