09 May 2016

Sambut Hari Ibu di Ramada Plaza Melaka..bersama Chef Wan


Hari Ibu Di Ramada Plaza Melaka


Apa itu Hari Ibu? Hari Ibu adalah yang disambut untuk menghargai para ibu. Hari Ibu adalah hari Ahad minggu kedua bulan Mei. Tahun ini ialah 8hb Mei 2016. Sama tarikh lahir arwah mak Kak z yang ke-70. Sebagai ibu, kak z rasa bersyukur pada Allah S.w.t sebab memberi kesabaran, kekuatan, ilmu dan rezeki melimpah ruah untuk membesarkan anak-anak yang empat orang tu. Alhamdulllilah..





Sambutan Hari Ibu tahun ini Kak z, Julia Ali dan Farah Dafri meraikannya di Ramada Plaza Melaka. Best wooiii.. macam-macam ada. Makanan sikit punya meriah. Suka sangat kami bertiga makan. Habis diet mak. Tak apa.. Isnin hendak puasa ganti dan sunat. Jadi kita makan dengan happy go lucky.


Belakang Kak Z, Depan kiri Julia Ali dan Kanan Farah Dafri









Pelbagai Jenis Hidangan Di Hari Ibu, Ramada Plaza Melaka

Lepas makan berzumba pulak. Adeehh..penuh perut macam mana hendak meloncat dan berzumba. Zumba jugalah.. sebab ramai yang berzumba termasuk Chef Wan yang menjadi artis jemputan dalam majlis ini. Zumba sampai gegar badan. Dah lama tak jogging stamina turun sikit. tak boleh jadi. Kena jogging semula. Berpeluh juga walaupun dalam bilik berhawa dingin.


Zumba Di Ramada Plaza Melaka



Penasihat Diet dari Hospital Putra Melaka


 Habis berzumba, pakar Diet dari Hospital Putra telah memberi penerangan mengenai yang bagus untuk kita semua. Takut juga Kak z sebab dah masuk four series ni kenalah berjaga-jaga hal makanan. Silap makan binasa badan. Semua kebanyakan penyakit di Malaysia berpunca dari tabiat makan kita sendiri. Penduduk Malaysia mempunya rakyat obesiti terbanyak di Asia Tenggara. Kak Z ni kategori Obes ker? Takuuutt..kena kuruskan badan kalau tidak mahu berpenyakit.


Chef Wan Usik Mak Dia


Selepas ceramah pasal kesihatan, Acara Chef Wan bermula. Chef Wan ni dari dulu kelakar. Dia usik-usik mak dia atas pentas. Sporting mak Chef Wan. Rindu pula kat Arwah mak Kak z. Chef Wan anak yang baik. Nampak gaya di betul-betul sayang dan menghargai mak dia. Kak Z berdoa pada Allah..anak-anak Kak Z pun sayang Kak z...nangis kejap


Chef Khairul, Chef Wan dan Chef Ella




Chef Wan membuat demo masakan mee rebus. Resepi ini adalah dari mak Chef Wan yang menjual Mee Rebus. Mesti best. Kak z ada resepinya. Nanti kak z cuba dan try. Lepas Mee Rebus, Cehf Wan membuat demo bakar kek. Dia atas pentas Chef Wan di bantu oleh Chef Khairul dan Chef Ella.. jadi usikan Chef Wan. Kalau Chef Wan tahu diaorang ni suami isteri mesti usik sepanjang demo berlangsung. Celoteh Chef Wan membuat orang ramai terhibur dan tergelak. 

Ada cabutan bertuah. Kami bertiga tidak bertuah pada sambutan ini. Ramai juga yang mendapat hadiah yang menarik. Kak z nak tupperware. Sabar z belum rezeki lagi. Banyak lagi tupperware kat rumah belum habis pakai. Paling best dapat menginap di Ramada Singapore. Nak lah..dapat tidur free di Singapore. Tak pe minggu depan Kak Z menginap di Ramada Plaza Melaka. Ok tak?




Kami Bersama Chef Wan

Kami bertiga ni mestilah acara wajib hendak bergambar dengan Chef Wan.'Chef..kami blogger dari Melaka. Dia tanya blog pasal apa? Pasal masak-masak chef..' Betul ke tidak? Minta maaf Chef..kalut sebut aje masak-masak. Kami ni blogger lifestyle, travel, beauty dan masakan. Sebab bertiga macam-macam ada.


Bersama Head of Director Ramada Melaka,
Puan Nora Director of Sales and Marketing dan Mrs Carol 

Kami sangat berbangga dapat mengenali mereka di belakang Tabir untuk memeriahkan acara ini. Team Puan Nora Director of Sales and Marketing dan Mrs Carol menjadikan acara ini berjalan lancar. Kami bertiga gembira dan rasa di hargai sebagai ibu dan bakal ibu kerana hadir di sambutan Hari Ibu Ramada Plaza. Seronok sangat weeii..

ok bai

Bermalam di The Straits Hotel and Suites Melaka


The Straits Hotel and Suites


The Straits Hotel and Suites Melaka, terletak di Melaka Raya. Ini adalah adalah kawasan perlancongan yang hanya berjalan kaki dari hotel. Jika kita hendak ke A Famosa, Istana Melaka, Memorial Tunku Abdul Rahman atau Muzium-muzium lama hanya 10 minit perjalan dari hotel. Tidak jauh dari hotel ada Mahkota Prade dan Dataran Pahlawan. Makanan juga mudah di cari kerana keliling hotel banyak tempat makan.

Bila kita berada di tempat tinggi baru kita tahu luas atau tidak bumi ini. Kak Z menginap di tingkat 22 hotel The Straits Hotel and Suites Melaka, dapat lihat seluruh Bandar Melaka. Gayat pun ada, sayup pun ada. 2 jam pertama tak tengok bawah. Pandang arah laut Selat Melaka dan Bandara Melaka. Kuatkan hati melihat bawah hotel. Subhanallah cantik sungguh. Selepas itu baru teruja.



Pemandangan Selat Melaka



Melihat Pulau Melaka



Matahari Di waktu Petang


Bila petang pemandangan lagi cantik. Kita dapat melihat matahari terbenam. Kak Z duduk didalam bilik suites. Selesa untuk kami anak beranak. Kenapa? Bilik suites ini besar dah luas. Ada bilik yang diasingkan dengan ruang tamu dan ruang makan. Dalam bilik ada katil saiz queen dan luas. Dari bilik ini pemandangan cukup cantik.







Macam studio apartment pula rasanya. Ada meja makan, sofa dan kitchen kabinet. Memang sesuai lah dengan kak z. Kalau anda mempunyai keluarga yang besar, bilik ini cukup luas untuk anak-anak berlari. Boleh hidang makanan kalau beli makanan di luar sebab ada kitchen dapur yang boleh kita basuh pinggan dan masak air. Ada juha mini peti sejuk boleh simpan makanan. Kak Z bawa maggi masa menginap disitu. Mak masuk tidur..pagi esok bangun tengok 5 pek sudah habis. Maknanya 4 orang itu sudah pulun maggi masa mak dia tidur. Sebab boleh masak air panas.. dia lapar. Apa lagi ngap maggi.


Suasana dalam bilik suites The Straits Hotel and Suites








Bila menginap di hotel, no. 1 kak z periksa ialah tandas. Sebab selalu juga tinggal di hotel yang tandasnya kotor. Kalau kotor kak z panggil house keeping bersihkan sampai bersih. Kita bayar pastinya kita mahu sesuatu yang memuaskan dan selesa. Jika tandas kotor, maknanya tidak menjaga quality hotel. Orang akan mengata sampai 7 keturunan pun tidak habis. Tapi tandas atau bilik air The Straits Hotel dan Suites, bersih sangat dan bath tubnya menyebabkan Hanif, Haris dan Hanis mahu terjun waktu sampai dalam bilik. Kalau mak dia tidak marah..pasti berenang. Mak dia kata tingkat 23 ada swimming pool besar, mececet lari semuanya. Fuhhh.. selamat. Mak pulak masuk..mana tidak nya korang tengok lah keadaan bath tub bilik suites ni.. teruja atau tidak?



Sila tutup mulut..jangan menganga...hii. ini kecil sahaja. Kena pergi ke tingkat 23. Swimming pool tertinggi di Melaka. Luas sungguh swimming pool ni. Boleh tengok permandangan Bandar Melaka. Di buka dari 7.30pagi -6.30petang. Jangan risau untuk mandi kedalaman 4 kaki. Adik hanis boleh masuk dan berenang-renang. Mak dia tak risau sebab ada lifeguard. Tidak panas, sebab berbumbung. Selesa ada tandas dan nyaman.


Swimming Pool


Lepas mak dia halau diaorang ke atas ..mandilah sampai kecut. Seronok betul empat beradik tu. Kak z yang tengok pun teruja. Lupa bawa bikini. Tak leh masuk. Ehh..kalau pakai bikini.. no. 1 pensan si kembar. Bukan orang lain terkejut tengok mak dia. Jangan cari pasal. Kak z tak mandi pun. Sebab sibuk dengan kerja. Nanti lah ..akan datang lagi mesti mandi.


Sarapan pagi di Amalaka Cafe, The Straits Hotel and Suites
















Esok harinya kami bersarapan di Amalaka Cafe. Terletak di tingkat 3 bangunan hotel. Sarapan pagi banyak juga pilihan. Boleh tahan sedap. Anak-anak apa lagi tambah tenaga sebelum terjun ke Swimming pool. Mak kata makan sampai kenyang. Roti jala pilihan kak z. Anak-anak suka dengan roti, dim sum, mee kari, omelete, kek dan capati. Tengahari kami makan butter prawn, ayam capitan dan sayur kangkung. Masakan ini di masak oleh Chef Al Araj. Hot from kitchen hotel . Lepas mandi swimming semua lapar. Mak pun malas hendak makan di luar. Makan di Amalaka Cafe aje lah.

Menu Makanan Tengahari di Amalaka Cafe, The Straits Hotel and Suites







Kami akan datang lagi. Sebab anak-anak suka mandi di swimming pool tingkat 23 tu. Sebab best nampak Bandar Melaka. Sekarang ini swimming pool untuk kanak-kanal belum siap. Dalam proses pembinaan. Nanti akan ada kids zone mudah untuk anak-anak kecil mengadakan aktiviti di situ.

Ok bai

Penyampaian Hadiah Cabutan Wow! SSPN-i


PTPTN telah mengadakan peraduan. Sempena tahun pertama pelancaran SSPN-i Plus, pendeposit yang membuat simpanan serendah RM50.00, berpeluang memenangi hadiah utama yang amat menarik iaitu apartmen yang bernilai hampir RM500,000.00 di Lembah Kelang. Selain itu, kereta BMW, Honda HRV, Motosikal Kawasaki dan baucer tunai juga disediakan kepada mereka yang bertuah. Memang hebat kerana keseluruhan hadiah yang ditawarkan adalah berjumlah RM3 juta.

Pada 6hb Mei 2016, di Menara PTPTN telah mengadakan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang. YB Berhormat Datuk Mary Yap Kain Ching, yang mewakili YB Dato’Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyampaikan hadiah tersebut. Sambil kita meyimpan dapat hadiah. Bertuah sungguh kepada penyimpan kerana menang kereta BMW 320i, Honda HR-V, Proton Iriz dan motosikal Kawasaki.

Para hari tersebut tertunggu-tunggu juga nama Kak Z di umumkan. Belum rezeki.. insyallah ada. Peluang masih lagi terbuka bagi yang belum bernasib baik kerana cabutan hadiah ini akan tamat tidak lama lagi iaitu pada 31 Mei 2016. Kak Z berangan hendak menang kereta BMW 320i. Doakan tau... fuuhh.. fuuhhh.






(credit gambar pemenang dari Ben Ashaari)


Selain itu, PTPTN juga memaklumkan mana-mana pendeposit yang membuka akaun mulai 15 April sehingga 31 Mei 2016 dan memilih pembayaran komitmen bulanan melalui potongan gaji akan diberikan satu bulan deposit percuma. Rebutlah tawaran hebat ini kerana ia terhad sehingga 1 juta ringgit.




  1. Hadiah bernilai RM3,000,000 juta untuk dimenangi dalam Cabutan Tahunan dan Cabutan Suku Tahun SSPN-i Plus!
  2. Dengan simpanan serendah RM50, anda berpeluang menangi hadiah lumayan!
  3. Tempoh promosi Cabutan Tahunan SSPN-i Plus bermula 8 Jun 2015 – 31 Mei 2016 
  4. Cabutan Tahunan SSPN-i Plus:-

Pemenang
Hadiah
Hadiah Pertama x 1
Apartmen bernilai RM500,000
Hadiah Kedua x 5
Honda HR-V 1.8L V
Hadiah Ketiga x 10
Motorsikal Kawasaki ER-6f
Saguhati X 250
Baucer Tunai bernilai RM2,000

   5. Cabutan Suku Tahun SSPN-i Plus: :
Siri Cabutan
Tempoh Promosi
Hadiah
Pertama
8 Jun 2015 – 31 Ogos 2015
BMW 320i
Kedua
1 September 2015– 30 November 2015
BMW 320i
Ketiga
1 Disember  2015 – 29 Februari 2016
BMW  320i
Keempat
1 Mac 2016 – 31 Mei 2016
BMW 320i

   6. Syarat-syarat penyertaan:
        i) Terbuka kepada semua pendeposit SSPN-i Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam
            tempoh promosi.
        ii) Setiap RM50 layak mendapat satu  cabutan tanpa mengira pakej.
       iii) Kakitangan HLM Takaful dan PTPTN (termasuk pasangan dan anak-anak) tidak layak menyertai cabutan.
   7.  PTPTN berhak menukar hadiah dengan nilai yang setara tanpa makluman kepada pelanggan.
Joom simpan sebelum 30hb Mei 2016, Mana lah tahu dapat BMW3

ok bai

Kami Sudah ada Akaun SSPN-i

Semenjak tahun 2004 lagi, PTPTN telah mengorak langkah melaksanakan strategi mentransformasikan minda masyarakat Malaysia untuk merancang penabungan semenjak dari awal melalui penabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i). Kak Z telah membuka akaun SSPN-i untuk anak-anak pada tahun September, 2011. Kesedaran Kak Z untuk membuka akuan ini setelah melihat seorang kawan meninggal dunia akibat kemalangan. Anak-anak beliau tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran kerana kewangan yang tidak mengizinkan. Selalu mendengar iklan di radio, Kak  Z mula membuat kajian mengenai SSPN I ini. Banyak keistimewaan SSPNi rupanya. 



Simpanan PTPTN ini bukan hanya terletak pada dividen semata-mata. Ia mempunyai kepelbagaian keistimewaan yang akan dinikmati oleh masyarakat Malaysia yang menyimpan. Antaranya  bagi keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan, jika anak berjaya ke IPT akan diberikan geran sepadan sehingga  RM10,000 untuk satu keluarga. Seterusnya, skim ini juga menjadi pilihan terbaik ibu bapa yang tidak mampu menyediakan takaful pendidikan untuk anak-anak mereka kerana tanpa perlu membuat simpanan secara bulanan skim ini masih menyediakan perlindungan takaful secara percuma.  Selain itu, setiap ringgit yang disimpan diberi jaminan sepenuhnya oleh kerajaan dan ia juga merupakan sebuah skim simpanan patuh syariah. Lain-lain ialah:-

  1. Layak memohon pembiayaan pendidikan.
  2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00 setahun.
  3. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.
  4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak
  5. Simpanan dijamin oleh Kerajaan.
  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.


Pembukaan akaun anak-anak Kak  Z bermula dengan RM20.00. Kami buka di Bank Rakyat. Kemudahan untuk membuka akuan bukan hanya di Bank Rakyat sahaja.  Anda boleh menyimpan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen SSPN-i. 

Setelah 12 tahun SSPN-i diperkenalkan, pada 6hb May 2016, PTPTN telah memperkenalkan pula satu lagi produk baharu iaitu SSPN-i Plus bagi tujuan simpanan demi masa depan pendidikan dengan menawarkan perlindungan takaful yang amat murah dan komprehensif. SSPN-I Plus ini telah di lancarkan oleh YB Berhormat Datuk Mary Yap Kain Ching beliau mewakili YB Dato’Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi. 



Ini adalah strategi PTPTN dengan agensi perbankan untuk menggalakkan dan memupuk nilai serta semangat berjimat cermat serta sifat suka menabung dalam minda dan jiwa setiap rakyat Malaysia. Dengan adanya simpanan semenjak kecil dan usia yang masih muda dapat mempersiapkan diri kita untuk menggunakan dana simpanan yang sedia ada sebagai perbelanjaan bagi menimba ilmu pengetahuan.

Dengan SSPN-i Plus masalah keciciran di kalangan pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi akan dapat diatasi dan lebih terjamin kerana dilindungi takaful. SSPN-i Plus ini juga menyediakan peluang kepada orang ramai untuk membuat penabungan dan setiap ringgit yang disimpan diberi jaminan sepenuhnya oleh kerajaan. Secara tidak langsung amalan menabung perlu diterapkan di dalam hati dan minda masyarakat Malaysia.

PTPTN telah membawa satu lagi idea meringankan dan memudahkan tabiat menyimpan masyarakat Malaysia dengan memperkenalkan ‘Rahsia RM1 Sehari’. Jika kita membuat tabungan RM1 sehari, masyarakat Malaysia boleh memilih pakej Intan di dalam SSPN-i Plus yang menawarkan simpanan pendidikan dengan perlindungan takaful sehingga RM40,000. 

Pakej baharu SSPN-i Plus ini bukan sahaja melabur untuk tujuan pendidikan tetapi juga mendapat perlindungan takaful, dividen yang amat kompetitif serta mendapat pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun dan patuh syariah. Pakej Intan SSPN-i Plus juga merupakan satu tabungan untuk dividen masa depan dengan pelaburan yang amat murah. Kadar dividen SSPN-i bagi tahun 2015 adalah sebanyak 4 peratus.

Kalau dahulu ingin membuka akaun SSPN-i Plus perlu melengkapkan borang dikaunter-kaunter PTPTN. Kini, dengan adanya Rakan Niaga Affiliate dan Ejen Pemasaran Online, rakyat Malaysia mampu membuka akaun dan membuat transaksi dengan lebih mudah, hanya di hujung jari secara online. Maklumat penabungan yang tepat juga mampu dilayari di alam maya dengan lebih mudah dan tepat.

Oleh itu, PTPTN secara agresif memperkenalkan program pemasaran bagi produk simpanan SSPN-i Plus melalui ejen online. Ianya merangkumi Program Rakan Niaga Affiliate dan Ejen Pemasaran Online. Diperkenalkan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan rakyat Malaysia menyimpan di dalam SSPN-i Plus. Komisen sebanyak 15% diberikan kepada Rakan Niaga Affiliate dan 25% diberikan kepada Ejen Pemasaran Online. Ejen Online PTPTN juga tidak perlu menyediakan sebarang modal, waktu kerja yang amat fleksibel, latihan/ bimbingan berterusan diberikan dan tidak melibatkan transaksi tunai. 

ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...