16 July 2019

FLASHBACK : PERJALANAN DARI MASJID TANAH KE TAIPING


10 Mac 2017 antara tarikh yang Kak Z tidak boleh lupakan. Pukul 11.15 malam , Kak Z mendapat panggilan dari Kak Long, Abang Zul meninggal di Taiping, Perak. Bang zul adalah suami kepada Kak Lang. Terkejut dan otak macam tidak boleh hendak proses waktu tu. Rumah Kak Lang depan rumah  Kak Z je. Diaorang ke Taiping melawat kampung Bang Zul.  Kak long panggil, Zue oh zue ko ok tak? Baru tersedar. Aku baru nampak Band Zul basuh kereta BMW dia 2-3 hari lepas dekat depan rumah. Hari ini Bang Zul dah meninggal. 

Kak Long tanya nak pergi atau tidak. Arwah akan di kebumikan di Taiping.Terus jawap yer adik pergi. Sebab teringat Kak Lang yang memang rapat dengan Kak Z. Rumah dia depan, rumah Kak Z belakang. Mesti pergi. Hati kata kesian kakak aku. Pukul 11.30 malam, Kak Z kejutkan semua anak-anak, Beritahu yang Paklang Zul meninggal. Semua terkejut walaupun dalam keadaan pisat.  Kak Z suruh Siapkan baju nuntuk pergi ke Taiping malam itu juga. 

Dalam masa hendak bersiap baru teringat kereta aku tidak boleh jalan jauh. Sebab tau je lah kereta dah uzur. Dekat-dekat bolehlah. Sekarang hendak naik kereta apa? Atau nak naik bus pagi esok dengan anak-anak. Naik bus sampai sana pastinya dah petang.  Sambil termenung ternampak kereta Gen 2, kereta anak Kak Lang yang dah lama tidak guna. Pergi tengok road tax masih hidup. Ambil kunci dalam rumah Kak Lang cuba start. Alhamdullilah enjinnya boleh di hidupkan. Tapi kena periksa yang lain juga. Antaranya :-

1. Minyak hitam – bila Kak Z periksa ada lagi
2. Tayar – masih ada angin
3. Air dalam Tangki – Penuh
4. Air Radiator – penuh
5. Air Bateri – ada sikit kena tambah
6. Minyak kereta – kena tambah
7. Tayar spare -  ada angin atau tidak sebab kita tidak tahu apa akan terjadi di tengah jalan betul tak?

Image result for bateri kereta
Bateri Kereta - Sumber Google

Bila semua berada dalam keadaan baik, kami bertolak pada pukul 2.30 pagi. Sebelum memulakan perjalanan Kak Z pesan pada anak-anak kena jaga adab di tempat orang. Cara mengendalikan jenaazah mungkin tidak sama di tempat orang dengan tempat kita. Kak Z dah merantau banyak tempat dan berbeza. Pesan anak-anak mulut kena jaga. Perjalanan kita jauh. Manalah tau muncul mahluk yang tidak di jemput. Takut lah. Dah lah Kak Z memandu seorang. Anak-anak pasti semuanya tidur dalam perjalanan. Memulakan perjalanan dengan baca doa supaya perjalanan pergi dan balik kita selamat. Antara doa yang Kak Z selalu amalkan ialah:-

1. Doa perjalanan supaya perjalanan kita selamat pergi dan balik
2. Doa naik kenderaan
3. Surah Al Fatihah
4 Ayat Kursi
5. surah al Mulk ayat 1-5
6. Surah al Taubah  ayat 129


Pukul 2.00am-3.00am adalah waktu paling nyenyak kita tidur. Kita digalakkan bangun waktu ini untuk Qiamullai. Kak Z risau mengantuk masa dalam pemanduan. Tapi pada hari itu adalah hari Jumaat , anak-anak balik sekolah pukul 12.00.  Sampai sahaja rumah Kak Z terus baring dan tidur. Kak Z dah masak sebelum ambil diaorang dari sekolah. anka-anak makan sendiri, pergi solat jumaat sendiri. Kak Z tidur tidak ingat dunia dari pukul 12.30 tengahari hingga pukul 7.00 petang. Nikmatnya. Aku uzur @ period so ada excuse tidak solat yer. Rupanya malam tu kena drive ke Taiping.  Cerah mata sepanjang perjalanan aku…haaa.  Ini lah di namakan percaturan Allah. Betul tak?


Pukul 3.50pagi  sampai di Lembah Klang.  Lajunya aku drive. Singgah Starbuck. Area mana tidak ingat. Rasanya area Damansara. Maka belilah kopi Starbuck dan air mineral botol besar.  Kenapa? Kopi Starbuck sebagai booster untuk Kak Z. booster tu bagi tenagalah. Bila air kopi habis. Kak Z tambahkan dengan air mineral tu. Rasa ngantuk sedut je air mineral tu. Sampai R & R Tapah berhenti buang air. Passenger 3 kat belakang dah sampai alam mana entah. Orang berhenti pun tidak sedar. Co pilot abang hakim boleh harap. Dia sama-sama berjaga. 

Sampai taiping Pukul 7.30pagi.  Kak Lang memang sedih lah sebab suami dia meninggal.  Semua urusan selesai pukul 11.00pagi.  Pukul 1.00 tengahari , aku pun tidur sampai pukul 5 petang. Bangun untuk persiapan tahlil malam tu. 




Tayar Botak - Sumber Google

Hari  Ahad Kak Z kena balik ke Melaka semula. Sebelum memulakan perjalanan kena periksa semua. Tapi satu  benda yang Kak Z tidak periksa ialah keadaan tayar di sebelah dalam. Sebenarnya ke empat-empat taray kereta Gen 2 yang Kak z  pandu menunggu masa untuk pecah. Dah teruk sangat. Itu pun selepas anak saudara Kak Z bagi tahu ketika dia hendak service kereta. Allah memang melindungi kami lima beranak. Melaka- Taiping- Melaka. Itu adalah kecuaian Kak Z. Cerita dua tahun lepas. 


Bateriku.com.  Kak Z pun tidak tahu apa bendanya bateriku.com ni. Bateriku.com menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan kereta di lokasi dengan hanya panggilan telefon atau WhatsApp. Diaorang akan datang ke tempat atau lokasi kita dengan segera untuk membantu kita terutama yang kurang berpengetahuan tentang bateri dan masalah kereta. Kita hanya perlu relax dan menunggu krew bateriku.com datang dan menjalankan perkhidmatan mereka. Masyallah senangnya.

Selepas ini Kak Z tidak perlu risau jika bateri kong samada di rumah atau atas jalan. Pengalaman travel dengan memandu kereta memang banyak. Kena tipu dnegan bengkel pun pernah. Oleh itu sebelum memulakan perjalanan Kak Z memang akan melakukan pemeriksa antaranya bateri. Dengan wujudnya bateriku.com, lagilah mudah perjalanan Kak Z. boleh melancong on the road  seluruh semenanjung tanpa risau bateri kereta kong tengah jalan dengan adanya bateriku.com. 

 Talipon 0111-600-600-8. Customer service akan membantu korang. Atau bukan laman web bateriku.com carian kawasan korang berada contoh Melaka. Dapat nombor talipon yang korang boleh minta bantuan. Mudah kan?

Ok bai


SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...