11 June 2013

Seri muka pandan dan daun limau purut

assalamualaikum..

ramai juga pelik dgn seri muka dan daun limau purut bila saya add dlm timeline saya di FB..  sedap. original resepi saya dapat dari auntie hasma noor.. one of my cikgu. masa arwah mak masih buat kuih tradisi ini di akan mengunakan daun limau sebagai tambahan daun pandan.
cuba pasti mau lagi

seri muka pandan dan daun limau purut


Bahan-bahan

A. Bawah

1. 600gm beras pulut

2. 200ml santan

3. 300ml air
4. 1 sudu kecil garam

Cara

1. Pulut di bersihkan dan rendam sekurang-kurangnya 2 jam tapis

2. Masak pulut besama serbuk santan, air dan garam dengan api yang kecil hingga separuh masak

3. Kukus hingga masak.

4. Masak masukkan kedalam Loyang 10 x 10 inci tekan dan ratakan


B. Atas

1. 10 helai daun pandan + 5 helai daun limau purut  blend bersama 500 ml air jadikan 800ml

2. 300ml santan

3. 4 biji telur (A)

4. 300gm gula

5. 200gm tepung gandum

6. ½ sudu kecil garam

7. ½ sudu pewarna hijau

Cara

1. Pukul telur dan gula

2. Masukkan santan, tepung, garam dan pewarna kacau rata dan tapis.

3. Panas periuk disisi air hingga mendidih

4. Double boiler bahan tadi hingga berkilat

5. Masukkan bahan ini diatas pulut dan kukus selama 20-30min