22 June 2013

Marine Essence

assalamualaikum,

Sabun ini ada sesuatu yang menarik mengenainya. balik dari berjalan bulan lepas muka saya dipenuhi jerawat kecil dibawah dagu. kalau saya picit pasti akan meninggalkan kesan berwarna hitam. Masalah pula hendak meninggalkan kesan tersebut. kena pakai scrub.. pasti menyakitkan. Kawan memperkenalkan saya sabun marine Essence ni.. ternyata masalah saya berkurangan. hanya guna jerawat hilang. dan sakit pun tiada.


Sabun Marine Essence

Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!

kek untuk disewa..??

assalamualaikum..

kek untuk disewa.. atau.. cake for rent..


ramai terkejut bila saya mengatakan mempunyai perkhidmatan menyewa kek untuk majlis perkahwinan..

tapi percaya lah..

ada.. umpama kek yang cantik ni.. sewanya RM450-RM600. kami akan bagi 3 biji kek mengikut pilihan pelanggan..


kek ini diguna untuk majlis perkahwinan.. mengikut citarasa pelanggan dan exclusive. ada juga yg di jual harga antara RM600-RM1000.00. kami juga menjual dummy kek RM800 sebiji.. kalau berminat  boleh hubungi  - 0173556542




Assalamualaikum

pagi ni juga saya share blueberry chilled cheese cake

blueberry chilled cheese cake

based bawah sy mengunakan resepi butter milk cake. 

resepi based atas 

cheese filling

bahan:-
250gm cream cheese
200gm heavy cream
6gm geletin
60ml air panas
1/2 sudu teh jus lemon
secubit garam
blueberry pie filling jam

cara

1. bancuh air panas bersama geletin. kacau hingga geletin hancur. ketepikan sekejap shj
2. pukul cream cheese dan cream hingga kembang.
3. masukkan garam dan jus lemon
4. masukkan bahan geletin tadi
5. letakkan cheese diatas cake
6. sejukkan didlm peti sejuk hingga cheese keras dan boleh dipotong
7. hiaskan kek dgn blueberry pie filling

selamat menjamu selera..

Blueberry cheese tartlet

assalamualaikum

blueberry cheese tartlet

belajar buat pastry dulu yea

cara buat pastry

cheese filling

bahan:-
250gm cream cheese
200gm heavy cream
6gm geletin
60ml air panas
1/2 sudu teh jus lemon
secubit garam
blueberry filling jam

cara

1. bancuh air panas bersama geletin. kacau hingga geletin hancur. ketepikan sekejap shj
2. pukul cream cheese dan cream hingga kembang.
3. masukkan garam dan jus lemon
4. masukkan bahan geletin tadi
5. pipping kan cheese kedlm pastry
6. hiasan kan dgn blueberry  filling.
7. sejukkan didlm peti sejuk lebih kurang 1 jam

selamat mencuba

Fruit Tartlet

Asssalamualaikum,

Fruit tartlet.. masa kecil-kecil bila makan di hotel makan lah fruit tartlet sedaplah sangat. nak makan banyak tak boleh sure tak dapat.. sekarangdah pandai buat sendiri . bila ada oder mesti buat extra. try buat kulit dulu.


bahan untuk isi custard:-

100gm instant custard
400ml susu cair
secubit garam
sebiji buah kiwi
buah peaches dlm tin
buah anggur atau strawberry

cara:-
1. kacau custard, susu dan garam hingga tidak berketul
2. piping dlm kulit tartlet
3. hiasa dgn buahan

ini hasilnya

fruit tartlet yang terhasil

selamat mencuba