09 January 2016

Butter Moist Cake..gebusss


Resepi butter moist cake ni dsh alam simpan dalam gobok. Bila tengok kawan-kawan FB mengepos gambar kek butter diaorg akak pun buka semula buku resepi yang sudah mula berabuk tu...

Kek ini senang untuk di buat. Janji bahan-bahan cukup. Ianya tidak menjemukan. Kalau hendak bawa balik rumah mak mertua saya rasa kek ini adalah pilihan yang tepat. Sebab semua peringkat umur akan suka. Gebus, lembap dan lemak cair didalam mulut. Jom kita buat



Bahan-bahan

250gm butter Anchor
220gm gula castor. 
5 biji kuning
1 sudu teh esen vanilla
220gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu UHT




Bahan membuat kek


cara

1. Pukul telur dan gula hingga butter putih
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
3. Masukkan esen vanilla
4. Campurkan baking power kedalam tepung
5. Bahagiakan tepung kepada 3 bahagian
6. Bahagikan susu kepada 2 bahagian
7. Masukkan 1 bahagian tepung kedalam adunan butter dan pukul hingga rata
8. Masukkan1 bahagian susu dan kacau rata.
9. Ulang sehingga habis
10. Potong kertas minyak ikut ukuran loyang
11. Sapukam shortening di atas loyang pembakar dan alaskan dengan kertas minyak tadi
12. Masukkan adunan kedalam loyang dan ratakan kan
13. Oven perlu dipanaskam dengan suhu 180c
14. Masukkan kedalam oven dan bakar selama 45mim
16. Kek cukup masak apabila sudah renggang dari kertas minyak atau berwarna kekuningan






Cara membuat kek



Pukul telur dan gula hingga butter putih



Butter kelihatan putih


Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi



Kelihatan gebu



Masukkan esen vanilla


Campurkan baking power kedalam tepung


Masukkan 1 bahagian tepung kedalam adunan butter dan pukul hingga rata


Masukkan1 bahagian susu dan kacau rata.




Potong kertas minyak ikut ukuran loyang, Sapukam shortening di atas loyang pembakar dan alaskan dengan kertas minyak tadi



Masukkan adunan kedalam loyang dan ratakan  dan Oven perlu dipanaskan dengan suhu 180c. Bakar selama 45mim


Bakar hingga kekuningan

Kek cukup masak apabila sudah renggang dari kertas minyak


Selamat mencuba

Ok bai