NARITA AIRPORT 2...gambar google
Selepas hampir 2 minggu di Korea Kak Z travel ke Jepun pula. Naik flight dari Busan, sebab dari Seoul turun ke Busan. Imigresen di Busan lebih ketat dari di Seoul masa Kak Z pergi. Sekarang katanya imigresen di Seoul lebih ketat kerana kemasukan pekerja asing tanpa izin yang ramai. Jadi korang yang hendak ke Korea dalam masa terdekat siapkan dokumen seperti booking hotel, tiket pergi balik, dan lain-lain bukti menunjukkan korang datang bercuti atau atas dasar kerja.
Masa penerbangan dari Busan ke Narita lebih kurang 2 jam. Sampai di Narita kena tahan. Serius itu adalah pengalaman. Semasa di Airport Busan. Banyak barang akak ke buang dari hand carry. Losen Nivea dalam container besi. Baby whippe dan susu pekat F & N dalam tin pergi ke tong sampah korang. Sodih den. Sampai Narita boleh pulak kena tahan... Hari lebai malang.
Sampai Narita ingatkan semua berjalan lancar tiada adegan yang tidak di ingin konon hati berkata. Lepas chop passport.. gi ambil barang. Sampai kat check luggage.. Imigresen lelaki tu tanya buat apa datang Jepun...? Akak jawap jalan-jalan. Dalam ramai-ramai punya manusia aku pulak yang kena tahan. Dah check kat counter checking. Bawa pula masuk bilik sisatan. Habis lah aku.... haaa. Muka abang kastam tu boleh tahan garang. Awal 50an kot umur dia. Cool je dia soal siasat. Tapi baik hati siap tolong angkat beg gedabak besar. Nasib lah ko bang. Kastam perempuan habis dia raba-raba akak ko. Redha jo lah. Yang dia jumpa Handphone duit dalam poket singlet umrah dan lips balm. Memang tak de benda lain.
Inilah Beg Yang Kena Selongkar tu
Baru Kak Z perasan dalam flight tadi the only Malaysia women yang bertudung. Memang sah-sah aku kena siasat. Habis beg dia buka. Terkeluarlah baju kecik besar hitam cekelat. Semua kena keluarkan. Aku dah susun cantik-cantik dalam beg apakan daya terpaksa keluarkan juga. Do you bring gold or any unlegal thing. Of course not lah kan. Compartment dalam beg pun dia selongkar ko. Dia tak puas hati dengan jawapan tidak tu. Dia minta document hotel, flight tiket dan bukti-bukti lain. Akak memang dah siapkan semua dokumen. JR pass, hotel booking, metro pass, flight return ticket dan itinerary. Just in case. Kita ni freelance reporter yang hanya ada card media. Memang tidak kukuh lah. Kepala lutut dah ngingil ko. Mau tak takut. Flight aku 3 minggu lagi baru balik Malaysia. Dah sudah jangan kena hantar balik udah.
Diaorang tanya pasal family pulak. Husband dan anak-anak. Aku gi duduk negara komunis China pun tak kena tahan dan soal siasat macam ni. Beg pun tak kena selongkar macam ni. Muka memang rasa berubah masa tu. Tapi cool down. Jangan gabra zura dalam hati bercakap-cakap. Nasib baik kastam ni boleh cakap omputih. Maka boleh lah berbincang secara baik bukan macam ayam dan itik bercakap. Hampir sejam Kak Z dia soal siasat. Bukti document dan akhir sekali Kak Z bagitau I have family in Malaysia. I come here visiting your country to know your country well and for my writing works. No other purposes. I gave you all evidence show what my visit for. Dia pun cakap sesama dia.. alhamdullilah lepas... dalam bilik siasatan akak minta izin susun barang dalam beg elok. Dia izinkan dan lepas. Maka terbayanglah sayap ku lebar melawat Jepun dari Tokyo ke Fukuoka. Mau tak syiok. Syiok ko. Tapi tak tak syiok bila kena kat Osaka tuan rumah Gueathouse macam hawauuu..
Pengalaman kena tahan di Narita adalah salah satu pengalaman yang bagus di share kepada mereka yang hendak ke.Jepun. Ada lagi satu pengalaman yang Kak z tak boleh lupa walhal dah belaku lebih 20 tahun lepas. Tak boleh naik flight. Maka kena duduk airport seminggu. Itu memang menarik. Negara orang dan ko alone. A girl lak tu. Macam fugitive kan? Bila ingat tak leh lupa. Memang tak leh lupa.. once i free i'll write this story. Sebab kena flash back the whole story. Kena tahan dengan pegawai kesihatan Hong Kong sebab pakai mask muka juga menarik. Sebab musim influenza masa pergi tu. Adalah lah lagi cerita lain.
Ok bai