27 October 2016

BANGUNAN LAMA PEKAN MASJID TANAH



40 tahun dulu, Kak Z tinggal dalam pekan Masjid Tanah. Sebab arwah mak dan ayah buka restoran. Nama Restoran Seroja. Kami tinggal di tingkat atas restoran. Lama juga duduk di rumah kedai tu..lebih kurang 5 tahun. Depan rumah Kak Z ada bangunan lama. Tinggal 1 keluarga berbangsa Cina. Jiran kami India dan Cina. Orang pun keliru akak ni anak Cina atau Melayu. Sebab muk macam Cina.



Bila ingatkan balik.. gi tadika ayah hantar. Sekarang tadika tu dah tak de. Sebab buat dewan besar. Kak Z dah balik semula ke Masjid Tanah ni lebih kurang 1 1/2 tahun banyak lagi yang belum Kak Z teroka..haaa..teroka konon. Tapi serius Kak z cakap banyak perubahan Masjid Tanah sekarang. Tempat Kak z bermain. Masjid Jamek Masjid Tanah yang baru sedang dalam pembinaan. Pasar lama dan Bus Stand pun dah bertukar. Lama juga Kak z tinggalkan Masjid Tanah ni 30 tahun merantau baru balik.

Bangunan lama ada yang di kekalkan. Ada yang diubah suai. Itu adalah kawasan asal Masjid Tanah yang mana pemiliknya orang Cina. Bangunan baru banyak terletak di Pekan baru Masjid Tanah. Pekan Masjid Tanah tu dah sampai depan rumah Kak Z yang dulu ialah sawah padi.

Tadi Kak z jalan kaki keliling pekan ambil masa 30 pergi dan balik. Dulu rasa jauhnya Masjid Tanah ni..sekarang dekat jer. Apa pun Masjid Tanah.. I love you..
Ok bai