22 April 2016

Hidup .. aura positif atau negatif?



Positif atau negatif..mana pilihan korang? Kak z pilih positif. Tapi kenkadang datang juga aura negatif tanpa kita minta. Kenapa positif? Our life must go on. Positif boleh elak kita gila, marah, hidup lemah semangat dan muka masam macam cuka buatan manusia. Positif menjadikan kita yakin, cantik, gembira dan mudah buat amal ibadat.

Negatif.. suka main hamun orang, tidak boleh di tegur, hanya pandang orang lain sahaja salah, sakit jiwa celaru dan bengkeng. Kalau boleh hendak lari dari aura negatif ni. Tak boleh.. kenapa.. kita tetap perlu aura ini supaya dapat mengimbangi hidup kita. Kalau tidak ada orang jahat dalam dunia ni maknanya nak kiamat.

Macam mana hendak memgimbangi kedua-dua aura ini? Susah hendak kita huraikan. Sebab situasi kehidupan seseorang berlainan. Macam kak z, kak z single parent. Kak z sentiasa bersikap positif dalam mendidik anak-anak kak z. Sharing, caring, loving, talking, eating and hughing.. banyak lagi yang kak z buat untuk menjadi positif. Tapi masih ada aura negatif yang datang. Persekitaran kak z. Fitnah, marah, rasa tidak puas hati dan dendam. Penat hendak melayan hal-hal ini.

Kak z kena tempuh juga. Jadi kak z jadikan aura negatif ke positif. Kak z ambil jadikan pengajaran. Pengajaran kepada kak z supaya tidak ada sifat ini. Pengajaran yang mana sifat negatif ini akan menyebabkan orang kecil hati. Tidakkk

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...