18 December 2016

GULAI KERUTUK AIR TANGAN ORANG MELAKA



Kali pertama makan lauk kerutuk, kakak ipar Kak Z yang buat. Sedap pulak tu. Memenuhi citarasa. Kalau duduk di Kuala Lumpur mana nak cari rempah kerutuk. Sekali tu Adabi keluarkan rempah kerutuk. Best sangat. Kak Z pun buat sendiri. Memang umph... rupanya kerutuk ni ialah kari yang di makan dengan nasi dagang. Mungkin cara Kak Z buat tidak sama dengan orang Kelantan. Apa pun alhamdulilah boleh belajar sesuatu ya g baru.



Rempah kerutuk keluaran Adabi pun hanya sesetangah tempah sahaja di jual. Kak Z jumpa rempah gulai nasi dagang keluaran Tok Mak. Beli di Tesco. Dalam hati kata jadi lah kerutuk. Sebenownya rempah kerutuk tapi nama lain.. Kak Z buat 1/2 daging. Sekejap sahaja habis. Itu pun Kak Z dah modify kasi pedas sikit dan tidak berapa manis. Jom buat

Bahan
1 /2 pek serbuk rempah gulai nasi dagang keluaran Tok Mak
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5cm halia
1batang serai
2 biji cili kering
1 helai daun pandan
Sedikit daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1/2kg daging lembu potong dadu
200gm santan
100gm kerisik
2 biji kentang
200ml Air asam
Garam dan gula secukup rasa
150ml minyak masak
Air


Cara:-
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
2. Tumiskan kayu manis, pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
3. Masukkan daun pandan, serai dan daun kari
4. Cili kering potong 6 masukkan kedalam tumisan untuk tambah pedas sedikit
4. Masukkan bahan kisar dan biarkan naik bau
5. Bancuh serbuk gulai dengan sedikit air dan masukkan kedalam tumisan
6. Kacau supaya tidak hangit dan biar sedikit garing
7. Masukkan daging dan biarkan air daging keluar
8. Masukkan santan dan air asam tambah sedikit air untuk berkuah
9. Biarkan mendidih dan masukkan kerisik garam dan gula
10. Biar daging masak dan masukkan kentang potong 4
11. Biarkan gulai pekat dan tutup api

Nota: Kak z masak kerutuk ini adalah mengikut citarasa Kak Z. Mungkin caranya tidak sama dengan orang Kelantan. Mungkin ada terkurang atau terlebih. Anda boleh mengikut cara yang di ajar di belakang bungkusan rempah ini.

Selamat mencuba

Ok bai

MASK MUKA MURAH DAN MENYEGARKAN



Kak Z memang dari dulu suka pakai mask muka. Sama ada beli yang peeling, jenis topeng, tanah liat dan sapu Kak Z cuba. Tapi kebanyakan harga mahal. Murah pun jenis cream sapu di muka kemudian cuci. Masalahnya kemudia bila Kak Z mengalami rasa gatal dan jerawat akan timbul. Hancus muka..

Kak Z suka baca macam mana artis Korea jaga kulit muka mereka. Kadang-kadang tak terfikir otak kita. Kak Z pun cuba sesuai pulak. Seriously muka memang fresh selepas pakai mask tersebut. Dah lah murah dan tidak ada bahan chemical yang boleh menyebabkan kulit gatal. Vietnamese Rice Paper.





Harga hanya RM6.70 di Tesco. Kak Z guna rice paper ni untuk buat popia. Bila artis tu kata dia guna rice paper sebagai mask muka. Apa lagi Kak Z cubalah. Sukanya ..kulit rasa macam baby. Patut lah dia cantik. Dia potong kecil-kecil dan boleh di bawa kemana sahaja kalau dia hendak pakai. Jimat pun ia.. selamat pun ia...jom Kak Z cara mengunakannya.



Bersihkan muka terlebih dahulu



Potong dua..satu atas satu bawah



Rendam dalam air 2 saat



Pakai bahagian dahi dan rata kan seperti di bawah





Bahagian bawah











Ikut cara diatas untuk cara mudah dan ratakan



Biarkan selama15-20min rice paper akan kering





Buka perlahan-lahan sebab sakit sedikit.





Kulit korang rasa segar

Nota: rendam jangan terlalu lama kerana rice paper mudah koyak. Angkat dari air terus pakai jangan tunggu.
Rice paper banyak. Tidak seperti yang kita beli tanya boleh guna 2 kali seminggu. Tapi rice paper boleh guna setiap hari.

DIY begini murah dan selamat.

Selamat mencuba

Ok bai

NAIB JUARA KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 16 TAHUN



Tiap petang sepanjang cuti sekolah ni dia pergi main boleh. Setiap Sabtu petang dia kata ada lawan bola di Sekolah Adi Putra. Minta RM2.00 nak beli air katanya. Hari Rabu gigih basuh kasut. Kak Z tengok jer lah.

Lepas tu mengadu kaki kejang. Adik lah tukang urut. Mak dia bagi yoko yoko. Saja diam tak nak tanya. Hari Jumaat di cerita. Esok ada perlawanan besar ni. Hakim dapat masuk final. Patut lah gigih basuh kasut.



Masa duduk di Kedah dulu, dia bermain untuk sekolah dan sampai ke peringkat daerah. Balik sini main juga bola. Tak sangka pula dia masih aktif. Kak Z suka dia masuk acara memanah. Tapi di sekolah dia tak ade aktiviti memanah. Bola pun bola lah Bang Kim. Jangan ke arah lain sudah.

Bukan hanya bola dia ni. Presiden Silat Sekolah Men Keb Ghafar Baba. Atas bawah Kak Z tengok dia. Dia memang rajin. Jarang minta duit. Kerja cari duit sendiri. Ramai yang suka bagi kerja dengan dia. Murah rezeki dia. Alhamdullilah.



Malam tadi dia balik bawa sijil dan piala. Momee, abang naib juara. Dapat RM700.00. Ok lah tu. Bahagi 18 orang..Hiii. Hendak celebrate mandi di Afamosa Water World. Nangis mak.. tanya ada duit tak? Ada sebab orang bagi kerja 3 hari. Bagus lah tu. Gigih anak mak ni. Selalu cakap kat dia. Where ever you go you can survive. Dia tanya nape? Sebab pandai buat kuih koci. Hiii. Sebenarnya ikhtiar hidup yang dia ada menyebabkan mak dia cakap macam tu. Terharu.. mak doakan terbaik untuk awak abang.



Kejohonan yang di sertai ialah Bola Sepak Bawah 16 tahun Piala Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Masjid Tanah 2016. Fuuhhh..UMNO ko..haaa..

Ok bai

KUIH BAKAR TRADISI ORANG MELAKA



Kuih Bakar ada banyak versi. Sebab Kak Z orang Melaka, kuih bakar kami ada rasa rempah. Arwah mak Kak Z dulu adalah pengusaha kuih muih tradisi di kampung kami. Kak Z ingat lagi bila dia masak kuih bakar. Kak Z berumur 5 tahun. Dia membakar cara konservatif. Cara mengunakan kayu api. Ovennya pula ialah mengunakan tin minyak. Zaman dulu minyak di jual mengunakan timbang. Minyak perlu di pam dari tin besar.




Tin tersebut di potong melintang . 1 bahagian atas 1 bahagian bawah. Bahagian bawah di letak batu kecil dan dipanaskan atas kayu api. Bahagian atas di jadikan penutup dan di letak bara sabut kelapa. Sangat tradisi kan? Tapi itu lah oven mak Kak Z.



Dia mengunakan telur itik. Kerana rasa lebih lemak. Orang yang akak duduk tepi oven tu sampai kuih masak. Kak Z lah. Sebab orang laim pergi sekolah. Kak Z jer di rumah. Sabar sungguh arwah mak. Duduk dekat api bawah pokok rambutan. Dia mengunakan acuan bunga 8. Acuan tersebut dibuat dari tembaga. Kak z ada 1. Dari arwah mak. Yang lain guna yang biasa di jual di kedai.



Dari tahun 2006, Kak z buat kuih bakar ni, lama sudah acuan tersebut. Jangan mengumpat kalau nampak acuan ni hangit. Lama dah.. dulu beli RM6.00 di bawah pokok besar Chow Kit Road. Sekarang pasti mahal.

Rasa rempah kuih bakar ini pastinya lain dari yang lain. Ada orang tidak suka rasa rempah tersebut. Dengan resepi inu korang boleh aje keluarkan rempah tersebut. Jadikan nya kuih bakar biasa. Kurang kick lah. Apa pun resepi ini Kak Z guna masa mengusaha kuih muih dulu. Korang boleh cuba

bahan A

300ml air
500gm gula (kalau tak mau manis kurangkan 100gm)
1/4 sudu teh pewarna hijau
secubit garam
(masak bahan ini hingga gila hancur)

bahan B

500 gm tepung gandum
300ml santan
4 biji telur
20 helai daun pandan
400ml air

Bahan C

1 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 batang kulit kayu manis
1/4 sudu teh jintan manis



Cara:-

1. Bakar serai hingga naik bau
2. Bakar kunyit hingga masak
3. Tumbuk kulit kayu manis hingga halus kerana perlu dengan bahan lain dan tidak merosakkan blander
4. Potong serai halus
5. Kisar daun pandan, serai, kunyit, kulit kayu manis dan jintan dengan air hingga halus
6. Tapis perlu mendapatkan air bahan kisar 500ml
7. Bancuh tepung, telur, santan dan air bahan kisar
8. Kemudian blander sampai aduanan jadi halus dan tapis













Proses seterusnya adalah untuk membakar kuih.

Bahan:
Bijan perlu disangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan
Minyak masak secukupnya

Cara:-

1. Panaskan acuan kuih bakar.
2. Ambil 3 sudu besar minyak dan masuk kedalam acuan
3. Biarkan acuan betul-betul panas dan berasap
4. Masukkan adunan 3/4 acuan
5. Taburkan bijan
6. Bakar hingga masak dengan api atas bawah 220c
7. Atau sehingga aduanan sedikit coklat
8. Perlu di pusing adunan dalam oven supaya masak rata.










Nota
1. Kepanasan oven lain.
2. Jika kita ukur air pandan tidak cukup 500ml selepas di tapis boleh tambah air untuk mengenapkan 500ml
3. Jika rasa terlalu manis boleh kurangkan gula 100gm
4. Ingat jangan blander kulit kayu manis yang tidak di hancurkan lagi kerana boleh merosakkan blander anda.

Selamat mencuba

Ok bai

Pic : credit dari Mr google

MAIN CHESS .. ADIK MENANG.. ABANG KALAH



Adik, anak Kak Z ni bila masa dia belajar main chess pun tak tahu. Malam tadi dia lawan dengan abang kembar dia. Boleh pula dia menang si abang kalah. Kak Z tengok dari jauh sambil mengadap kerja di komputer. Bila abang kalah boleh bergaduh. Kata adik main tipu. Budak 8 tahun lawan budak 14 tahun. Tetiba budak 14 tahun kalah. Memang dia hangin..haaa. Mak kena duduk tengah tenangkan keadaan.

Kak Z tanya si adik. Adik belajar main chess di mana. Main kat dalam komputer lah. Dulu adik selalu kena tipu dengan Haris. Adik belajar kat komputer. Hurmmm... dia kalau duduk depan komputer senyap jer. Mak mesti tanya.. adik main game ker? Jangan main game kang meletop komputer tu kang.. dia senyum. Ada sekali tengok dia tengah main chess. Abang hakim pun kata adik dia memang pandai main chess. Lepas ni boleh masuk kelab chess sekolah. Nanti kita boleh jalan-jakan satu dunia main chess.. tak zabarnya..

Tapi si adik ni cerdik lain macam. Panjang akal. Mak pun pening. Kalau kita marah dia. Satu hari ni leterkan balik kat kita dengan kesalahan yang kita lakukan. Contohnya satu Kak Z tengok cerita Korea sampai pukul 4.00 pagi. Bangun lambat sikit untuk solat subuh. Kak Z kena leter dengan dia sebab Korea jer. Kak Z selalu bising kat dia asyik kartun jer..solat pun lupa. Akhirnya aku terkena.

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...