23 November 2015

PANDU HILUX DAN HONDA CIVIC

Dua kereta yang berbeza. Kalau orang tanya yang mana best. Sudah tentu Hilux. Kalau bawa 160km/jam bawa tidak sedar. Tau tau anak kata momee lajunya..haaa... ok ingat dunia sekejap anak sudah tegur. Bila kita bawa kereta tinggi pemandangan kita luar. Macam bawa lori..pissttt akak ada lesen lori tau...#brutalnyaaku. Hakikatnya siapa pernah pandu 4x4 akan tahu kepuasannya. Sedap, tinggi dan tidak bergegar kalau bawa laju. Korang jangan tiru akak ok



Bila bawa honda civic pula lain. Kena maintain ayu. Sebab kalaunbawa laju tetiba langgar lubang.. suspension lari owww... nak buat balancing dan alligment mahal. So kena berhati-hati ketika memandu kereta jenis ini, lagi satu rendah dan panjang. Eehhh..hilux lagi panjangkan.



The best of this two car...REXTON.. Sg Petani -KL 3 jam..opoccoot mak kau sib baik tak kena speedtrap

Ok bai

JUMPA KAWAN-KAWAN LAMA DI KENDURI KAK LONG



Masa duduk di Sungai Petani ramai kawan. Antaranya cikgu tadika sekolah adik. Cikgu-cikgu yang mengajar adik kenal ABC dan 123. Banyak jasa dia orang. Awal-awal dulu, kalau hendak gi sekolah mesti nangis. Cikgu Ma lah tukang pujuk. Mak dia angin aje. Apa pun terima kasih cikgu ajar adik.

Ok bai

ADIK JUMPA HUZAIR

Adik dapat jumpa besfriend forever dia masa duduk di Sungai Petani
Seronok dia. Kesana kemari adik dengan dia



Pernah satu hari dia cakap.. kalau adik tak boleh pergi Sungai Petani, Adik nak tulis surat pada uzir seba adik rindu dia. Kelakar sungguh.
Apa pun elok pada adik sebab tidak lupa pada ikatan persahabatan

Ok bai

KAK LONG ERIN SULAIMAN KAHWIN..!

Dah mula kenal kak long dan keluarga masa mula-mula duduk di Sungai Petani. Masa tu dia baru 18 tahun..4 lepas. Putus cinta , jumpa cinta baru..putus..jumpa cinta yang membawa ke jodoh dia.. Fizi namanya. Minat sangat kak long pada askas dapat kahwin dengan askar...hiii



Meriah sebab anak sulung. Sedara mara mak dan ayah datang dari seluruh Kedah. Happy sangat lah cik liza dan che man kita dapat menantu.

Apa pun congrate kak long dan fizi. Moga kekal hingga ke akhir hayat



Ok bai

TERUJA DI KLIA2



Budak-budak 4 orang ini belum pernah pergi atau naik kapal terbang dari KLIA2. Mak banyak airport di Malaysia dah pergi.. relax aje. Bila anak-anak dah datang teruja sungguh. Sebab besar.. lebih besar dari KLIA 1. Jalan penat wooiii







Jika hendak datang ke KLIA2 boleh melalui ERL, kereta, motorsikal, basikal atau bus. Jalan kaki jangan cari pasal, jauh kedalam. Kami naik ERL bayar RM94.00. Kalau naik bus murah sikit lah RM53.50 sebab tiket seorang RM10.70.



Sebelum datang ingatkan nak kenyangkan anak-anak sebab mesti lapar. Terlupa apa lagi makan di sana. Hambik ko mahal 2 kali ganda. Biasa lah mana-mana airport pun macam tu.. siap-siap duit aje.







Masa nak boarding jumpa pula geng robotic Malaysia yang menang piasa emas di Doha. Si kembar seronok lah.. dia di peringkat negeri jer
Next peringkat antarabangsa ok..





Kami masuk kedalam pukul 1.00pm untuk solat.. boleh tahan hendak berjalan yer boarding di Gate K10... mak pernah Boarding di J17..haru..
Mengah juga berjalan.. alhamdulilah dah kurus sikit..itu sebab boleh jalan jauh.







Apa pun it was fantastic. Next trip international boarding gate.

Ok bai

NAIK FERI DI PULAU PINANG






Seronok naik feri ni. Anak-anak lagi seronok walaupun dah banyak kali naik. Masa duduk di Sungai Petani selalu kami kesana. Syiok lah.. feri membelah lautan. Mak jer takut.. semua mak dia takut.. sewram ko.. hiii..



Kalau dari pulau tiket feri tak perlu bayar. Tapi dari tanah besar kena bayar. Harga tak ingat. Boleh bawa kereta atas feri. Kami ada 2 pengalaman. Naik kereta dan jalan kaki. Best lah. Bila goyang-goyang tu faham-fahamlah sebab senak perut.







Siapa yang belum pernah naik ialah adalah sesuatu pengalaman yang menarik.

Anda kena cuba sebab feri adalah salah satu tarikan kalau datang ke Pulau Pinang.

Ok bai

COUSIN MEETING



Sorang nama hakim, 15 tahun dan lagi sorang nama zaki, 14 tahun. Bila jumpa macam ini lah jadinya. Macam-macam lah boleh jadi.