05 February 2019

TRAVELOG 16: HONG KONG TRIP 9 MARCH- 12 MARCH 2018



Kali ini travel Solo lagi. Adakah Hong Kong selamat? Nampak mcm tidak selamat.. tapi selamat cuma kena berhati2. Hampir terkena pickpoket. Bukan org cina tapi india.. Hong Kong lebih ramai foreign. Terutama orang Filipina, India, Pakistan dan Indon.

Kak Z jalan sorang melalui lorong-lorong  yang rasa selamat. Rasa tidak selamat Kak z tidak lalu. Semua ikut sense kita. Hong Kong 2 hari dah habis round. Sebab akak tak gi disneyland.

MTR senang untuk di fahami. Tak sesat mcm di Japan n korea. Makanan mahal. Susah nak cari makan halal. Ada makanan halal tapi mahal . so klu korang mcm budget nak bawa lah makanan segera dari Malaysia.

Hong Kong sedikit kasar. So jangan kecil hati atau sentap kalau nampak kasar. Akak kena.. bila speak english slag british  terus tone suara diaorang bertukar. Sebab memula agaknya diaorang nampak macam maid dari indon...akak nampak selekeh kot...hiii. Tapi no hal boleh atasi. Kalau sesat tanya je orang. Diaorangg boleh berbahasa inggeris terutama yang muda. Mereka lebih friendly.

Korang kalau nak book pun tengok review betul-betul. 1st night duduk chungkin Mansion. Sebab konon murah dekat dengan MTR dan ada kedai makan halal. Hotel gini expected tidak seperti kat jepun , korea or europe. Luar dari jangkaan. Chungkin Mansion tu ada 16 tingkat dan 2 lift yg boleh muat 5 org jer sahaja setiap 1. Dia adalah apartment yg di ubah suai jadi bilik penginapan. Macam-macam manusia ada. Kat bawah tu ramai mamat india berebut cari customer untuk hotel dan kedai makan diaorangg. Hari pertama que 1/2 jam tunggu lift baru dapat naik ke bilik. Beg kena selok dari belakang. Next day ambil keputusan pindah hotel. Harga yg berlipat kali ganda tak pe asalkan rasa selamat.

Di Hong Kong guna Octopus - boleh disewa kat airport deposit HKD50.00.. balik tebus balik di airport dapat semula deposit dan balance dalan card.

Kalau banyak lagi duit HKD..tukar di airport Hong Kong.. rate murah dari tukar di Malaysia
Hong Kong guna Hong Kong Dollar.
Facebook boleh diguna di Hong kong
Tempat di lawati

1. Kawloon harbour city
2. Kawloon ferry terminal
3. Mongkok Market
4. Hong Kong Peak
5. Naik Tram Tour Hong Kong Island
6. Makan Dim Sum di Islamic canteen
7. Shopping barangan berjenama -tak beli window shopping je..
8. Hong Kong Museum
9. Victoria Harbour Light Show setiap malam kul 8.

Nak naik ferry tak semangat tak kuat. Maybe next time datang dgn partner. Datang sekali lagi maybe akan akan gi disneyland dengan anak2 dan naik night tour naik tongkang. Korang kena cuba naik.tram HKD2.30 round 1 pulau.

Perbelanjaan

Flight -RM660 termasuk makan
Hotel - chungkin mansion RM 150.00
- sheraton Rm1800
SIM card Hello1010my..RM36
Insurance -RM31.00

Total- RM2677

Perbelanjaan makan RM150
Transport - RM100
Peak tour RM51.00 beli dgn KLook
Lain..RM50.00

Total RM351.00..

Ok bai

PUTU PIRING KESUKAAN ANAK-ANAK



Selama 4 bulan kak Z menjual putu piring, macam-macam ragam putu piring Kak Z rasa. Ada juga ragam orang yang Kak Z. Selepas 4 bulan kak z berhenti. Sebab kak z rasa dah tak mampu meneruskan perniagaan ini. Sayang kalau dia biarkan. Oleh kak Z share resepi yang kak Z olah kan sendiri bagi permudahkan kepada yang ingin mencuba.

Resepi berdasarkan pengalaman akak.. kalau korang buat jadi alhamdullilah..tak jadi jangan menyumpah. Cikgu kak z tidak bagi ukuran macam timbangan atau scale cup.. cara agak-agak sahaja. Susah juga pada mula hendak ikut rentaknya. Apa pun akhirnya menjadi

Bahan
500gm tepung beras cap teratai
1 sudu teh garam halus
250 ml + 250ml air
Gula merah
Gula pasir
Kelapa parut putih
Daun pisang untuk alas

Cara
1. Bancuh 250gm air dan rata. Kacau rata
2. Campur dalam tepung beras dan jadikan dia seperti serbuk roti
3. Ayak halus tepung tadi
4. Didihkan kukus dan kukus selama 15min
5. Biarkan semalaman
6. Selepas semalaman..uraikan jadi seperti serbuk roti
7. Campur sedikir demi sedikit 250ml air..ingat sedikit demi sedikit..
8. Jadikan seperti serbuk roti lagi
9. Ayak kasar pulak utk mendapatkan tepung putu piring
10. Gula melaka dihiris halus berapa banyak..ikut suka
11. Campur dengan gula pasir 3 sudu besar  l
12. Kukus kelapa putih dgn sedikit garam

 Cara lain mcm mana nak kukus rujuk pd youtube.
Ok bai

CARA MENGURANGKAN JERAGAT DAN BEKAS HITAM JERAWAT

Jeragat hitam di muka boleh menyebabkan kita rasa hilang keyakinan apabila berhadapan  dengan orang. Terutama Kak z yang berniaga dan menjual Unit Trust. Mesti sasaran utama muka kita yang bertompok. MALU yang nak cakap lah. Macam mana Kak Z dapat jeragat? Kak Z tidak mengunakan sunblock dengan cara yang betul dan masa berniaga putu piring  berada di bawah panas terik.

Selepas Kak Z berhenti berniaga putu piring, Kak Z mula menjaga muka. Kesan jerawat pun banyak sedih. Jerawat ni berpunca mengunakan produk yang salah. Apabila Kak Z berhenti mengunakan produk tersebut hilang semua jerawat yang timbul.

Hari ini Kak Z hendak kongsikan cara Kak Z mengurangkan sedikit demi sedikit jeragat Kak Z. Dalam masa 1 bulan jeragat kak z berkurangan. Note: jeragat tidak boleh hilang sepenuhnya cuma kita boleh kurangkan sahaja dan mengelak dari timbul lagi. Cara Kak Z adalah plug and play..mana yang sesuai dan tidak menimbulkan masalah lain Kak Z gunakan.

PENJAGAAN WAKTU MALAM

1. Sabun Marine Essance

Sabun Marine Essance ini adalah jenama Hai O sabun yang bagus. Bukan hanya untuk menghilangkan jerawat atau jeragat tapi untuk badan yang menghadapi masalah kulit. Contoh gatal-gatal. Caranya ialah Kak Z akan potong sabun ini kepada 6. Jimat sikit lah. Boleh tahan untuk sebulan.  Ambil 1 bahagian sahaja setiap kali digunakan. 
1.Kak z akan ambil letak di tangan dengan air biarkan dia berbuih.
2. Sapukan di mukakan dan biarkan selamat 20 minit
3. Bila dengan air biasa dah cukup.
4. Lap muka biar kering
5. Cadangan pengunaan 3 kali sehari untuk lebih berkesan

2. Toner Luminous Pearl


Toner Luminous Pearl dari Cosmoderm. Banyak toner yang Kak Z guna ini yang bagus untuk kulit muka Kak Z. Lembut muka lepas tepek benda ni di muka. Toner ini akan menutup pori-pori kita yang dan terbuka luas tanpa kita sedar. Umur Kak Z dah 46 tahun banyak merenggang awak.. jadi kena lah tutup lubang-lubang bekas jerawat tu supaya licin muka. Betul tak? Korang boleh je guna toner yang sesuai untuk korang janji toner. Tapi Kak Z recommend yang ini lah. Memang bagus. 
Cara guna
1. Selepas bilas dengan air bersih keringkan muka dari air
2. Titikkan 2 titik toner atas tapak tangan yang bersih dan sapu di seluruh muka. Pastikan tangan bersih. Atau gunakan kapas muka. Kak z guna tangan sahaja
3. Biarkan kering sekejap baru sapu cream yang lain

3. Brightening Night Serum


Night serum dari Cosmoderm banyak keistimewaan. Kak z berhenti mengunakan night serum ini selama setahun. Habis kusam muka Kak Z. Kak Z gunakan semula alhamdullilah muka Kak Z nampak ceria dan cerah semula. Ramai juga yang tegur.  Alhamdullilah berkesan. Kak Z cukup takut dengan jerawat pasir dan jerawat macam bisul. Sebab kulit Kak Z memang sensitif dengan kebanyakan produk. Kak Z cuba produk lain. Nangis jerawat tumbuh melata atas muka.Masalah hormon pun punca ialah dah berusia. Tapi bila guna serum ni dah tak de jerawat yang tumbuh. Seronok awak. Muka kita dah elok..cara mengunakannya
1. Selepas pengunaan toner gunakan serum ini. 
2. Picit 2 kali kemudian sapu di muka
3. Ratakan di seluruh muka dan pangkal leher.
4. Hanya digunakan waktu malam
5. 2 hari guna 1 hari tidak. Tujuan untuk pembaik pulih secara semulajadi.

4. Dark Sport Corrector


Dark sport corrector ni akan menghilangkan kesan hitam je akibat jeragat dan jerawat. Bahan dalam cream ini hanyalah dari bahan buah-buahan. Tiada hydroquinon. Oleh itu yang risau kesan sampingan. Cara memgunakan cream ini.
1. Selepas meratakan serum di muka sapukan cream ini
2. Picit  hanya sekali atau 2 kali tengok berapa banyak kesan jerawat korang. Kak a ada jeragat dan jerawat. Oleh itu tekan 2 kali. Sapu pada jeragat dan kesan jerawat.
3. Sapu secara bulatan dalam 30 saat.
4. Lepas sapu boleh lah tidur

PENJAGAAN WAKTU SIANG

1.SABUN
2. TONER
3. Vitamin E Cream
Kak Z telah mula mengunakan moisturiser dari seawal 18 tahun wajib pakai sebelum keluar rumah. Bagi mengelak kulit yang kering. Macam-macam produk kak z dah guna. Sekarang Kak Z guna Vit E Cream Cosmoderm. Ini yang paling sesuai. Tidak ada masalah jerawat tumbuh. Sebab ada produk moisturiser yang berminyak dan tidak balance PH nya hingga menyebabkan kita berjerawat. Berdasarkan pengalaman kak z lah.. daku dah terkena. Konon mahal lagi elok tapi hampeh..hii. Sekarang kak z guna ini. Formulasi Cosmoderm ini adalah seorang wanita yang memahami kehendak wanita. Jadi dia tahu bahan yang sesuai untuk wanita. Oleh itu memang sesuai untuk kita. Cara pengunaan selepas bersihkan muka dan apply toner gunakan moisturiser ini dengan sapi di seluruh muka.

4. Sunblock SPf 50 Biore UV

Sebelum ini kak z guna sunblock SPF 50 Biore UV, kak z guna sunblock cosmoderm. Tapi tidak sesuai. Korang boleh guna yang mana sesuai untuk muka korang. Tak semestinya Biore UV. Tapi wajib spf 50 dan uv protect. Orang asia bahagian selatan lebih terdedah kepada sinaran matahari. Jadi perlindungan adalah lebih. Ada 1 produk memang elok tapi mahal. Kak Z lupa nama produk tersebut. Cara pengunaan ialah selepas 3 dia atas sapukan sunblock kat muka..lepas itu pakai bedak. Kak z tak suka pakai bedak. Semenjak kulit muka dah elok semula i lioke nature face. 

Pengalaman kak z dalam produk penjagaan muka macam. Dari mahal ke murah. Kita kena tahu setiap produk kita guna. Jalan salah akan memberi kesan yang lebih teruk. Belajar dan kaji yer adik-adik

Untuk membeli produk ini boleh PM kak z di
Ok bai

GLAMPING SECARA CAR CAMPING

Car camping di luar negar sellau menjadi inspirasi Kak Z untuk menghias kereta ketika camping. Mungkin trend car camping masih baru di Malay...