26 August 2016

CREAM PUFF SUNGGUH CREAMY

Resepi Cream Puff

Resepi Puff

Bahan:-

250ml fresh milik
100gm butter
5gm garam
10gm gula
125gm tepung high protin
150gm telur. 

Cara:-

1. panaskan susu segar hingga mendidih
2. masukkan mentega, garam, gula dan kacau hingga larut
3. masukkan tepung dan gaul  hingga rata.
4. masukkan kedalam pemutar kek.. selepas seketika biarkan sejuk sebentar
5. masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul hingga kembang.
6. masukkan kedalam piping beg dan bentuk bulat
7. Bakar dgn suhu 180c selama 20-25 min
8. sejukkan pipekan krim custard

Resepi Cream Custard

Bahan:-

200ml air 
200ml whipping cream @ susu cair tin
50gm tepung gandum
15gm tepung custard
50gm butter
100gm susu pekat
1/2 sudu teh esen Vanilla

Cara:-

1. Panaskan 100ml air atas api kecil hingga panas dalam periuk
2. Campurkan baki air dengan susu
3. Bancuh tepung gandum dan  tepung custard dengan campuran susu dan air
4. Tapis supaya tidak berketul
5. Masukkan kedalam air yang panas tadi dan kacau supaya tidak berketul
6.Kacau hingga pekat dan tutup api
7. Masukkanesen vanilla,  butter dan susu pekat kacau hingga rata
8. Buka api perlahan dan kacau hingga berkilat.
9. Siap tutup api dan tutup atas custard tadi dengan plastik supaya tidak keras di atas permukaan.
10. Biarkan sejuk sebelum dipaip dalam cream puff


* NOTA*

1. Kak Z akan timbang telur sebab cream puff tidak akan jadi dengan cantik jika terlebih air atau terkurang air
2. Sebelum masukkan telur pastikan aduan tepung betul-betul sejuk. Jika Tidak tepung dan termasak sebab terkena doh pasti. yang pasti memang t ak jadi lah cream puff korang... cakap belandas pengalaman beratahun buat cream puff yer
3. Kenapa perlu tutup api ketika masuk butter dan susu pekat. Sebab tidak mahu bagi dia hanggit. bila dah hanggit tak sedap. bila tak sedap jangan salahkan resepi dan petua.
4. Sekian

Ok bai


CROISSANT YANG GEBU



CROISSANT

Kak Z suka buat croissant. Kenapa? Sebab Kak Z dan anak-anak suka makan sandwich croissant. Sebenarnya senang hendak buat croissant. Tapi kena buat penuh kesabaran. Lama juga Kak Z belajar. Bila Tidak practice Kak Z lupa. Sekarang Kak Z sudah ada buka yang menulis cara membuat danish dan puff pastry dalam buku tersebuat ada cara membuat croissant step by step. Korang bileh mendapatkan buku ini di kedai buku atau menempah melalui online dengan ALAF 21.


Buku Tulisan Kak Z

Resepi Croissant


Bahan:-

1 kg tepung protin tinggi                                                                  500ml  air sejuk
10gm garam halus
100gm gula
10gm bread improver
20gm yis
100gm butter
1 biji telur
50gm susu tepung
500gm pastry marjerin....# beli di kedai bahan bakery.. tak der di jual di supermarket  atau kedai biasa dan tolong jangan tanya lagi.. ikut shj perintah.. sbb malas nak jawab


Cara membuat:-

1.      Gaulkan tepung, garam, gula, improver dan yis
2.      Masukkan telur dan air gaul hingga rata
3.      Masukkan mentaga dan gaul hingga doh terbentuk
4.      Rehatkan selama 10 min
5.      Canaikan doh.. letak pastry margerin dan buat lipatan buku
6.      Rehatkan doh 10 min
7.      Canaikan lagi dan buat  dua kali lipatan buku
8.      Rehatkan doh 10 min selepas itu canaikan doh dan potong       
         untuk membentuk
9.      Biarkan doh kembang selama 30-40 min
10.    Bakar pada suhu 180c selama 20-25 min
11.    teknik melipat doh seperti di bawah


Teknik melipat doh

Teknik melipat doh:-

1. Doh
2. Leperkan doh
3. masukkan pastry marjerin
4. lipat 3-4 kali
5.hasil dari lipatan itu
6. boleh leperkan untuk membentuk




Doh yang telah di leperkan


Potong tiga segi  4 x 9 inci
#tiada berat yang specific



Jangan lupa letak tepung di bawah doh tadi

Sapu kan telur di atas doh dan gulung


boleh buat bentuk seperti ini



atau seperti ini


Di letak atas dulung pembakar dan tunggu naik selama 30min

bakar dengan suhu 160c selama 45min/kekuningan


jual dengan harga RM1.50 - RM2.00
makan dengan suka hati korang lah.. cicah dgn masak lomak pon sodap



Selamat mencuba

p/s utk kelas contact FB: SERIWANI NASRI atau Azuraa Rahman



ok bai

KEK PISANG GEBU


Resepi Kek Pisang Gebu

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lama. Kmai akan pergi bercuti. Dalam perjalanan mesti lapar. Kak Z kalau berjalan suka bawa makanan dari rumah dari beli di kedai makan atau R & R. Anak ramai belanja kena budget. Jadi antara bekal yang Kak Z akan bawa ialah kek pisang inilah. Resepi kek ini boleh buat dalam quantity yang banyak dan tahan dalam masa 2 atau 3 hari. Kek pisang mudah dibawa dan tidak renyah. Korang kena cuba. Sebab sedap.


Bahan A

200gm butter
200gm marjerin
1 sudu makan ovellete
450gm gula custor(gula pasir biasa pun boleh)
1/4 sudu teh garam

Bahan B

7 biji telur A = 450gm (tak pernah timbang pooonn)

Bahan C

500gm pisang (timbang selepas buang kulit jika tidak berat kulit je nanti)
2 sudu teh esen pisang
2 sudu teh esen vanilla
1 1/2 sudu makan glycerine - kek kita akan moist guna bahan ini
(kisar semua bahan ni)

Bahan D

550gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
4 sudu teh baking powder
3 sudu makan tepung susu
(ayak semua bahan ni)

Cara:-

1. Pukul bahan A sampai gebu.. masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan bahan C dlm A + B
3. Masukkan bahan D sedikit demi sedikit hingga rata
4.Bakar hingga masak... dengan suhu 180c

petua kek ni akan mudah hangus jika tidak dijaga apinya..

Selamat mencuba

Ok bai

CHOCOLATE MOIST BUTTERSCOTCH CAKE




Chocolate kek kalau kita makan memang sedap bila tambah butterscotch lagi sedap. Masa Kak Z duduk di Sungai Petani, kalau buat kek ni mesti cepat habis di makan oleh ana-anak dan anak menakan Kak Z. Suka lah mak ni membuatnya. orang kata tak rugi walaupun bahannya mahal.  Ini resepi yang yang dah lama Kak Z guna masa buka cafe dulu. So selamat berjimba dengan kek korang.

Resepi Kek Coklat

Bahan  A

6oz butter
14oz gula castor
3 biji telur
Secubit garam

Bahagian B  – (bahan ini dibancuh bersama dan diketepikan)

 1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh panas
1 sudu teh esen
1 sudu teh EMULCO

Bahan C

8 oz High protein flour( Tepung Superfine pun boleh)
2 ½ oz serbuk coco
1 sudu teh soda bicarbonate
1 ½ sudu teh baking powder
8 ozair sejuk direct dari peti  sejuk

Cara:-

1. Pukul Butter dan gula hingga kembang. 
2. Masuk telur satu persatu. 
3. Kemudian masukkan bahan B yang telah dibancuh. 
4. Tepung dimasuk sedikit demi sedikit. 
5. Dipusing satu arah mengunakan whisk. Contohnya  jika kacau mengikut pusingan jam tetapkan arah itu hingga tepung habis dikacau. 
6. Akhir sekali masukkan air sejuk tadi.
7. Bakar kek ini api 170C selama I jam atau sehingga masak. 

p/s Untuk mendapatkan kek lebih moist kukus kek ini selama 1 ½ jam perlu ditutup dengan aluminum foil atau plastic yang diikat supaya wap air tidak masuk kedalam kek. Kalau tidak banjir kek kita.

biarkan sejuk dan kek di bahagi 3 lapisan


Ganache Chocolate

Resepi Chef Amar dari Majalah Saji
Bahan A
250 ml  dairy whipping cream
40gm sirap glukos

Bahan B

400gm coklat masakan
30gm butter
1 sudu pes  hazelnut.. kalau tak ada boleh gunakan pes badam

Cara:-

1. satu bahan A dan panaskan dalam periuk hingga nampak buih ditepi periuk
2. coklat perlu di cincang
3. masukkan bahan A kedalam coklat dan kacau hingga rata
4. masukkan butter dan pes kacau hingga butter cair.
5. sejukkan dalam peti sejuk sebentar

kek yang telah di bahagi 3 disaapu dengan coklat ganache.
kemudian salutkan kek dengan coklat ganache
masukkan kek kedalam peti sejuk sebentar sebelum di curahkan dan di hiasakna dnegan butter scotch

Butterscotch

200gm gula pasir
100gm butter
120ml whipping cream
1 sudu teh garam

cara:-

1. masakkan gula pasir hingga menjadi gula hangus.. tapi tidak terlalu gelap warna keemasan. gula perlu betul-betul cair
2. masukkan butter hingga cair
3. masukkan whipping cream dan garam
4, kacau hingga pekat
5. bila sudah pekat simpan butterscotch kedalam peti sejuk sebelum di tuangkan ke atas kek

butterscotch ini boleh digunakan untuk membuat roti sarang lebah..
boleh di simpan selama 2 minggu didalam peti sejuk

Selamat mencuba

ok bai

VICTORIA SANDWICH CAKES UNTUK TERSAYANG


Antara kek kegemaran anak-anak Kak Z ialah kek ini. Kenapa?  Kek ini mempunyai secukup rasa yang membuat kita makan dan makan lagi. Rasa butter cake dan jem strawberry. Lepas tu ada cheese frosting pasti sedap betul tak? Kak Z share dari resepi lama yang Kak Z kemudian edit supaya lebih sedap dan menarik. Korang kena cuba buat baru korang boleh mengakui sedap sangat Kak z.

Mula korang kena buat Jem strawberry, kemudian buat kek. Sebab jem kena biarkan sejuk terlebih dahulu baru di letak atas cheese frosting. Kemudian baru boleh dihiaskan dengan buah strawbery.

Resepi Strawberry Jem

Sumber Dari blog 

CLASSIC STRAWBERRY JAM ~ CANADIAN STYLE

By : Evelyn / Athen
Source : Food.com
Adapted from : Cooking With Rosie

250 gm strawberries ~ buang tampoknya dan cuci bersih
70 gm gula
40 ml jus lemon
12 gm butter tanpa garam

  1. Dalam periuk kecil, masukkan strawberries dan panaskan atas dapur dengan api yang perlahan.
  2. Dengan menggunakan alat melenyek kentang ( potato masher) lenyek-lenyekan tapi jangan sampai lumat.
  3. Tambahkan gula dan masak lagi lebih kurang 2 minit
  4. Tambahkan butter dan masak semula sambil di kacau hingga adunan sedikit pekat.
  5. Matikan api dan buang buih-buih di atasnya
  6. Masukkan dalam botol kaca yang tahan panas dan telah direbus untuk menyah bakteria
  7. Tutup rapat dan rebus kan semula dalam air mendidih selama 15 minit ( botol tenggelam)
  8. Keluarkan dari tempat rebusan
  9. Sejukkan dan simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama
Resepi Butter Cake

Bahan-bahan

250gm butter Anchor
220gm gula castor. 
5 biji kuning
1 sudu teh esen vanilla
220gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu UHT


cara membuat kek:-

1. Pukul telur dan gula hingga butter putih
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
3. Masukkan esen vanilla
4. Campurkan baking power kedalam tepung
5. Bahagiakan tepung kepada 3 bahagian
6. Bahagikan susu kepada 2 bahagian
7. Masukkan 1 bahagian tepung kedalam adunan butter dan pukul hingga rata
8. Masukkan1 bahagian susu dan kacau rata.
9. Ulang sehingga habis
10. Potong kertas minyak ikut ukuran loyang
11. Sapukam shortening di atas loyang pembakar dan alaskan dengan kertas minyak tadi
12. Masukkan adunan kedalam loyang dan ratakan kan
13. Oven perlu dipanaskam dengan suhu 180c
14. Masukkan kedalam oven dan bakar selama 45mim
16. Kek cukup masak apabila sudah renggang dari kertas minyak atau berwarna kekuningan




Cara membuat kek


Pukul telur dan gula hingga butter putih


Butter kelihatan putih


Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi



Kelihatan gebu



Masukkan esen vanilla


Campurkan baking power kedalam tepung


Masukkan 1 bahagian tepung kedalam adunan butter dan pukul hingga rata


Masukkan1 bahagian susu dan kacau rata.




Potong kertas minyak ikut ukuran loyang, Sapukam shortening di atas loyang pembakar dan alaskan dengan kertas minyak tadi



Masukkan adunan kedalam loyang dan ratakan  dan Oven perlu dipanaskan dengan suhu 180c. Bakar selama 45mim


Bakar hingga kekuningan

Kek cukup masak apabila sudah renggang dari kertas minyak


Resepi Cheese Frosting

Credit Resepi  : Azlita Aziz

Krim Keju 1

150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh paste Lemon

Pukul krim keju dan gula hingga kembang
Masukkan mentega, esen vanilla dan lemon paste
pukul sebati

Untuk krim keju yang ita gunakan

Krim Keju 2

200 gm krim keju
1 sudu teh lemon Paste
90 gm coklat masakan putih
150 gm krim bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
8 gm gelatin
30 gm air

  1. Cairkan gelatin ~ rujuk sini
  2. Cairkan coklat masakan cara double boiler
  3. Satukan gelatin cair dalam coklat putih
  4. Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut
  5. Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih
  6. Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental
  7. Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata
Selepas kek di sapukan dengan cheese frosting dan di letak dengan jem strawberry korang boleh hiaskan dengan strawberry dan blueberry. Ikut yang korang sukalah. 


Selamat Mencuba

Resepi Kek Butter dari Diary Kak Z
Resepi : Jem Strawberry dan Cheese Frosting dari http://www.azlitamasammanis.com/

ok bai


SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...