13 April 2013

Baked macaroni with cheese


Assalamualaikum,

dinner malam ini Baked macaroni with cheese. Request dari anak2. tak sampai setengah jam habis. Berantu cheese budak2 ini. Mak pulak tukang layan. Saya pun suka tengok dia org makan. try mudah dan murah jika kita buat sendiri. anak yg ramai klu nak makan di pizza hut aduh kempis poket jadinya. klu kita masask sendiri, anak2 makan air tangan kita. sambil masak sambil baca doa dan zikir.. insyallah



macaroni yang ready untuk dimakan




macaroni yang telah siap dibakar

Baked macaroni with cheese

bahan:-
1/2kg macaroni -rebus hingga kembang
200gm cheddar cheese - diparut
250gm mozarella cheese - diparut
1 sudu teh lada hitam kisar
1 tin cream soup kimball
200gm daging ayam dicincang
1 ulas bawang besar di mayang halus
3 ulas bawang putih
2 sudu besar butter
garam secukup rasa
air

cara:-
1. tumis bawang putih dan merah
2. masukkan ayam goreng sebentar dan masukkan lada hitam
3. masukkan cream soup kimball + air sebanyak tin soup tadi- kacau
4. masukkan macaroni dan gaul rata
5. angkat dari dapur masukkan cheddar cheese dan kacau
6. secepat mungkin masuk kedalam loyang pembakar
7. taburkan mozarella cheese dan bakar selama 1/2 jam atau cheese tukar ke warna
keemasan..

blh makan.. sedap

Lunch - sardine masak lemak cili padi

assalamualaikum...

gambor aje...


sardine masak lemak cili padi, tempe goreng, kobis goreng n ikan bilis goreng

sedap sekali sekala..

Marble butter cheese cake

assalamualaikum..




mable butter cheese cake... kembang setaman.


bahan:
250gm butter
250gm cream cheese
200gm gula castor
220gm tepung self raising flour
1/2sudu teh baking powder - ayak bersama tepung
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh lemon flavour - klu suka
4 biji telur
200ml fresh milk
secubit garam
1 sudu besar chocolate emulco

cara

1. pukul butter, cheese dan gula hingga kembang
2. masukkan esen vanilla lemon esen
3. masuk telur 1 per satu
4. masukkan tepung berselang seli dgn susu - mula dgn tepung di akhiri dgn tepung juga
5. ambil sesenduk bancuhan tadi campurkan dgn emulco tadi
6. tuang dalam loyang beselang seli yg berwarna putih dgn chocolate.
7. bakar dgn suhu 170c selama 1 jam or sampai masak.

biar sejuk baru kelurakan dari bekas yea...


kek saya merekah  sebab saya over beat n telur terus keluar dari peti sejuk..