18 April 2016

Tidak suka terbang..tapi gedik nak pergi jalan



Tahun lepas terbang sana sini. Tahun ni belum lagi. Korang nak tahu tak kak z penakut sebenarnya kalau naik kapal terbang. Adeehh..pecah rahsia.

Paling jauh naik kapal terbang 13jam. ..paling dekat 15min. Dalam flight 13jam tu panas montot. Tidak ada rasa takut pun. Makan dan tidut dalam flight. Paling menakutkan flight dari Beijing ke KLIA. Tahun 2014... balik kena ribut petir. Sekejap-kejap lampu merah keluar. Baca doa sahaja waktu tu. Peluk anak-anak kuat-kuat. Alhamdullilah sampai.

Paling dekat ialah kuantan -klia, 15 min sahaj. Yang lama hendak dan mendarat. Baru habis minum, pengumuman mendarat. Tergelak dalam hati. Laju sungguh pilot bawa.

Setiap perjalanan dengan penerbangan yang kak z lalui banyak benda baru kak z belajar. Bagaimana pula dengan pekerja di awangan mesti banyak benda yang diorang lalui juga kan. Lepas ni kak z hendak merasai naik cruise. Katanya best. Looking foward to have that.

Ok bai

Sedap atau tidak mee udang laila..ikut rasa lidah masing-masing



Banyak tempat kak z dah pergi.. lain negari lain rasa lauknya. Lain negara lain juga pemakanannya. Kalau Kelantan kebanyakan makanannya manis. Di utara banyak karinya. Di Johor dan Melaka, tip top dengan asam pedas. Negeri Sembilan masak lemak pedas meletop.

Lauk itu sedap atau tidak ikut lidah masing-masing yang merasa. Sebab kalau kak z kata sedap.. anak kak z kata tak sedap... apa boleh kak z buat... kak z continue makan. Hiii..

Contoh terbaru mee udang laila. Mee udang laila tidak sama dengan mee udang sg dua, mee udang kuala kurau atau mee udang masjid tanah.. ehh masjid tanah ada mee udang ke? Lain rasanya kan? Betul tak? Masakan ikut tempat dan cara tukang masak.

Kak z suka mee udang laila...termimpi-mimpi. Kalau duk oversea. Hari-hari makan spagetthi.. baru korang tau betapa sedapnya mee udang si laila tu. Kita duduk europe atau negara arab makanan diorang masih boleh masuk tekak. Kita pun boleh jadi gemuk. Kalau korang duduk korea atau china. Balik dah macam orang korea.. kurus kering kak z.

Service kalau lambat, mungkin ramai orang malam tu. Kak z tahu, laila akan cuba beri yang terbaik kepada pelanggan dia. Manusia biasa lah suka komplain. Kita punya tahap kepuasan hanya 90% sahaja. Mana boleh nak puas.. hiii

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...