19 September 2015

CARA MENYIMPAN IKAN, DAGING DAN AYAM TAHAN LAMA

Seorang yang berkerjaya pasti menjadi masalah hendak ke pasar setiap hari untuk membeli barangan segar seperti ikan, ayam dan daging. Kita tidak mahu menyimpan baham-bahan ini kerana tidak mahu hilang kesegaran atau kemanisan bahan tersebut.

Akak juga dulu seorang yang bekerja, isteri dan ibu. Bila balik kerja pasti sibuk untuk memasak. Dengan anak, suami dam rumah. Akhir tidur keletihan. Balik dari kerja perlu ambil anak dari rimah pengasuh dan pasaraya kemudian masak. Tetapi lama kelamaan akak dapat memikirkan cara hanya seminggu sekali sahaja ke pasar membeli barangan mentah ini.




Pasar yang selalu akak pergi ialah Pasar Pudu, Pasar Chow Kit, Pasar Maluri, Pasar Tani Kampung Pandan dan Pasaraya berdekatan. Balik dari membeli bahan-bahan ini akak akan membersihkan semua. Bersih dari darah dan isi dalam yang kotor. Kenapa?

Kita sebagai orang Islam seharusnya makan makanan yang bersih. Apabila mencuci semua ikan, daging dan ayam perlu selawat. Jika kita bersihkan ini akan memudahkan kita apabila hendak memasak.

Cara menyimpan.
1. Siapkan plastik atau bekas untuk menyimpan
2. Siapkan jumlah bekas mengikut hari kita memasak
3. Cuci semua ikan, daging dan ayam dari kotoran darah dan najis
4. Tapis air dari bilasan cucian
5. Kemudian bahagi bahan tersebut mengikut hari yang kita hendak masak dan masuk kedalam bekas.
6. Masuk kedalam peti sejuk
7. Jika anda memiliki peti sejuk yang kecil gunakan plastik dan ikat supaya air tidak meleleh.

Tujuan di masukkan kedalam bekas, balik dari kerja kita terus keluarkan bahan tadi. Bersihkan sedikit dari kesan ais. Siapkan bahan untuk masak dan boleh terus memasak tanpa perlu mengambil masa untuk kerja menyiang atau membersihkan bahan tersebut. Boleh buat kerja lain kan?

Akak nanti ikan rosak kalau simpan lama...

Sebenarnya tidak. Yang rosak ialah beli ikan tanpa bersih terus masuk peti sejuk. Bila hendak keluarkan rendam dalam air. Jika kita tidak sempat ikan yang masih beku kita akan bersihkan. Sudah tentu rosak.
Kalau buat begini ikan, ayam dan daging akan rosak dan hilang manis. Jika guna nasihat akak insyallah ikan tidak rosak dan kekal manis.

Peti sejuk saya kecil kan...

Tidak mempunyai masalah. Jika tidak guna bekas, boleh guna plastik. Contoh plastik isi kuih. Isi dalam plastik dan ikat. Sumbatlah selagi muat.

Mudah bukan?

Anda akan jimat masa, quality time tersebut boleh digunakan untuk bermain dengan anak-anak dan menonton cerita Korea.

Selamat mencuba

Ok bai

KASUT PILIHAN

Wajib pakai kasut atau selipar kalau kita hendak kemana-mana. Untuk keselamatan, kesihatan dan kegayaan. Kegayaan ? Ia kenalah bergaya.

Bab hendak beli kasut akak paling cerewet. Kenapa?
1. Beli kasut selesa
2. Beli kasut cantik
3. Beli kasut murah
4. Beli kasut branded

Ini adalah koleksi kasut akak


Salvatore Ferragamo Original


Piere Cardin


Kickers


Crocs Original


Crocs Tipu


Selipar Jepun

Penjelasan sebab-sebab diatas

1. Beli kasut selesa

Kasut selesa ialah, senang hendak berjalan. Tidak saki pada hujung kaki atau tumit. Tidak melecet. Bila pakai tidak menjejaskan kesihatan tubuh badan yang lain

2. Beli kasut cantik

Tentu kasut yang kita beli cantik. Kalau beli tidak cantik dan tidak sesuai dengan kita kelakar lah pulak kalau pakai. Contoh kasut berbatu tidak sesuai untuk akak sebab ehhhh... bling bling..

3. Beli kasut murah

Beli kasut murah. Tapi kulit supaya tahan lama. Tips beli kasut macam ini tunggu sales. 70-80%less berbaloi. Contoh kasut ferragamo tu harga adal RM1700.00 less dapat Rm1099.00.  Crocs original tu harga asal RM359.00 lepas less RM150.00 apa lagi rembat.. kasut Piere Cardin tu harga asal RM199.00 lepas less RM39.90..yang crocs tipu dan selipar jepun tu tak pernah less...

4.Beli kasut branded

Prinsip akak kasut branded tapi murah. Macam tips yang akak bagi di atas. Kenapa branded? Kasut branded ini tahan lama. Quality control wajib tip top sebelum dijual. Mereka mementingkan keselesaan pemakai. Jika kasut kita kulit boleh tahan sehingga 2-3 tahun. Tapi tengok juga bertapa ganasnya si pemakai.

Antara 6 kasut yang akak ada.. paling best ialah.. selipar jepun
Kenapa selipar Jepun? Kerana selesa. Kalau pergi pasar mudah untuk berjalan tanpa fikir kotor atau tidak kasut. Senang hendak cuci dan murah.

Ok bai

TIPS CARA MENYIMPAN MOZARELLA CHEESE

Kita selalu menghadapi masalah dalam penyimpanan keju atau cheese. Pengkongsian yang lepas, cara menyimpan cream cheese. Kali ini cara menyimpan keju mozarella . Keju jika tidak disimpan dengan betul boleh berkulat. Mozarella selalu kita guna dalam membuat pizza atau topping. Sebab rasanya lemak. Mozarella ada jenis yang mudah untuk kita dapati di pasaraya. Jom belajar cara menyimpan

Cara:
1. Balut semula keju mozarella dengan plastik bungkusan semasa beli, jangan di buang plastik tersebut
2. Kemudian balut plastik wrapping supaya setiap lapisan keju tidak terkena udara. Udara ini yang akan membawa kulat kepada keju dari bakteria tangan atau keadaan sekeliling
3. Masukkan kedalam plastik dan ikat dengan getah
4. Mozarella perlu di simpan di tempat beku.
5. Mozarella tidak seperti cream cheese yang mudah rosak kerana mempunyai kandungan air.
6. Jika hendak mengunakan mozarella perlu di keluarkan sedikit awal
7. Mozarella juga tidak boleh berada lama di luar peti sejuk sebab ia akan cair




Mozarella



Bungkus dengan plastik asal



Balut dengan plastik wrapping



Masukkan kedalam plastik dan ikat dengan getah



Ikat sehingga tiada ruang udara

Selamat mencuba

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...