14 November 2016

SEK MEN KEB GHAFAR BABA BERGABUNG TENAGA MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK CALON PEPERIKSAAN 2016


Kak Z ambil SPM 25 tahun lepas. Tua sungguh aku ni. Pihak sekolah membekalkan nasi sebungkus dan air sebungkus. Alhamdullilah kenyang. Tapi hari ini calon- calon peperiksaan PT3, SPM dan Pra-U sangat berungut sebab pihak sekolah bersusah payah untuk memasak untuk mereka.

Sek Men Keb Ghafar Baba, Masjid Tanah, Melaka  telah mengambil langkah yang baik dengan menyediakan makanan pagi, tea break dan makan tengahari untuk calon-calon PT3, SPM dan PRA-U mereka. Ibu Bapa, Para guru dan warga kerja sekolah SGB telah bergabung tenaga dalam menyediakan makanan ini.


Makanan untuk calon-calon ini bukan di tempah luar atau di beli tetapi di masak sendiri di dalam sekolah. Orang kuat yang memasak makanan untuk calon-calon ini adalah Kak Zai, pembantu Tadbir SGB. Kak Zai di bantu oleh guru-guru, pembantu makmal dan ibu bapa . Meriah korang tau ta. Macam kenduri kahwin. Kak Z pun tolong juga lah.. tapi gambow tak de sebab Kak Z tukang ambil gambar. Malu I tau..


Setiap hari Kak Zai akan memasak sebanyak 20 kilo beras dan 13 ekor ayam untuk lebih kurang 200 calon peperiksaan SPM dan PRA-U. Waktu peperksaan PT3 sebelum ini, pihak sekolah memasak juga. Cuma Kak Z tak terlibat sebab busy sangat waktu tu. Sekarang free boleh tolong bersihkan ayam dan potong bawang. Itu jer Kak Z tahu. Yang lain mana nak reti. Kecik-kecik semua bibik yang buat. Yer ker?

Bagi lah mereka yang lebih berpengalaman untuk masak. Kita yang kurang ilmu memasak berscala besar ini timba ilmu jer. Betul tak? Seawal 6 pagi Kak Zai sudah sampai sekolah untuk menyediakan sarapan pagi. Selalunya sarapan mereka ialah Roti atau bijiran, susu dan milo suam. Pihak sekolah tidak mahu anak-anak ini lapar dalam bilik peperiksaan. Kadang-kadang dia orang tak sempat nak sarapan di rumah. Bagus sungguh pihak sekolah.



Paling best ialah cikgu dan pembantu makmal yang free datang menolong. Ustazah Sakimah sebagai bendahari jaga segala perbelanjaan untuk penyediaan makanan ini dan di ketuai oleh Hem Hj Mustafa. 

Kak Zai @ Zaiton Hashim, Pn Zuraidah, Pn Aspalela dan pembantu makmal akan mula memasak seawal 8 pagi bagi minum tea break. Sambil-sambil tu Kak Z akan basuh ayam. Suka kerja tu sebab paling senang..hiii. Maleh den nak basuh pinggan.


The best thing ever.. macam-macam teknik dan petua memasak Kak Z belajar. Semua pakai baju cantik. Penghabisannya baju basah lencun tidak pun kena kuah atau kena kunyit. Besar sungguh pengorbanan dia orang ni. Anak- anak calon peperiksaan SBG ingat tau. Semua ini kenangan untuk korang selepas keluar dari SGB. 


Mana pihak sekolah mendapat budget? Budget datang dari hasil kutipan dari guru-guru dan ibu bapa. Sebab pihak kementerian tidak menyediakan peruntuk begini. Sebab itu Kak Z hormat dengan warga SGB. Mereka betul-betul bersusah payah untuk calon-calon ini. Mereka tidak mahu calon-calon susah hati pasal makan. Janji kenyang dan menjawap dengan baik.


Di mana kami memasak makanan? Di Lorong ICT, SBG. Ruangan ini selesa untuk bekerja dan calon-calon boleh makan dengan selesa. Tempatnya teduh dari panas dan hujan. Tua jer lah waktu ini musim hujan. 

Setiap hari calon-calon akan makan makanan berkhasiat dan sedap. Kalau korang tak caya datanglah. Sehubungan dengan itu, Kak Z hendak menyuarakan jika ada Alumni  SGB, ibu bapa, agensi swasta atau pihak individu yang ingin menyalurkan sumbangan bagi penyedia makanan ini boleh menghubungi pihak sekolah. Pihak sekolah sangat-sangat mengalukan sumbangan tersebut.


Cari Mahluk tersembunyi

Moga acara ini akan lebih meriah pada tahun hadapan dengan di sertai lebih ramai lagi ibu bapa. Kak Z harap selagi sekolah ini ada calon-calon peperiksaan besar, acara masak untuk calon di teruskan dan jangan berhenti. Jika tidak susah anak-anak kita hendak makan. 

Ok bai


PISANG GORENG TEPUNG GANDUM YANG SEDAP



Kak Z sekarang ini tolong masak untuk calon SPM, Sek Men Keb Ghafar Baba, Masjid Tanah, Melaka. Sebab cuti tanpa buat apa.. jadi apa salahnya tolong. Dalam masa menolong macam- macam petua dan resepi yang Kak Z dapat. Nampak jer terror masak tapi masih ada kekurangan. Dapat belajar pun dah seronok. Betul tak?

Hari ini dapat belajar cara membuat pisang mengunakan tepung yang garing dan sedap. Pernah juga Kak Z mengunakan tepung gandum tapi hampeehh lemau. Kak Z mengadap tuan yang buat pisang goreng ni. Dari dia bancuh tepung sampai boleh masuk mulut. Senggalkan?

Nama kak yang buat pisang goreng ni Kak Zai, Pembantu Tadbir sekolah. Dia bancuh tepung tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cari. Macam bancuhan jemput-jemput tapi cair sikit. Minyak masak kena penuh kuali. Kenapa? pisang yang di goreng perlu tenggelam dalam minyak. Api juga perlu besar. Apabila pisang berada dalam keadaan begitu. Seriously garing sangat. Makan pun cruppp crubbb.

Baru Kak Z tahu kenapa all this while my banana fries never been crunchy like this. Terim kasih Kak Zai bagi resepi dan petua yang sangat berguna ini. Anak-anak Kak Z kan suka makan pisang goreng. Bila dapat macam lagilah diaorang suka. Selamat mencuba

Resepi:
5 biji pisang nangka
1 cawan tepung gandum
1/4  cawan air
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1/4 garam halus
Minyak masak yang banyak

Cara:-
1.Gaul tepung, air, kunyit dan garam.
2. Hasilnya tidak terlalu pekat atau cair supaya boleh salut pada pisang
3. Minyak masak perlu banyak supaya pisang tenggelam dalam minyak
4. Minyak perlu betul-betul panas
5. Api besar dan goreng hingga garing


Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...