20 September 2015

LASAGNA YANG SENANG DIBUAT


Hujung mimggu adalah hari makan besar. Makan besar tidak semestinya makan di luar. Boleh juga masak dirumah. Masak di rumah lebih menjimatkan. Anak-anak suka makanan barat. Sebab dari kecil duduk barat. Makan pun barat... teorinya macam tu lah. Oleh itu terkadilah lasagna yang sedap penuh dengan cheese, daging dan sos bolognese yang awesome.

Bukan susah pum hendak lasagna. Bergantung kepada kerajinan kita. Masa kerja dulu suka pergimmakan lasagna di Shakes pizza sg Wang.. ada lagi ker restoran tu..? Teringin pula. Tapi buatkan rumah lagi sedap dan puas.


Lasagna.. Dalam Bekas Besar

Lasagna sudah tentu menjadi antara makanan kegemaran kami anak beranak. Jika makan dimrestoran atau oizza hut cost 1 lasagna antara Rm10.00 - Rm20.00 tidak termasuk GST. Jika kami berlima RM100.00 tidak termasuk air minuman. Tidak berbaloikan. Baik lah mak korang buat bukan susah sangat.




Lasagna yang dipotong



Lasagna yang melihatkan kepingan pasta

Pasta lasagna ada banyak jenis. Yang mudah di cari ialah keluaran San Remo. Tetapi akak lebih suka mengunakan keluran Tesco. Murah dan banyak keping kita boleh dapat. Keluaran San Remo perlu berhati-hati kerana ada 2 jenis. Satu yang tidak perlu di rebus dan lagi satu perlu di rebus. Akak suka mengunakan yang di rebus sebab lebih sedap.

Resepi ini terhasil memalui pembacaan di buku masakan itali, youtube dan bacaan. Kemudian akak cuba hingga boleh buat jualan.

Cara yang akak akan kingsi bersama adalah murah dan senang untuk di buat

Bahan:-

pasta:-
1 kotak lasagna.. akak suka mengunakan san remo atau tesco
1 sudu besar minyak masak
air

cara:-
1. masak air hingga mendidih dan masukkan minyak
2. masukkan pasta dan rebus hingga lembut jgn terlebih masak. klu biasa buat spaghetti mcm tu lah texture lasagna kalau dah masak.
3. angkat klu blh tos sehelai demi sehelai


sos daging

bahan

500gm daging hancur
1 botol sos spaghetti - berat 400gm
1 tin tomato puree -jenama kimball
1 sudu besar serbuk pasley
1/2 cawan minyak zaiton/ minyak biasa pun boleh
1/4 sudu teh sudu garam
1/4 sudu teh gula
1 ulas bawang besar cincang halus
500ml air

cara:-
1. tumis bawang dan minyak
2. masukkan daging hancur dan goreng hingga garing sedikit
3. masukkan rempah bolognise
4. masukkan sos, garam dan gula.. klu kurang tambah
5. biarkan mendidih sebentar dan masak ketepikan


sos putih

bahan:-

50gm tepung gandum
2 sudu besar butter
500ml susu uht/segar
sedikit garam
kalau hendak letak bahan perasa pun boleh
secubit serbuk lada hitam
Secubit serbuk pasley


cara:-

1. gaul semua bahan kecuali butter mengunakan senduk kayu atau whisk jgn biar berketul.
2. letak atas api yang paling kecil. jangan biarkan berketul.
3. jadikan macam susu pekat dan masukkan butter
4. ketepikan

bahan lain:-
500gm mozarella cheese
6 keping cheddar
Parmesan jika mahu

cara buat lasagna

1. letakkan 2 keping pasta sebagai base paling bawah terpulang pd bekas pembakar masing yer
2. letakkan kuah merah.. sapu rata. agak2 2 senduk
3. letakkan sos putih 1 senduk
4. letak cheddar
ulang hingga habis
5. tutup dengan cheese mozarella
6. bakar 170 c sampai kekuningan
7. hidang masa panas.. potong dan tabusrkan Parmesan cheese

Selamat mencuba

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...