25 August 2016

Musim Menuai Buah Dokong



Arwah ayah Kak Z tanam 3 batang pokok dokong di belakang rumah. Katanya nanti anak cucu boleh makan kalau dia dah tak de. Betul pun, arwah tak sempat merasa pun buah yang tanam tu. Cucu lah dapat makan. Masa Kak Z belum pindah balik Melaka, buah ini kena beli 3kg RM10.00. Sekarang belakang rumah sahaja sudah boleh petik. Kat atas-atas tu Kak Z nampak bukan main meriah buahnya berbuah. Jenuh nak panjat. Kena cari masa sesuai. Sebab bila kami pergi dekat pokok.. nyamuk datang menyerang.



Kak Z anak-beranak mesti pakai spray anti nyamuk. Kalau tidak habis darah kami kena sedut. Seronok... esok plan nak bawa tangga. Mak tidak boleh panjat ada jatuh tergolek macam nangka busuk. Assistant ramai. Apa lagi kerah lah..teruk mak dia.

Ok bai

Mutiara Terbesar Di Temui Di Pulau Palawan, Filipina



Mutiara Terbesar


Manila: Seorang nelayan menyerahkan sebutir mutiara dipercayai yang terbesar ditemui di dunia - lima kali ganda lebih besar berbanding rekod sebelum ini.

Lelaki yang tidak dinamakan itu menemui mutiara seberat 34 kilogram berkenaan 10 tahun lalu di perairan berhampiran Pulau Palawan. Dia tidak mengetahui nilai sebenar permata itu hampir AS$100 juta (RM403 juta) sebaliknya menyimpannya sebagai tangkal di rumahnya.


Dia bagaimanapun terpaksa berpindah selepas rumahnya terbakar awal tahun ini. Dia menyerahkan permata berkenaan kepada seorang pegawai pelancongan tempatan di Puerto Princesca yang mengesahkan ia ditemui di dalam seekor kima gergasi. Mutiara itu selebar kira-kira 0.3 meter dan sepanjang 0.67 meter - jauh lebih besar berbanding permata digelar Pearl of Allah yang seberat 6.4 kilogram dan bernilai AS$35 juta (RM141 juta).

Sementara itu, pegawai pelancongan terbabit, Aileen Cynthia Amurao berkata: “Nelayan itu menemui mutiara itu ketika menyelam untuk membebaskan sauhnya yang tersangkut pada batu besar 10 tahun lalu.

“Dia tidak mengetahui nilai mutiara itu, sebaliknya menyimpannya sebagai tangkal. Kami terkejut apabila dia membawanya. Kami perlu mendapat pengesahan daripada pakar mengenai nilai sebenarnya. “Namun kami yakin Purteo Princesca bakal mencipta nama sebagai tempat mutiara asli terbesar dunia ditemui.”

Katanya, mutiara itu akan terus disimpan di Filipina dan dia berharap ia akan menarik lebih ramai pelancong ke bandar berkenaan. Permata itu dipamerkan untuk orang ramai semalam. Mutiara terbesar sebelum ini ialah Pearl of Allah yang juga ditemui di Palawan pada 1934.



Ia kini dipamerkan di Ripley’s Believe It or Not! di New York. - Agensi

Sumber :- http://www.hmetro.com.my/node/161421

Menang Beg LV Dengan Peraduan Selfie Ok Kacip Fatimah







korang meti teruja hendak masuk pertandingan yang di anjurkan oleh Group OK. Kak Z yang tengok beg dan pegang beg tu lagi lah teruja. Macam mana hendak mendapat beg LV yang menjadi idaman setiap wanita. Senang sahaja masuk peraduan yang di anjurkan oleh Produk Orang Kampung.




Tempoh peraduan dari 15 Ogos- 15 Nov 2016. korang kena beli Ok Kacip Fatimah yang macam di atas dan simpan resit perbelian sebagai bukti. Kemudian korang kenalah selfie dengan produk tersebut. Selfie dan post ke FB dengan mengunakan hastag #kfselfie  #lvkacipfatimah. Senangkan? 

Image result for produk kacip fatimah
Mana hendak mendapatkan produk Kacip Fatimah ini? Di rangkaian Mydin, farmasi dan kedai jamu yang terpilih. Rugi kalau korang tidak masuk peraduan ini. Sebab OK Group menawarkan 2 beg LV. KOrang selfie aje. Nant jumpa Kak Z masa hari penyampaian hadiah...insyallah...haaaa

Semuanya ok!

ok

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...