27 January 2015

Jelly oreo

assalamualaikum...

oreo.. siapa tak suka..
momee and the group sentiasa suka
 sedap dan mudah dan cepat


resepi

1 pek agar2 straw
1500 ml air
200ml susu pekat
100gm gula pasir
50gm serbuk koko
1 pek oreo
secubit garam

cara:-

1. didihkan air hingga mendidih
2. masukkan agar-agar biarkan larut
3. masukkan gula biar larut dan kecilkan api
4. dalam satu bekas lain masukkan serbuk koko dan ambil kira 300ml air larutan agar-agar dan gula tadi bancuh koko hingga larut
5. masukkan susu dalam larutan koko, garam  dan kacau
6. tapis masukkan kedlm periuk yang ada larutan aga-agar dan gula tadi
7. kacau rata dan mendidih sedikit jangan sampai melimpah
8. perlu jaga jangan dia biarkan takut hangus
9. angkat dan tapis lagi
10. tuangkan agar-agar tadi dalam acuan atau loyang
11. kemudian susunkan oreo yang perlu di keluar krimnya ikut suka

saya suka mengunakan agar straw sebab lagi stabil dari agar-agar serbuk. adik-adik boleh mengunakan serbuk agar-agar tetapi ukuran air perlu tepat.

selamat mencuba 

ok bai


nuttella chocolate moist


assalamualaikum,

nuttella coklat moist terjadi sebab anak2 suka sangat lah makan nuttella dengan roti.

satu hari sekolah adik hanis nak buat jamuan.. bahan kat rumah pun terhad.. so momee dia jumpa nuttella.. buat kek chocolate moist.. tambah kacang so ganache dia nuttella ..

siap... letak kan nips apa lagi syiok lah kanak2 kat sekolah tu makan

uols try ..sedap resepi choclate moist dah post kat uols cari yer


Kelas danish dan puff

assalamualaikum

bila buat kelas danish dan puff.. mcm2 student akan dapat dan bawa balik

ini adalah jadual terkini untuk kelas danish dan puff

kelas danish n puff pastry
Tarikh: 31hb jan 2015
Yuran : RM280.00
Waktu: 9.00pg
Contact: chef Khairi Mansor

Tempat: Kangar Perlis
Tarikh:7hb Feb 2015
Yuran : RM280.00
Waktu: 9.00pg
Contact: kak Hanitunlizah Hassan

Tempat: sg dua, penang
Tarikh : 28hb feb 2015
Yuran : RM280.00
Waktu: 9.00pg
Contact: kak Suzana Raman

Tempat : kangkar pulai johor
Tarikh: 7hb mac 2015
Yuran : RM280.00
Waktu: 9.00pg
Contact: Yuslindhia Zamani Talam Johor


sekarang kawan-kawan sila jamu mata anda dengan gambar dari kelas yang hakak telah adakan















Ayam masak kicap tomato cherry

assalamualaikum

Ayam Masak kicap tomato cherry

resepi ni sangat simple
anak suka masak kicap. sebab mommy dia suka masak sambal, lemak cili padi dan asam tumis. mana boleh hidup kalau tak de pedas. sbb mommy dia org kunun-kunun diet. terjadilah lauk ni...hiii
cepat dimasak sedap dimakan..

resepi

ayam seekor potong 16 
1 sudu teh lada hitam di tumbuk halus
2 biji kentang
5 cm halia sebesar ibu jari
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras di tumbuk halus
sebatang kulit kayu manis
10 biji tomato cherry
100ml kicap manis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
kunyit untuk goreng ayam
minyak masak
200ml air

cara
1. goreng ayam bersama kunyit dan garam hingga garing .. ketepikan
2. kentang potong dadu dan goreng hingga hempok.. ketepikan
3. tumis bawang besar, bawang putih, lada hitam dan kulit kayu manis hingga naik bau
3. masukkan kicap, air dan gula hingga mendidih
4. masukkan buat keras dan tomato cherry biarkan sebentar
5. masukkan ayam dan kentang biarkan mendidih
6. masukkan garam sedikit dan rasa suoaya lauk tidak terlalu masih dari ayam goreng dan kicap
7. biarkan lauk ini masak hingga pekat sedikit

hakak guna buah keras adalah untuk melemakkan rasa lauk. kayu manis untuk kurangkan hanyir ayam. sebab anak-anak tidak suka bau hanyir ayam. lada hitam untuk mencipta rasa 'hot' kat lidah. kalau tak pedas tak 'kick'.anda boleh juga boleh cuba style lain. ikut seleras..

ok siap boleh makan.

ok bai


Tulis buku

Assalamualaikum

Serious punya busy..
kita bersiaran semula hari ni

sepanjang bercuti dari menulis blog macam-macam aktiviti yang hakak buat..
kelas, pindah dari sungai petani ke masjid tanah melaka.. akhirnya balik ke kampung juga.. alhamdullilah.. terjaga juga rumah pusaka ini

the best thing is... hakak tengah menulis sebuah buku resepi  besama salah sebuah syarikat penerbitan..

never dream to be a writer bebs. but u happen... complete 30 resepi.. lepas ini tugas untuk mengedit dan penuh dengan jadual kelas..dari utara ke selatan.. pissttt.. nanti beli tau buku hakak

me, editor, photograper, kak raja halida my assistant yang baik sangat 
dan my sister penaja tempat untuk shooting

with madam editor.. tengah buat creamhorn

photographer girl... orangya halus.. 
tapi pic semua cantik..tak sabow rasanya nak tengok my book


tengok ini madam editor buat

egg n tuna galette

mille fuille..

nuttella puff

pear puff


 berry cheese tart

banyak lagi gambar tapi tak boleh tunjuk. nak belajar nanti beli buku hakak yer

ok bai






SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...