30 August 2015

Melawat Panda di KBBA Bloggers day @ Lawatan Ke Zoo Negara Kali ke 17 - PART 3


Assalamulaikum

Xing-Xing dan Liang-Liang adalah panda yang telah di pinjamkan pleh kerajaan negera China kepada Malaysia. Rakyat Malaysia adalah antara 13 buah negara yang dapat melhat panda lebih dekat tanpa perlu ke negara China. Semasa berada di Beijing, China, perasaan untuk melihat panda tidak berapa teruja. Ini kerana keadaan panda di zoo mereka hanya biasa-biasa sahaja. Mungkin sedikit tidak terurus. Bila kawan bercerita melawat panda di Zoo Negara, bersih dan cantik, Barulah perasaan teruja datang Masa dulu anak-anak kecil dan tidak faham. Waktu itu abang berusia 4 tahun dan kembar berusia 2 tahun. Sekarang mereka sudah faham baru seronok untuk bawa mereka melihat panda. Lebih seronok lagi bila  tahu Liang-Liang melahirkan anak. Tapi tidak dapat tengok sebab masih dia dalam kuarantin...

Menurut pegawai yang bertugas, Kita hanya boleh melihat panda tersebut bila bayi panda berusia 2 bulan. Nanti datang lagi... mesti comel.   Xing-Xing dan Liang-Liang di lahirkan pada 23 Ogos 2008.
Kelahiran bayi panda di Malaysia mengujakan semua pihak kerana sesuatu luar jangkaan. Baru setahun di Malaysia, panda ini sudah memliki naak. Ini bermakna mereka gembira berada di di Malaysia. Sebab kurungan mereka besar, bersih dan selesa. Mereka di letakkan di Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi, Zoo Negara.

Sebelum datang ke Malaysia, pihak Zoo Negara telah menjalankan beberapa kajian dari segi pemakanan dan habitat mereka. Alhamdullilah mereka berjaya. Panda suka makan buluh madu. Dari 8 jenis buluh yang di tanam hanya 2 sahaja yang di makan oleh panda-panda ini.Macam mana akak tahu.. tanya dengan Mr Phan, dari pihak Zoo Negara. Thank you Mr Phan there is a lot of knowledge I learn on that day.. 

Pada hari KBBA day datang ke Zoo Negara, kami telah di ajak untuk meraikan hari jadi kedua-dua panda ini Walaubagaimana pun hanya Xing-Xing yang ada...Liang-Kiang tengah berpantang 60 hari.

Sebelum masuk kami bergambar dan diberi penerangan. tidak di benarkan membuat bising  dan gambar tanpa flash mode. Sebab tidak mahu menganggu panda tersebut. Anak-anak telah diberi amaran terutama yang bernama Ahmad Hanis.. Lari-lari dan bising momee cubit dan bagi orang utan jaga.


Sesi bergambar beramai diluar bangunan


Penerangan sebelum masuk ke dalam pusat pamrean. 

Kami telah di terangkan , panda adalah jenis beruang, Makanan utama ialah buluh. Pada hari itu panda akan diberi makan Panda kek yang di buat dari campuran soya dan bahan-bahan lain. Orang besar-besar pun macam kanak-kanak-kanak ribena..


Tepi penempatan panda .. menanti panda keluar dari tempat makan


Xing-Xing


Xing-xing di jaga dengan elok sebab bersih


Habitat panda memang suka memanjat. Terutama pokok buluh


Cari apalah si Xing-Xing ..


Melihat dia berjalan didalam sangkar

Nampak besar tapi kuat memanjat


Panjat setinggi yang ada


Tempat dia bermain


Ada kolam air

Di Zoo Beijing, sangkar panda adalah simple, tanpa kolam air atau tempat dia untuk memanjat. yang hanya ada ialah, daun, daun sebagai makanan mereka. di Pusat Konversion ini, kita dapat lihat panda hindu dengan selesa dan gembira. Panda ini di asingkan dalam dua sangkar. Kerana panda bersifat dominan. Tidak suka di ganggu dan suka menyendiri walaupun berlainan jantina. Panda hanya boleh bersama ketika mengawan. Iaitu tempoh 72 jam dalam setahun dalam bulan Mei-Jun. 


Menyediakan panda kek untuk menyambut hari jadi Xing-Xing

Makcik bernama Azura mendengar penerangan dari pihak zoo mengenai panda


Kek di letak atas ais


Suprise.. happy birthday Xing-Xing


Slow motion


Hey.. it my Birthday cakes


What do we have here..



i can't talk my delicious cake... thank you..thank you

Panda-panda ini sukakan ais mungkin sebab sejuk. Didalam sangkar di sediakan satu ais yang besar tempat panda beristirehat. Ais ini yang telah bekukan dengan sejenis peralatan khas. Warna putih da atas adalah ais. Ais tersebut akan berada disitu tanpa cair sebab alat itu sentiasa membekukan air tersebut..nama macam peti ais lah... 




Ini adalah penjaga panda di Zoo Negara

Panda-panda ini di awasi oleh seorang penjaga yang di datangi khas dari negara China. Beliau arif mengenai panda, habitat dan pemakanan. Di kesempatan ini akak pun bergambar dengan dia. Sebab hari tu dia keluar TV pasal panda beranak..


Comelny panda ni..

Lepas ini datang lagi untuk melawat anak panda. Mesti comel. Korang ambillah kesempatan untuk melewatan panda-panda ni. Walaupun tiket mahal, tapi lagi mahal tiket kapal terbag untuk ke China. Betul atau tidak.Oleh sebab dia istimewa, anda pasti teruja dan mahu melihatnya dengan lebih dekat..


ok bai 

Shisha stick

Assalamualaikum


Belum lagi reda isu rokok elektronik berperisa ganja, warga kota dikejutkan pula trend terbaharu 'shisha stick', dipercayai mengandungi bahan menyebabkan ketagihan dan menjadi kegilaan golongan remaja.
Berbentuk dan bersaiz sama seperti pen serta mempunyai pelbagai warna, 'shisha stick mudah disembunyi sebagai alat tulis, menurut satu status pengguna laman sosial 'Facebook' yang turut memuat naik gambar bahan berkenaan.
Pengguna Facebook berkenaan menarik perhatian harga 'mampu milik' di sekitar RM17 ke RM20 dengan pelbagai perisa memudahkan lagi ia dibeli pelajar sekolah.
Status itu turut dikongsi pengguna sosial media lain dan menjadi viral sejak minggu lepas.
Hasil maklumat itu, Bernama membuat tinjauan di sekitar ibu kota dan mendapati ia dijual secara sembunyi hanya kepada golongan tertentu selain boleh juga didapati, antara lain, di kedai serbaneka.
Penulis berusia awal 40-an ini menyamar sebagai pembeli di Pasar Larut Malam Danau Kota, Setapak, di sini namun gagal apabila seorang penjual rokok elektronik memberi pelbagai alasan untuk tidak menjualnya kepada penulis.
Penjual itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam pada mulanya tidak mengaku menjual barangan itu namun setelah dipujuk, dia mengaku pernah menjualnya.
"Dulu memang ada jual tapi sekarang tak ada stok lagi abang," katanya.
Bagaimanapun, rakan sekerja berumur awal 20-an yang menyamar sebagai pelajar sekolah berjaya membeli 'shisha stick' di sebuah kedai serbaneka yang turut menjual barangan runcit dari Timur Tengah di Jalan Bukit Bintang, setelah terpaksa mengambil masa lama berunding.
Shisha stick itu tidak disimpan secara terbuka, dan peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Malek hanya mengeluarkan barangan berkenaan dari sebuah bungkusan apabila pelanggan terdahulu beredar.
"Do you want this one (shisha stick)...," kata Malek sambil menambah bahawa dia hanya mempunyai baki lapan shisha stick dalam stoknya.
Kelihatan resah sepanjang urusan jual beli itu, Malek bagaimanapun enggan mendedahkan asal barangan berkenaan.
Shisha stick itu dibeli oleh wartawan Bernama dengan harga RM17.
Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata shisha stick atau dikenali sebagai 'Shisha Pen' ataupun dengan nama 'Hookah Pen' adalah kategori rokok elektronik dan mempunyai fungsi yang sama seperti 'Vapor'.
Katanya shisha stick tidak popular berbanding vapor disebabkan kandungan cecair perisa yang sedikit dan tidak memberi kepuasan kepada pengguna berbanding vapor.
"Sehingga kini tiada undang-undang berkaitan larangan mengguna shisha stick," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata namun demikian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kementerian Pendidikan peringkat negeri dan daerah serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan berkerjasama bagi memantau penyalahgunaan bahan yang disyaki mengandungi dadah.
Mohd Mokhtar berkata pemantauan dan risikan polis mendapati setakat ini penggunaan shisha stick bukan merupakan kaedah baharu bagi penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja di negara ini.

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...